Wujudkah Kaum Gergasi Dimuka Bumi Ini?

8,172

Kaum gergasi memang wujud. Ini bukan saya yang cakap tapi dunia arkeologi mengesahkan kenyataan ini. Kaum gergasi yang dimaksudkan adalah golongan manusia yang berketinggian 7 kaki sehingga 13 kaki. Terdapat pelbagai jenis kaum gergasi yang menetap di seluruh dunia. Kewujudan mereka bukan saja tercatat dan rekod dari pelosok tamadun namun para ahli arkeologi juga mengesahkan kewujudan kaum gergasi ini, terutamanya penemuan kuburan orang gergasi di Bukit Criel di West Virginia, AS yang popular dalam dunia arkeologi (lain hari saya ceritakan pasal kaum gergasi di AS).

Namun, muncul soalan penting dalam perbahasan ini. Jika kaum gergasi pernah wujud dan telah dibuktikan dengan penemuan tulang-temulangnya, mengapa mereka tidak hidup lagi sehingga sekarang? Apa yang berlaku kepada kaum ini? Jika pupus, apakah faktor utama menuju kepupusan mereka?

Ahli arkeologi sampai sekarang masih tiada jawapan mutlak bagi menjawab persoalan penting ini. Para ahli arkeologi dan antropologi telah berusaha membongkar tentang kewujudan dan budaya orang Hopewell dan Adena, kaum gergasi pra-Columbus (sebelum fasa penjelajahan Christopher Columbus ke benua Amerika), namun para penyelidik ini mengalami kesukaran bagaimana kaum gergasi ini lesap dari tamadun mereka pada tahun 500 Masihi.

Maka, untuk artikel ini, penulis akan membincangkan tentang nasib para kaum gergasi di seluruh dunia melalui sumber bertulis oleh tamadun-tamadun yang pernah berinteraksi dengan kaum gergasi ini. Sama ada sumber ini mempunyai unsur fakta atau mitos, sumber ini menjadi antara bukti penting untuk mengkaji kewujudan kaum tertentu yang cuba para sejarahwan dan arkeologi bongkarkan.

KAUM GERGASI MENURUT SUMBER BERTULIS

Menurut penulis AS bernama Xaviant Haze melalui bukunya bertajuk Ancient Giants, kisah kaum gergasi adalah fenomena universal kerana setiap tamadun manusia pasti ada kisah berkenaan kaum gergasi ini. Dalam banyak versi kisah kaum gergasi di seluruh dunia, ada satu tema saja yang menjadikan sebagai identity tetap kaum gergasi, iaitu kehidupan mereka penuh dengan kekerasan dan pertumpahan darah, seperti kaum barbaric.

Menurut sumber Bible, dalam bab Genesis 6 versi Yahwist ada mengisahkan kewujudan kaum gergasi. Kaum gergasi dikatakan adalah ‘anak-anak tuhan’ yang memaksa menjadikan ‘anak-anak perempuan manusia’ sebagai isteri. Berikut adalah petikan ayat dari Genesis 6:

“Gigantes autem erant super terram in diebus illis: postquam enim ingress sunt filii Dei ad filias hominum illaeque genuerunt isti sunt potentes a saeculo viri famosi”

Terjemahan: …Kerana gergasi telah bertaburan di bumi dalam beberapa hari. Setelah itu anak-anak Tuhan memasuk anak-anak perempuan manusia dan mereka (perempuan) melahirkan anak. Mereka inilah yang terkuat, manusia yang terkenal. (Genesis 6:4)

Manakala dalam mitos tamadun Yunani Kuno, menurut puisi Hesoid, kaum gergasi adalah anak-anak dewa Uranus dan Gaia dan ada antara gergasi ini mempunyai kaki berupa ular. Kaum yang digelar sebagai Gigantomachy berperang dengan dewa-dewi Olympian apabila dewa Gaia mengarahkan mereka menyerang Bukit Olympus. Perang ini kemudian terhenti apabila wira bernama Heracles datang membantu para dewa Olympian.

Terdapat juga kaum gergasi bernama Cyclopes dan ketua mereka bernama Poliphemus adalah anak dewa Poseidon dan manusia bernama Thoosa. Nenek moyang Cyclopes dikatakan pernah menjadi pembuat petir dewa Zeus, lembing Trident dewa Poseidon, dan stereng kayu Kegelapan milik Hades.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Dalam mitos orang Norse atau Viking, kaum Jotun adalah kaum gergasi yang mempunyai pelbagai jenis seperti gergasi ais (hrímþursar), gergasi api (eldjötnar), dan gergasi gunung (bergrisar). Dalam Perang Ragnarok, kaum Jotun menyerang Asgard dan melawan para dewa-dew Norse sehingga seluruh dunia musnah.

Terdapat juga perkaitan dewa-dewi Norse dengan keturunan gergasi, seperti Loki, Mimir dan Skadi. Ketua dewa-dewi iaitu Odin juga adalah cucu kepada gergasi bernama Ymir. Orang Norse percayai bahawa seluruh dunia manusia dicipta dari darah daging Ymir dan Ymir menjadi sumber kepada kelahiran dunia orang Norse.

Dunia Timur juga mempunyai mitos mereka sendiri tentang kaum gergasi terutamanya mitos dari budaya India. Kaum gergasi dipanggil sebagai Daityas, anak-anak Diti (ibu segala syaitan) dan wali bernama Kashyapa. Daityas ini melawan dengan para dewa-dewi Hindu kerana cemburu dengan kekuasaan dewa-dewi ini. Dalam kitab Ramayana, antagonis dalam kitab ini adalah Rayana yang berdarah Brahmin dari belah bapa dan berdarah Daityas dari belah ibu. Adik lelakinya yang bernama Kumbhakarna dikatakan tingginya seperti gunung.

AKHIR KEHIDUPAN KAUM GERGASI

Adalah tidak pasti bagaimana pengakhiran kehidupan kaum gergasi ini kerana kekurangan sumber yang berkait dengan kaum tersebut. Ada sesetengah sumber cuma mengaitkan peperangan dengan para dewa-dewi. Berkemungkinan jalan kehidupan gergasi yang hanya bergantung dengan kuasa dan pertumpahan darah memakan diri sendiri. Mungkin mereka berakhir dengan perang sivil yang tidak menguntungkan atau mati dengan sia-sia melawan para dewa-dewi.

Sehingga kini, fosil-fosil kaum gergasi ditemui di hamper seluruh dunia. Dalam kes Bukit Criel, para ahli arkeologi bersepakat bahawa kaum gergasi AS berkemungkinan pupus oleh tindakan yang sama juga, berperang. Namun mereka masih mengkaji lebih lanjut bagi membuktikan hipotesis mereka adalah tepat.

RUJUKAN:

Stokes. A (26 April 2020). The Fall of the Giants and Their Fate According to Ancient Texts. Ancient Origins. Retrieved from 28 July 2020. https://www.ancient-origins.net/myths-legend…/giants-0013621

Schäfke, Werner (2015). ″Dwarves, Trolls, Ogres, and Giants″. In Albrecht Classen (Ed.): Handbook of medieval culture. Fundamental aspects and conditions of the European middle ages, vol. 1. Berlin: de Gruyter, pp. 347–383.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.