Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu

1,071

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

1. Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.

2. Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai ” wukok kain” atau “mewangikan kain”.

3. Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada “saji” besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.

4. Setanggi dibuat dengan piring arang bakar dan beberapa ramuan wangi seperti kayu cendana, kayu kesturi, gula batu, kemenyan, akar daun nagastum, daun pandan wangi dan kayu gerharu.

5. Limar dan songket sutera diletakkan di atas kubah ini, yang pertama kali ditutup dengan kain kapas atau sarung kapas lama Tujuan kain kapas ini adalah untuk melindungi kain berharga dari permukaan dan struktur rotan yang kasar.

6. Teknik ini selain menjaga warna kain, kain juga diwangikan. Ia bagaikan teknik cucian kering bagi orang Melayu.Begitulah kaedah penjagaan kain orang Melayu

Rujukan:

Ikat Limar: The Ancient Malay Textile- Norwani Md. Nawawi,DBP 2016

*Tulisan di atas disalin dan disunting dari laman FB Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM)

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.