Kita sudah sedia maklum berkenaan dengan asal-usul kaum Yahudi adalah dari ‘Ten Lost Tribe’, iaitu sepuluh suku kaum Yahudi yang berhijrah dari negara kelahiran mereka, iaitu Israel, dimana salah satu kaum tersebut ialah suku kaum Yahudi Ashkenazi.

Namun, sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2013, hasil tangan kumpulan penghasil jurnal, Nature Communication, telah mendedahkan sesuatu yang tidak dijangka dan agak berlainan dari apa yang diketahui umum, iaitu Yahudi Ashenazi rupa-rupanya berasal dari Eropah, iaitu sekurang-kurangnya dari keturunan sebelah ibu!

Hal ini bertentangan dengan apa yang sudah dipercayai oleh orang ramai, iaitu orang-orang Yahudi tiba di benua Eropah tengah selepas Peperangan Byzantine-Sasanian pada tahun 602-608, dan hanya mula menetap di Jerman ketika zaman pertengahan.    

BERKENAAN YAHUDI ASHKENAZI

Istilah Yahudi Ashkenazi dipakai pada hari ini bagi menerangkan tentang orang Yahudi yang telah membina masyarakat yang berasaskan agama di Eropah tengah dan timur, dimana ‘Ashkenaz’ merujuk kepada penduduk Jerman.

Menurut Universiti Hebrew, Jerusalem, sebanyak lebih-kurang 80% dari seluruh kaum Yahudi moden mempunyai salasilah Ashkenazi, iaitu 10 juta di seluruh dunia termasuk 2.8 juta di Israel. Tokoh-tokoh terkenal seperti Albert Einstein, Gertrude Stein, dan Carl Sagan merupakan orang Yahudi Ashkenazi.

Yiddish, iaitu sebuah bahasa tinggi Jerman yang menggunakan sistem tulisan Hebrew yang dipengaruhi oleh bahasa klasik Hebrew dan Aramaic, merupakan bahasa yang digunakan oleh mereka.

Kaligrafi dari manuskrip tertua Yiddish, Mahzor Worms. Gambar diambil dari upload.wikimedia.org.

Salah seorang daripada 17 pengarang jurnal kajian pada tahun 2013 tersebut, iaitu Profesor Martin Richards, seorang archaeogenetisis atau pakar sejarah genetik manusia dari University Huddersfield, England, menyatakan bahawa sememangnya kaum Yahudi Ashkenazi telah menetap di Eropah selama beberapa abad.

Namun hasil penyelidikan yang menggunakan sampel DNA menyingkapkan bahawa kaum Yahudi tersebut sebenarnya penduduk tempatan Eropah yang telah memeluk agama Judaism, bukan para individu yang meninggalkan Israel dan Timur Tengah sekitar 2,000 tahun yang lalu.

PERIHAL DNA DARI SEBELAH IBU

Kajian sebelumnya mendapati bahawa 50-80% dari DNA Ashkenazi dari belah bapa berasal dari kawasan sekitar barat daya Asia atau Near East. Berdasarkan dari maklumat tersebut, ramai pihak menyangka bahawa kawasan Israel dan Near East merupakan tanah kelahiran purba mereka.

Namun pada tahun 2013, penyelidikan tersebut mendedahkan 80% dari keturunan ibu kaum Yahudi Ashkenazi berasal dari Eropah, dimana hanya terdapat segelintir yang mempunyai genetik asal dari Near East.

Seperti yang dinyatakan oleh Profesor Richards, “Hal ini mencadangkan bahawa walaupun para lelaki Yahudi berhijrah dari Palestine ke Eropah sejak 2,000 tahun lepas, mereka nampaknya telah berkahwin dengan perempuan-perempuan Eropah.”

Sebuah pasangan dari Worms, Jerman, dengan lencana kuning. Lelaki itu memegang beg duit dan bawang putih, gambaran seorang Yahudi. Gambar diambil dari upload.wikimedia.org.

Yahudi Ashkenazi, secara jelas mempunyai genetik homogenous, dimana ianya di dalam kumpulan genetik yang sama dengan leluhur dari Poland, Rusia, Hungary, Lithuania, atau mana-mana tempat yang pernah diduduki oleh kebanyakan orang-orang Yahudi. Ya, mereka semua berkongsi etnik yang sama, dan salasilah keluarga mereka kebanyakannya adalah dari perempuan Eropah.

Terdapat sebuah persoalan berkenaan bagaimana mungkin mereka hanya mempunyai sebuah kumpulan genetik? Ia kerana mereka tidak berkahwin dengan orang luar dari kawasan mereka secara besar-besaran, walau dengan kaum Yahudi yang tinggal di luar Eropah. Para penyelidik mendedahkan yang kaum Yahudi Ashkenazi telah mengamalkan isolasi sebegini selama 1,000 tahun.

Ternyata bahawa kebanyakan dari penduduk Eropah telah menganut agama Judaism pada awal tahun Diaspora, atau tahun keluarnya kaum Yahudi dari tanah kelahiran mereka, merupakan orang perempuan Eropah. Hal ini telah membantu memberi penjelasan lanjut berkenaan mengapa orang Ashkenazi boleh menjejak garis keturunan perempuan mereka ke Barat dan Selatan Eropah.

