Kutub Bumi pada hari ini adalah tanah berais yang tandus. Walaupun terdapat hidupan menetap di situ seperti beruang kutub dan penguin, namun habitat bercuaca panas dan sederhana tetap menjadi tumpuan haiwan dan tumbuhan seluruh dunia.

Sebenarnya kutub Bumi tidak sentiasa berupa tanah berais. Pada zaman dahulu, kondisi habitat bumi adalah amat berbeza. Pada pertengahan Fasa Cretaceous (sekitar 90 juta tahun dulu), ketumpatan karbon dioksida (CO2) yang tinggi telah menghasilkan suhu global yang tinggi, mencairkan lapisan ais kutub, dan menaikkan paras air laut setinggi 170 meter.

Bagaimana rupa Kutub Selatan pada 9 juta tahun dulu?

Tahun 2017, sepanjang jelajah penyelidikan menaiki kapal RV Polarstern di Laut Amundsen. Pengkaji menggali dasar laut barat Antartika, berdekatan lokasi Pulau Pine dan glasier Thwaites, lebih tepat lokasi galian sekitar 900 kilometer dari Kutub Selatan.

Apabila mereka menarik galian keluar, terutamanya dengan kedalaman 30 meter, komposisi tanah di dasar laut berbeza dengan komposisi permukaannya.

Kata ahli geologi bernama Johann Klages dari Institut Alfred Wegener, Helmholtz Centre for Polar and Marine Research in Germany, terdapat perbezaan warna lapisan tanah galian yang menarik perhatian mereka.

Analisis pertama menunjukkan dalam kedalaman 27 hingga 30 meter bawah dari permukaan dasar laut, mereka menemui lapisan tanah tersebut beraal dari daratan, bukan lautan.

Kawasan para pengkaji gali ini adalah kawasan tidak mempunyai rekod sejarah. Tiada siapa yang mengambil sampel tanah dasar laut dari kawasan paling selatan di Bumi.

Mereka kemudian melakukan imbasan X-ray terhadap dasar laut tersebut. Keputusan X-ray menunjukkan jaringan fosil akar tumbuhan. Analisis miroskopik menunjukkan banyak benih tumbuhan. Ini bukti yang kukuh bahawa hutan hujan purba telah lama tumbuh meliar di Antartika sekitar 90 juta tahun dulu, sebelum hutan ini menjadi kawasan berais. Tambahan lagi, menurut ahli paleo-ekologi (mengkaji tumbuhan zaman kuno) bernama Ulrich Salzmann dari Northumbria University di UK, tumbuhan yang tumbuh di pinggir pantai Antartika Barat mempunyai persamaan dengan tumbuhan di New Zealand kini.

Hutan purba ditemui di Antartika. Suatu penemuan yang menarik namun saintis masih persoalkan kewujudan hutan tersebut. 90 juta tahun dulu Antartika masih lagi berada di Kutub Selatan walaupun Australia dan Zelandia (New Zealand) dahulu bercantum. Masa itu hutan purba tumbuh meliar di Antartika. Bagaimana hutan ini mampu tumbuh tanpa kehadiran sinaran mentari yang menerangi Kutub Selatan?

Untuk mencari jawapannya, pengkaji perlu membina sebuah model yang menyerupai klimaks ketika hutan purba meliar di Antartika, mengikut data biologi dan geokimia yang diperoleh dalam sampel tanah.

Melalui simulasi model tersebut, kepekatan karbon dioksida (CO2) di atmosfera pada fasa pertengahan Cretaceous adalah tinggi, melebihi apa saintis andaikan. Ditambah dengan keadaan cuaca yang panas (suhu udara sebanyak 12 degree Celsius), tumbuh-tumbuhan mula tumbuh meliar meliputi seluruh benua Antartika.

Banyak lagi penemuan terbaru mengenai Antartika pada fasa Cretaceous namun penemuan yang penting bagi para saintis adalah pemahaman kaitan kepekatan CO2 di atmosfera dan cuaca di kutub ketika dinosaur masih lagi berleluasa.

Penemuan ini menjadi pengajaran bersejarah untuk kita mengenali lebih mendalam akan benua tersejuk di dunia ini. Mungkin generasi kita atau akan datang bakal memulakan projek pemuliharaan hutan baru di Antartika jika Bumi bakal menjadi planet mati.

RUJUKAN:

Dockrill, P (2 April 2020). Scientists Have Unearthed Traces of an Ancient Rainforest In… Antarctica. Science Alert. https://www.sciencealert.com/discovery-of-ancient-rainforest-in-antarctica-is-a-grim-warning-of-earth-s-future

Strickland, A (1 April 2020). Evidence of ancient rainforests found in Antarctica. CNN. https://edition.cnn.com/2020/04/01/world/antarctica-ancient-rainforest-scn/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.