Sejarah menunjukkan manusia mampu beradaptasi walau di mana saja persekitarannya. Tidak kiralah sama ada persekitaran hutan, gurun, tundra, gunung-ganang atau pulau, manusia dapat hidup dan membina kehidupan mereka. Ini termasuk di bandar paling sejuk di dunia.

Dua lokasi yang disebut-sebut sebagai bandar paling sejuk di dunia ialah Yakutsk dan Oymyakon, kedua-duanya terletak di Siberia, Rusia. Yakutsk mempunyai populasi seramai 336,200 orang penduduk dengan kebanyakannya bekerja untuk Alrosa. Alrosa ialah sebuah syarikat perlombongan yang mengusahakan lombong berlian di bandar berkenaan.

Yakutsk, Sakha Republic, Russia

Suhu di Yakutsk boleh mencecah -60 darjah Celsius. Tetapi bagi penduduk tempatan, mereka percaya itu bukan suhu terendah pernah dicatatkan di situ. Ini kerana mereka pernah mengalami cuaca sejuk melampau tetapi termometer hanya dapat merekodkan suhu sehingga -63 darjah Celsius.

Tetapi itu tidak boleh mengatasi Oymyakon. Suhu terendah yang pernah dicatatkan bandar yang mempunyai populasi 500 orang itu ialah -71.2 darjah Celsius pada 1924.

Mungkin ada menyangka dua tempat ini saling berdekatan antara satu sama lain. Hakikatnya, beza jarak Oymyakon dengan Yakutsk ialah 928 km. Jika ada cuba memandu antara dua bandar ini, perjalanan dijangka mengambil masa lebih 21 jam.

Jadi, mengapa kedua-duanya dianggap tempat paling sejuk di dunia? Pertama sekali, kita perlu mengamati kesejukan yang menyelubungi wilayah Siberia. Menurut Profesor Alex DeCaria dari Universiti Millersville, Pennsylvania, ini berlaku berikutan kedudukan latitudnya yang tinggi dan keluasan tanah yang dimiliki wilayah Rusia itu.

Suhu global melampau – tanpa mengira sama ada suhu tertinggi atau terendah – berlaku di kawasan benua. Ini kerana tanah di situ lebih cepat panas dan sejuk berbanding laut. Dalam kes Siberia, salji dan liputan ais turut memainkan peranan menyejukkan wilayah tersebut. Caranya ialah dengan memantulkan radiasi matahari kembali ke angkasa lepas.

Kombinasi fakt0r-faktor ini membawa kepada pembentukan sebuah zon besar, separuh kekal bertekanan tinggi di Siberia yang dipanggil Siberia High. Zon bertekanan tinggi ini kebiasaannya mempunyai suhu yang stabil, kelembapan rendah dan langit cerah sekaligus menghasilkan suhu permukaan yang amat sejuk.

Tambah DeCaria lagi, ini berlaku apabila gelombang jauh radiasi dapat sampai ke bahagian atas atmosfera akibat kelembapan rendah dan langit cerah. Apabila gelombang ini dipantul keluar ke angkasa lepas, ia menyebabkan suhu permukaan menjadi lebih sejuk.

Faktor topografi Oymyakon dan Yakutsk turut menyumbang kepada suhu sejuk melampau dua bandar tersebut. Menurut Jouni Raisanen dari Institut Penyelidikan Sistem Bumi dan Atmosfera (INAR), Universiti Helsinki, tempat-tempat ini merupakan kawasan lembah yang dikelilingi oleh tanah tinggi.

Ini membawa kepada pembentukan poket udara sejuk yang dikenali sebagai ‘tasik udara sejuk’. Poket udara ini boleh terperangkap sekiranya ia berhampiran dengan kawasan lembah. Dalam kes Oymyakon, berikutan kawasan gunung-ganang yang tinggi sekitarnya, ia memerangkap ‘tasik udara sejuk’ daripada bercampur dengan udara yang lebih panas.

 

Jadi, mengapa ada manusia sanggup duduk di tempat begini? Bagi pakar biologi antropologi Cara Ocobock, ia berkemungkinan didorong oleh rasa bangga kerana berjaya beradaptasi dengan kawasan sekitarnya dan kepintaran bahawa mereka boleh melakukannya.

Lantas, dua bandar mana pula yang mempunyai suhu paling panas di dunia? Dua bandar itu ialah Karachi, Pakistan dan Ahvaz, Iran. Kedua-duanya kerap merekodkan suhu melebihi 40 darjah Celsius dengan suhu paling tinggi ialah 47.8 dan 54 darjah Celsius.

RUJUKAN

Phelan, J. (2022, 6 Mac). What is the coldest city in the world?. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply