Seorang Ulama Iraq Syeikhuna Dr. Khaleel Elyas pernah berpesan kepada muridnya:

“Khidmatlah agama daripada segenap aspek yang kamu kuasai.”

Artikel ini akan membincangkan secara khusus kedudukan ilmu akademik dari perspektif agama Islam

1. Apa Itu Ilmu Akademik?

Ilmu akademik yang dimaksudkan dalam bebenang ini merangkumi kesemua ilmu yang tidak berkaitan dengan pengajian islam. Ilmu pengajian islam kita gelarkan ilmu agama.

2. Ilmu Akademik Itu Fardu Kifayah

Dalam tradisi ilmu Usul al-Fiqh, kita membincangkan mengenai antara perbuatan seorang mukalaf ialah hukumnya wajib/fardhu. Iaitu perkara yang mendapat pahala seandainya dilakukan. Perkara yang wajib itu pula ada beberapa jenis. Antaranya ialah wājib ‘alā kifāyah.

Ianya bermaksud perkara yang dituntut daripada suatu kelompok orang Islam, seandainya ditunaikan maka kesemua orang Islam itu tidak berdosa. Individu yang menunaikan pula mendapat pahala & dianggap menunaikan kewajipan.

Ini jelas menunjukkan kepentingan kita mempunyai pelbagai ilmuwan daripada segenap spektrum ilmu. Tidak betul kita katakan Islam hanya memuliakan ilmu agama. Tidak. Selama mana anda berhasrat ingin membantu agama, maka anda juga dalam pahala kerana menunaikan kewajipan.

Masyarakat kita sudah maklum mengenai fardu kifayah itu merangkumi solat jenazah & solat jemaah di masjid. Tetapi masih belum subur bahawa ilmu akademik juga fardu kifayah. Kalaulah sudah subur, nescaya tidak ada unsur menghina & menyatakan ilmu perubatan itu agenda yahudi.

3. Menguasai Ilmu Akademik Merupakan Manifestasi Ta’awun Ala Birr Wa Taqwa.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:
وتعاونوا على البر والتقوى

(Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa)
Imam Ibn ‘Ashur berkata ayat ini memberi faedah bahawa saling membantu atas kebaikan itu memudahkan pelbagai urusan & menyempurnakan keperluan & maslahat.

Kejayaan Yahya Ayyash mencipta b.om-bo.m hebat yang meragut nyawa Zionis demi jihadnya telah membuktikan ilmu kejuruteraan juga telah menyumbang kepada tentera mujahidin Al-Qas.s.am. Ini salah satu daripada manifestasi ayat ini. Bayangkan kalau tiada langsung yang mempelajari ilmu kejuruteraan di Palestin? Pasti mereka tidak mampu menyerang semula sepertimana sekarang.

Pesanan Buat Penuntut Ilmu Akademik:

1. Betulkan Niat.

Hadīth sahih yang masyhur diriwayatkan oleh Saiyyiduna Umar Al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda:
إنما الأعمال بالنيات.

Imam Ibn Daqīq Al-Eid dalam syarahan beliau terhadap hadith ini menyatakan amalan yang dimaksudkan disini ialah amalan-amalan shar’i. Contohnya solat itu tidak sah tanpa niat.

Sepertimana yang kita sebutkan. Ilmu Akademik juga telah menjadi shar’i apabila ianya sebahagian daripada amalan fardu kifayah. Niat lah dalam pengajian anda untuk menunaikan fardu kifayah. Niatlah untuk membantu agama.

Anda telah tahu bahawa anda adalah aset negara. Namun suka citanya saya ingin khabarkan bahawa anda juga aset agama! Seorang peguam boleh membantu agamanya dengan membela orang Islam daripada sudut undang-undang. Seorang ahli perniagaan boleh membantu daripada sudut ekonomi.

Seorang ahli sains boleh membantu sudut perkembangan teknologi & perubatan. Berfikirlah bagaimana anda ingin membantu agama. Paling penting, kita harapkan seorang ahli politik & pemimpin negara yang sememangnya membela agama. Bukan sekadar jual nama agama tapi tidak membela pun.

Selagi besar kuasa yang anda ada, selagi besar khidmat terhadap agama kamu boleh lakukan. Malaysia sebenarnya bukan kekurangan ilmuwan segenap bidang, tetapi kekurangan pemimpin yang boleh memanfaatkan mereka untuk agama & negara.

2. Selesaikan Fardu Ain

Meskipun kita telah menjelaskan kemuliaan llmu Akademik, namun ianya mesti disulami & didahului dengan ilmu fardu ain. Tauhid, Fiqh & Tasawuf Akhlak. Disini jelas pula peranan kami sebagai ahli agama untuk membantu anda. Lihatlah bagaimana Islam mementingkan konsep Ta’awun Ala Birr ini. Kita semua saling memerlukan.

Saya akhiri bebenang ini dengan ucapan Denzel Washington:
It is not about how much you have. It is about how much you can give. Some of you are nurses, theologians, politicians. Do what do best. The world needs a lot & we needed from you.

RUJUKAN:

1. Syarah Sahih Muslim-Imam Al-Nawawi
2. Tafsīr Al-Tahrīr Wa Al-Tanwīr – Imam Ibn ‘Āshūr
3. Syarah Arba’in Nawawiyyah- Imam Ibn Daqiq Al-Eid
4. Ghayah Al-Ma’mul Fi Sharhi Waraqat Al-Usul – Imam Al-Ramli

Artikel dikirimkan oleh Sanusi Saghir untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.