Wujudkah Diskriminasi Dalam Pencarian Kerja?

377
views

Misi mencari kerja adalah satu perkara yang amat mencabar dalam dunia yang penuh persaingan hari ini. Angkanya lebih membimbang dalam kalangan mahasiswa, kadar penggangguran belia mencecah sehingga 13% berbanding purata kadar penggangguran Malaysia 3%.

Dalam pada itu, terdapat juga tuduhan bawaha wujudnya isu pengambilan pekerja mengikut warna kulit. Tetapi tanpa angka dan statistik ianya kekal sebagai tuduhan. Bagi menjawab persoalan ini, Cent-GPS telah melakukan satu kaji selidik bertajuk Racism in recruitment: A study on racial bias for entry level jobs in Malaysia.

Sejumlah 3,829 permohonon kerja dihantar kepada lebih 500 tawaran pekerjaan di mana 10% daripada tawaran pekerjaan ini memerlukan penguasaan Bahasa Mandarin. Resume yang dihantar adalah berdasarkan 7 profil di bawah:

  1. NurSakinah, wanita berbangsa Melayu
  2. Zulaikha, wanita berbangsa Melayu
  3. Kavita, wanita berbangsa India
  4. Nicola, wanita berbangsa Cina
  5. Thivakar, lelaki berbangsa India
  6. Gabriel Liew, lelaki berbangsa Cina
  7. Saddiq, lelaki berbangsa Melayu

Dalam resume 7 profil kesemuanya memiliki kelayakan yang sama di mana kesemua mereka adalah graduan Degree Perniagaan dengan kelulusan Kelas Kepujian Kedua daripada IPTS yang sama. Selain itu kesemua mereka mampu berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dan tinggal di Lembah Klang.

Mari kita lihat apakah keputusannya?

Keputusannya amat mengejutkan. Graduan Cina mendapat kadar panggilan semula yang lebih tinggi berbanding Melayu dan India. Daripada 547 permohonan, Nicola (wanita Cina) mendapat 240 panggilan, Zulaikha (wanita Melayu) mendapat 70 panggilan, Nur Sakinah (wanita Melayu bertudung) mendapat 50 panggilan dan Kavita (wanita India) hanya mendapat 49 panggilan.

Dalam bahasa mudahnya, Nicola perlu menghantar 2 permohonan kerja untuk mendapat 1 panggilan, Sakinah perlu perlu menghantar 13 permohonan kerja untuk mendapat 1 panggilan dan lebih mengejutkan Thivakar perlu menghantar 27 permohonan untuk mendapat 1 panggilan.

Rajah dibawah menunjukkan calon yang menerima diskriminasi tertinggi dalam pekerjaan.

Seterusnya kita lihat pula, adakah dengan menguasai bahasa Mandarin anda lebih mudah diterima bekerja atau ianya hanyalah menjadi “alasan” sahaja bagi pihak majikan.

Sepertimana yang telah disebutkan di atas tadi, kesemua 7 calon meletakkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin dalam resume mereka, namun dalam rajah dibawah kita dapat lihat kadar panggilan bagi Nicola dan Gabriel jauh lebih tinggi daripada calon-calon yang lain.

Diskriminasi terhadap wanita bertudung?

Hasil dapatan kajian ini juga mendapati terdapat diskriminasi bagi calon wanita yang bertudung dimana calon bertudung mendapat kadar panggilan yang lebih rendah berbanding calon tidak bertudung.

Kesimpulannya berdasarkan kajian Cent-GPS, tidak dapat dinafikan memang wujud diskriminasi dalam sektor pekerjaan hari ini. Selain daripada diskriminasi dalam memilih pekerja, terdapat juga desas-desus yang mengatakan wujudnya perbezaan gaji mengikut warna kulit yang mana ianya adalah satu budaya yang tidak sihat.