PENYAKIT KETURUNAN YANG BERKAITAN

Perkahwinan secara isolasi yang diamalkan oleh para lelaki Yahudi terhadap perempuan Eropah, telah menyebabkan 1 daripada 3 orang Yahudi Ashkenazi menjadi pembawa kepada beberapa penyakit genetik, termasuk penyakit Gaucher. Beberapa ratus tahun dahulu, mutasi genetik berlaku bagi segelintir orang Yahudi Ashkenazi.

Gambar berikut merupakan bagaimana penyakit Gaucher diwariskan:-

Carrier: Pembawa. Unaffected: Bukan pembawa. Gambar diambil dari gaucherdisease.org.

Sebilangan dari kecelaruan genetik merupakan sebuah perkara biasa bagi masyarakat Yahudi Ashkenazi. Berikut merupakan penyakit genetik yang biasa dihidapi oleh mereka:-

1) Penyakit Gaucher (1 daripada 10)

Seperti yang dinyatakan diatas, penyakit Gaucher merupakan salah sebuah penyakit genetik yang biasa berlaku bagi mereka. Penyakit ini berlaku akibat glucocerebroside, sejenis molekul yang terdapat di dalam glukosa, terkumpul secara tidak normal di sel dan sebahagian organ dan merosakkannya.

2) Cystic Fibrosis (1 daripada 24)

Biasanya, sel di dalam peparu dan sistem penghadaman menghasilkan lapisan nipis mukus yang licin, namun bagi pengidap penyakit ini, lapisan tersebut menjadi lebih tebal dan likat, sekaligus mampu merosakkan organ dalaman terutamanya paru-paru.

3) Penyakit Tay-Sachs (1 daripada 27)          

Mutasi yang tidak normal pada gene HEXA menyebabkan penyakit ini, dimana sel-sel saraf merosot secara progresif di kedua-dua saraf tunjang dan organ otak.

4) Familial Dysautonomia (1 daripada 31)

Kebiasaannya simptom penyakit ini telah ada apabila bayi dilahirkan. Ianya digambarkan oleh perubahan saraf di sistem saraf autonomik, dimana ia bertanggungjawab bagi fungsi badan secara spontan seperti degupan jantung, tekanan darah, dan penghadaman.

5) Spinal Muscular Atrophy (1 daripada 41)

Penyakit ini terdapat beberapa jenis, namun kesemuanya menjejaskan kawalan pergerakan otot kerana kekurangan sel saraf yang khusus, iaitu motor neuron di kedua-dua saraf tunjang dan stem otak.

RUMUSAN

Seorang jejaka Yahudi Ortodoks dengan rambut gaya tradisi payot. Gambar diambil dari shutterstock.com.

Perkahwinan campur antara orang Yahudi lelaki dan penduduk perempuan Eropah yang menukar agama mereka ke Judaism telah melahirkan kaum Yahudi Ashkenazi. Namun, disebabkan perkahwinan isolasi yang diamalkan mereka, maka sebahagian dari mereka merupakan pembawa ataupun pengidap penyakit genetik.

Richards merumuskan bahawa “Asal-usul Ashkenazim merupakan salah sebuah dari beberapa persoalan besar yang masih dicari sehingga kini, dan masih belum jumpa lagi penyelesaiannya secara muktamad.”

Dengan kata lain walaupun kita dapati bahawa keturunan Yahudi Ashkenazim dipengaruhi oleh keturunan sebelah ibu, masih banyak misteri yang masih belum dijumpai berkenaan dengannya, menunggu untuk dirungkaikan oleh para arkeologi dan archaeogenetisis.

RUJUKAN

1) Gillan, J. (2018, April 19). Where are Ashkenazi Jews from? Their Origins May Surprise You. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.ancient-origins.net/human-origins-science/ashkenazi-jews-their-origins-may-surprise-you-009924?fbclid=IwAR39xWi5gWVOCV6XW_1giRFc2Zx4Njuk3uI0sXpd71buzO4Q_sPmz9fxGKI

2) Ghose,T. (2013, Oktober 08). Surprise: Ashkenazi Jews Are Genetically European. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.livescience.com/40247-ashkenazi-jews-have-european-genes.html

3) Costa et al. (2013, Oktober 8). A substantial prehistoric European ancestry amongst Ashkenazi maternal lineages. Nature Communications. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.nature.com/articles/ncomms3543

4) Xue, J.,  Lencz, T., Darvasi, A.,  Pe’er, I., Carmi, S. (2017, April 4). The time and place of European admixture in Ashkenazi Jewish history. Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://journals.plos.org/plosgenetics/article?id=10.1371/journal.pgen.1006644

5) Kaplan, K. (2014, September 9). DNA ties Ashkenazi Jews to group of just 330 people from Middle Ages. Diambil pada 26 Ogos 2019dari https://www.latimes.com/science/sciencenow/la-sci-sn-ashkenazi-jews-dna-diseases-20140909-story.html

6) The 5 Most Common Ashkenazi Genetic Diseases. 2017, (June 14). Diambil pada 26 Ogos 2019 dari https://www.gaucherdisease.org/blog/5-common-ashkenazi-genetic-diseases/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A guy who somehow doesn't really follow latest trends and news, except the important ones. Loves unpopular stuffs, and memes. Graduates of Diploma in Biomedical Electronics Engineering. Nothing to see here.

Comments are closed.