Dulu, wujud tasik gergasi berusia 12 juta tahun dulu, mengalahkan Laut Mediterranean di tanah Eurasia dan diiktiraf sebagai tasik terbesar di Bumi. Nama tasik gergasi ini ialah Laut Paratethys.

Sekumpulan pengkaji antarabangsa yang terdiri dari ahli geologi, geografi, dan biologi evolusi yang diketuai oleh Dan Palcu, iaitu ahli kaji lautan kuno (paleo-oceanographer) dari University of São Paulo, Brazil melakukan kajian terhadap fosil dan sampel geologi dari tanah yang pernah menjadi Laut Paratethys.

Lokasi Laut Paratethys yang ‘menguasai’ Eropah Tengah.

Keputusan kajian menunjukkan mereka menemui sejarah sebenar kewujudan tasik terbesar dunia ini. Laut Paratethys meliputi 2.8 juta kilometer persegi, mengalahkan Laut Hitam yang hanya 430 ribu kilometer persegi. Tasik ini merangkumi tanah yang kini dipanggil sebagai Eropah Tengah dan jarak tasik ini bermula dari bahagian timur pergunungan Alps hingga ke Kazakhstan.

Menurut saintis bernama Sid Perkins, Laut Paratethys terhasil akibat perlanggaran plat tektonik yang bergerak. Perlanggaran ini menghasilkan gunung-ganang yang besar membelah lautan kuno. Kemudian sebahagian lautan terperangkap oleh gunung-ganang ini dan terhasilnya tasik gergasi. Dianggarkan jumlah isi padu tasik ini ialah 1.77 kilometer padu, 10 kali ganda dari isi padu seluruh tasik air tawar dan masin di dunia.

BERAKHIRNYA LAUT PARATETHYS

Masuk ke 23 juta tahun dulu, iklim Eurasia semakin panas dan kering. Purata air hujan semakin berkurang mengakibatkan keadaan Laut Paratethys juga berubah. Dengan iklim sebegini, kemarau panjang berlaku.
Kumpulan Palcu menemui 4 fasa kemarau yang menyebabkan saiz Laut Paratethys berkurang dan semakin drastik sekitar 7.9 dan 7.65 juta tahun dulu. Pada waktu ini isi padu tasik gergasi berkurang sehingga 250 meter padu.

Cetotherium riabinini, paus kuno terkecil yang pernah menetap di Laut Paratethys. Saiznya lebih kurang saiz mausia moden.

Perubahan tasik gergasi yang mendadak menyebabkan keasinan air juga semakin tinggi. Hidupan akuatik yang menetap di tasik tersebut telah berevolusi selama 5 juta tahun. Wujud haiwan-haiwan mamalia laut versi kecil seperti ikan dolfin, anjing laut, dan paus namun keasinan air yang tinggi menyebabkan hidupan ini semakin pupus.

Hanya haiwan bercangkerang saja yang terselamat dari perubahan tasik gergasi ini. Laut Paratethys akhirnya ‘pupus’ sekitar 6.9 dan 6.7 juta tahun dulu. Hakisan tanah menambah lagi perubahan tasik ini, membentuk sungai yang deras membanjiri kuantiti air terakhir tasik, kemudian mengalir terus ke Laut Mediterranean.

BAGAIMANA PERUBAHAN LAUT PARATETHYS MERUBAH EVOLUSI HIDUPAN LIAR AFRIKA?

Terdapat kajian baru dari kumpulan saintis lain yang diterbitkan pada Mei 2021 oleh Communications Earth & Environment. Kajian ini membentangkan tentang hubungan Laut Paratethys dengan evolusi dan migrasi hidupan liar Afrika.

Fosil moyang zirafah, gajah, dan mamalia gergasi Afrika lain yang dikaji oleh kumpulan ini menunjukkan moyang haiwan ini sebenar berasal dari kawasan selatan Laut Paratethys. Haiwan-haiwan ini kemudian mencari padang rumput lain saat paras air laut tasik ini menurun.

Haiwan-haiwan ini secara tak langsung bermigrasi ke kawasan barat daya. Tiba di Afrika, mereka menetap dan berevolusi menjadi haiwan-haiwan Afrika kini. Sebab berlakunya migrasi ini tidak diketahui namun ahli biologi evolusi dari Jerman bernama Madelaine Böhme mengetahui sebab haiwan-haiwan ini bermigrasi.

Menurut beliau, rekod geologi di barat Iran menunjukkan perubahan iklim yang mendadak berlaku pada 23 juta tahun dulu, menyebabkan haiwan-haiwan yang menetap sekitar Laut Paratethys bergerak keluar dari tempat tinggal mereka. Iklim di tasik menjadi tidak sesuai untuk moyang haiwan Afrika ini menetap.

Padan dengan penemuan kumpulan Palcu, mereka menemui 4 fasa kemarau yang memaksa haiwan melakukan migrasi pada 8.75 dan 6.25 juta tahun dulu. Setelah bermigrasi ke kawasan selatan dan barat, haiwan-haiwan ini tiba di Afrika. Kerana rupa padang rumput Afrika sama dengan padang rumput Laut Paratethys, moyang haiwan Afrika mengambil keputusan menetap di Afrika.

‘GENERASI KINI’ LAUT PARATETHYS

Laut Hitam, ‘tinggalan’ Laut Paratethys.

Setelah ketiadaan Laut Paratethys, wujud Laut Hitam yang dahulu pernah menjadi kawasan basin Laut Paratethys. Laut Hitam hanya meliputi 14 peratus dari keluasan tasik terbesar dunia ini.
Ketiadaan Laut Paratethys ini juga ‘melahirkan’ tanah baru Eurasia. Lebih 2 juta kilometer persegi tanah subur di Eropah Tengah dan Asia, kemudian menjadi penempatan manusia dan membentuk tamadun yang mewarnai dunia.

Jika Laut Paratethys masih wujud, mungkin tidak wujud negara-negara Eropah Tengah dan Timur serta sebahagian Asia Barat. Haiwan-haiwan spesis kuno mungkin masih wujud dan menjadi hidupan endemik yang hanya ditemui di kawasan tasik itu.

RUJUKAN:

Falde, Nathan. (11 June 2021). Earth’s Largest-Ever Lake Engulfed Europe and Asia 12 Million Years Ago. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.