Asal-usul orang Eropah moden masih diselubungi dengan misteri dan kontroversi. Ahli arkeologi dan ahli linguistik telah lama membahaskan asal-usul keluarga bahasa Indo-Eropah dan asal-usul masyarakat di Eropah. Bagaimana pun, penemuan baru-baru ini mendapati bahawa budaya orang Eropah dan budaya orang Asia Tengah ada hubungan yang jelas dengan budaya masyarakat yang dikenali sebagai Yamnaya.

Migrasi Genetik VS Idea Migrasi

 Sarjana berpolemik sama ada idea migrasi di eropah tidak berlaku secara genetik atau penghijrahan fizikal, tetapi melalui penukaran idea yang telah beradaptasi dengan budaya yang lebih maju.

Sebelum tahun 9,000 SM benua eropah masih berada dalam era Palaeolitik. Ketika itu eropah dihuni kumpulan terawal ini di mana sebahagian besarnya ialah daripada kaum pemburu-pengumpul(hunter-gatherer), cara hidup kumpulan ini tidak jauh beza dengan cara hidup lama mereka ketika pertama kali menjejakkan kaki di benua Eropah 37,000 tahun yang lalu.

Peta Migrasi Kaum Yamnaya

Bermula sekitar 9,000 SM(sebelum masihi), budaya pertanian mula merebak ke seluruh eropah, sehingga pada tahun 5,000 SM benua eropah didiami oleh kaum petani Neolitik, kemudiannya menggantikan budaya memburu dengan budaya bercucuk tanam.

Sekitar 5,000 SM – 3,000 SM budaya zaman Gangsa dari Grassland Eurasia mula tersebar ke seluruh eropah.

Perubahan ini berkaitan dengan rangkaian perdagangan yang wujud di seluruh Eurasia. Penduduk Eropah mempunyai hubungan perdagangan dengan penduduk Timur Tengah dan padang-rumput(Grassland Pontic-Caspian) Eurasia dan mereka menerima pakai teknologi dan cara hidup orang luar yang lebih maju dari segi teknologi.

Sehinggalah 3,000 SM penggembala nomad dari Grassland Eurasia mendahului budaya pertanian dengan memperkenalkan penggembalaan haiwan, mereka  ini bersemenda dengan petani Neolitik yang telah menetap di Eropah kira-kira 4,000 tahun sebelumnya.

 

Gambaran Wajah Orang Yamnaya

Pandangan yang lebih terkini berpendapat bahawa petani Neolitik dari Anatolia (Turki moden) mula tersebar ke seluruh Eropah sekitar 7,000 SM, kaum petani neolitik ini telah berinteraksi dan bersemenda dengan sebahagian pemburu-pengumpul di eropah.

Walaupun masih terdapat banyak soalan yang belum terjawab, Kutipan data genom manusia purba mendedahkan perubahan budaya di Eropah, sebahagiannya adalah hasil daripada penghijrahan manusia. permulaan zaman Gangsa Eropah disebabkan oleh pengembangan budaya Yamnaya.

Bukti Penghijrahan

Kajian mendedahkan majoriti ujian DNA orang Eropah Tengah dan Eropah Utara dan beberapa kumpulan etnik di Asia Tengah saling berkait dengan kaum Yamnaya.

Bermula tahun 2800-3000 SM, kaum Yamnaya yang mendiami di kawasan Steppe Timur di Rusia Barat/Ukraine moden mula berhijrah ke dataran Eropah Tengah.

Rujukan daripada data genom manusia telah menjadikannya lebih mudah untuk mengesan penghijrahan manusia kerana populasi yang berbeza akan mempunyai genetik yang boleh digunakan untuk menjejaki laluan penghijrahan nenek-moyang mereka.

Orang –orang Eurasia mempunyai ratusan genom/dna manusia purba yang berbeza, yang boleh dikaji dalam populasi masyarakat Eurasia. Lebih banyak genom purba pada susunan genetik bermaksud lebih banyak data untuk menghasilkan keputusan yang tepat.

Satu aspek yang menarik dalam penghijrahan Yamnaya ialah kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki. Bukti genetik menunjukkan bahawa lelaki Yamnaya telah berkahwin campur dengan wanita Eropah untuk mewujudkan beberapa populasi Eropah moden, terutamanya penduduk Eropah Tengah dan Utara.

Orang Yamnaya melintasi perjalanan jarak yang sangat jauh, mungkin kerana haiwan yang baru dijinakkan pada masa itu, iaitu kuda. Kuda sebagai haiwan liar telah dijinakkan beberapa ketika sebelum 3,000 SM di Asia Tengah.

Salah satu budaya terawal melibatkan pemeliharaan kuda boleh dikaitkan dengan budaya Botai. Walaupun Yamnaya yang terawal menunggang kuda, namun kaum Botai telah membawa budaya kuda ke peringkat seterusnya dengan mendomestikkan penggunaan kuda sebagai pengangkutan dan pemburu berkuda.

Penjinakkan kuda akan memberikan kumpulan nomad kelebihan mobiliti yang membolehkan mereka bergerak lebih jauh.

Budaya Dan Masyarakat Yamnaya

Yamnaya diketahui daripada dapatan arkeologi. Istilah Yamnaya berasal dari ungkapan Bahasa Rusia iaitu “Yamnaya Kultura” yang bermaksud ‘budaya lubang/kubur. Ini disebabkan beberapa jenis kesan kubur yang mereka tinggalkan.

Secara ringkas, orang Yamnaya adalah kaum penggembala nomad yang pada asalnya tinggal di padang rumput Eurasia sebelum berpindah ke Barat.

Budaya Kubur Kaum Yamanaya

Salah satu adat atau budaya Yamnaya ialah melindungi harta yang dimiliki oleh keluarga tertentu dan hanya akan diserahkan kepada salah seorang dalam keluarga tersebut.

Sebelum kedatangan kaum Yamnaya, tapak perkuburan di eropah sangat besar kerana waktu itu kubur digali dan ditanam untuk lebih dari seorang, bermakna keluasan kubur boleh memuatkan satu keluarga.

Bagaimana pun budaya kubur orang Yamnaya ditanam secara individual iaitu kubur yang diketahui hari ini, budaya tersebut mungkin berkaitan dengan gaya hidup nomad orang Yamnaya yang saling berpindah-randah dan sering bergerak secara solo.

Budaya Yamnaya yang berkembang sejak zaman awal Gangsa di Eropah telah memberi mereka kelebihan dalam penggunaan gangsa berbanding kebanyakan penduduk Neolitik zaman Batu di eropah pada masa tu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply