Pada suatu tempoh masa di antara tahun 300SM hingga 450M, wujud sebuah komuniti nomad yang dikenali sebagai Xiongnu. Identiti etnik mereka masih diperbahaskan dengan hangat. Namun, ilmuwan sepakat mengatakan bahawa Xiongnu merupakan sebuah puak yang begitu kuat sampaikan dianggap sebagai ancaman besar buat Cina.

Pada hakikatnya, se-rangan demi se-rangan yang dilancarkan oleh mereka itulah yang mendorong kerajaan-kerajaan kecil di Cina Utara untuk membina tembok penghalang, yang kemudiannya menjadi Tembok Besar Cina.

Xiongnu membentuk kesatuan puak mereka di wilayah yang pada hari ini dikenali sebagai Mongolia. Mereka dipercayai berasal daripada bangsa Mongolia melalui ranting Siberia. Pun begitu, masih diperdebatkan sama ada mereka itu beretnik Turki, Mongol, Yenisei, Tochari, Irani, Uralic, atau kacukan lain.

Sebahagian pendapat mendakwa bahawa perkataan “Xiongnu” mempunyai etimologi yang sama seperti “Hun”. Namun, pendapat ini juga dilanda bantahan yang kuat. Hanya beberapa patah perkataan sahaja daripada kebudayaan mereka – yang kebanyakannya adalah gelaran dan nama individu – masih tersimpan dalam sumber-sumber Cina.


Xiongnu dipercayai telah mengasaskan empayar mereka di bawah kepemimpinan Modu Chanyu pada sekitar tahun 209SM. Kesatuan politik ini membenarkan mereka untuk membina bala tentera yang lebih kuat dengan koordinasi strategik yang lebih berkesan. Hal ini sekaligus menjadikan mereka sebuah kekuatan yang lebih digeruni.

Mereka banyak mengadaptasi kebudayaan Cina – mereka bercucuk tanam menggunakan teknik Cina, membina rumah bergaya-Cina, dan memakai pakaian sutera sama seperti masyarakat Cina. Xiongnu menyembah matahari, bulan, langit, bumi dan nenek-moyang. Kesatuan Xiongnu ini terdiri dari sejumlah puak seperti Chubei, Huyan, Lan, Luandi, Qiulin dan Suibu.

Xiongnu mempunyai sistem hierarki yang tersusun. Para pemimpin sesudah Modu Chanyu kemudiannya membentuk sistem politik berkembar, dengan kewujudan cabang kanan dan kiri. Pemerintah Xiongnu yang paling ulung digelari sebagai “Chanyu” dan ia setaraf dengan “Anak Tuhan” (maharaja) di Cina. Di bawah Chanyu pula terdapat ‘Raja Bijaksana dari Cabang Kiri dan Kanan”.

Kemudian, mereka disusuli oleh kelas guli (raja-raja atau tengku), komander tentera, gabenor, dunghugudu. Tepat di bawah mereka pula adalah kelas komander yang memimpin sekumpulan individu yang terdiri dari seramai 1000, 100 atau 10 orang. Apabila seorang Chanyu mangkat, kuasa akan diserahkan kepada putera atau adiknya jika Chanyu itu tidak mempunyai putera yang cukup umur.

Walaupun telah berlangsung sejumlah pertembungan antara Xiongnu dan Empayar Han, hanya pada tahun 129SM barulah berlaku sebuah pe-rang besar antara dua seteru itu. Pada waktu itu, Maharaja Han berhasrat untuk membentuk pakatan dengan Yuezhi untuk memerangi Xiongnu. Namun, cubaan pakatan tersebut tidak berhasil.

Kemudian, Cina menghantar 40 000 orang tentera kavalri untuk menyerang Xiongnu. Pepe-rangan tersebut berlangsung sukar buat Han kerana mereka menghadapi kepayahan dalam menghantar bekalan makanan dan persenjataan melalui jalan yang jauh. Malahan, mereka juga kekurangan bahan bakar yang diperlukan untuk menghadapi cuaca yang buruk di Xiongnu. Walau bagaimanapun, Cina meraih kemenangan ke atas Xiongnu sekaligus membuatkan kekuatan nomad itu melemah dan tidak stabil.

Pertempuran antara Xiongnu dan Han

Pada rentang waktu antara tahun 60 hingga 53SM, empayar Xiongnu berhadapan dengan pe-rang saudara. Menjelang kemangkatan Chanyu ke-12, seorang cucu daripada sepupunya yang dikenali sebagai Woyanqudi mengambil alih tampuk pemerintahan. Hal ini dilihat sebagai perampasan kuasa justeru membawa kepada persengketaan. Terdapat sebahagian daripada mereka yang menyokong Woyanqudi. Namun, beliau kemudiannya melarikan diri dan membu-nuh diri.

Memandangkan jalur pewaris takhta sudah mengalami pembaharuan dan kecelaruan, maka berlaku percanggahan pendapat berkenaan pewaris sebenar gelaran Chanyu ke-14. Pihak yang menyokong Woyanqudi berkeras mahu menaikkan adiknya, Tuqi sebagai Chanyu pada tahun 58SM.

Pada tahun berikutnya, terdapat tiga orang lain yang mendakwa diri sebagai Chanyu. Keadaan ini membawa kepada pertelagahan yang berpanjangan. Tuqi ditewaskan oleh Huhanye dan kemudian muncul pula dua orang yang lain mengaku diri sebagai pewaris takhta – iaitu abang Huhanye yang bernama Zhizhi dan Runzhen.

Runzhen kemudian dibu-nuh oleh Zhizhi pada tahun 54SM sekaligus kini hanya tinggal beliau dan Huhanye sahaja yang masih tinggal sebagai pencabar takhta. Kuasa Zhizhi terus berkembang sementara Huhanye pula kemudiannya menyerah kepada China. Sesudah itu, keadaan berbolak-balik secara berterusan di antara Xiongnu dan Dinasti Han selama bertahun-tahun dengan berlakunya sejumlah pertempuran.

Setelah berlangsungnya Pertempuran Ikh Bayan pada tahun 89M, Xiongnu Utara diusir jauh ke Mongolia dan Xiongnu Selatan pula menjadi sebahagian daripada Han-China. Sebahagian pendapat meyakini bahawa Xiongnu Utara kemudiannya bergerak ke barat dan bergabung di bawah kepemimpinan Attila dan mengambil nama baru sebagai ‘Hun’.

Attila the Hun oleh Eugene Delacroix

Empayar Xiongnu dikenali sebagai sebuah kuasa yang sangat mengancam pada masa-masa perdananya. Tembok benteng yang pada mulanya dibina dengan tujuan untuk mengekang se-rangan Xiongnu sendiri kemudiannya berubah menjadi Tembok Besar Cina. Hal ini memanifestasikan besarnya pengaruh dan kekuatan Xiongnu – sebuah komuniti nomad yang memainkan peranan penting dalam sejarah Mongolia dan Cina.

TERJEMAHAN:

M R Reese. (20 Oktober 2014). The great and powerful Xiongnu. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/great-and-powerful-xiongnu-002234


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.