Moving Forward As One

Wujud Ke Taufan Angkasa Lepas?

664

Kita biasa dengar berita ribut taufan di merata tempat termasuk Amerika Syarikat dan Kepulauan Carribean. Walaupun diketahui membawa kemus_nahan harta benda dan kehilangan nyawa, masih banyak lagi perkara yang tidak diketahui tentang ribut ini. Dan siapa sangka, ribut taufan juga wujud di ruang kosmik!

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Penemuan mengejut ini dibuat oleh sekumpulan penyelidik selepas meneliti pelbagai data angkasa lepas yang dikutip dari satelit-satelit era Pe.ra.ng Dingin. Satu gambar yang menarik perhatian mereka ialah imej aurora yang luar biasa di Kutub Utara pada 2014. Aurora ini mempunyai ciri sama dengan ribut taufan seperti ‘mata’, pergerakan ‘angin’ plasma yang kuat dan bergerak dalam bentuk vorteks.

Ribut taufan angkasa lepas ini berlaku selama lapan jam dengan panjang melebihi 620 batu dan tinggi 500 batu. Ia dikatakan berlaku pada ketinggian 60 batu di atas paras laut. Dan walaupun imej ini dianggap yang pertama pernah direkodkan, mereka percaya imej sebegini sudah wujud sebelum tahun 2014 lagi.

Bagi  Qing-He Zhang dari Universiti Shandong, China, beliau percaya setiap planet mempunyai entiti taufan tersendiri. Selain bumi, planet-planet seperti Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun turut mempunyai entiti taufan mereka. Dan ini mengundang persoalan apakah entiti ini boleh wujud di bahagian atas atmosfera sesebuah planet.

Untuk menjayakan kajian ini, mereka tahu bumi mempunyai banyak satelit yang dipasang dengan kamera untuk merekodkan perkara-perkara sebegini. Bagaimanapun, imej yang dibawa majoriti satelit ini tidak memuaskan dan kabur. Jadi, harapan pasukan pengkaji ialah satelit ten_tera milik Amerika Syarikat kerana orbitnya lebih hampir dengan bumi dan boleh membawa peralatan diperlukan untuk merekod peristiwa tersebut.

Begitupun, pasukan pengkaji masih berdepan beberapa masalah. Pertama, bagaimana hendak mengetahui masa yang tepat peristiwa taufan angkasa lepas berlaku. Kedua, mereka masih tercari-cari apakah ciri utama yang patut dicari pada taufan angkasa lepas.

Bagi memahami isu ini, kita terlebih dahulu perlu memahami bagaimana aurora terjadi. Elektron yang dibuang daripada matahari akan turun secara berlingkar-lingkar ke kutub-kutub magnetik. Ia berlanggar dengan atom dan molekul gas neutral di bahagian atas atmosfera sekaligus memberinya tenaga secara sementara dan mencetuskan cahaya berwarna-warni. Cahaya berwarna seperti merah, putih dan biru ditentukan oleh gas mana yang terkena yang kemudiannya membentuk aurora borealis di kedua-dua kutub.

Di Kutub Utara, kadang-kadang aurora akan berbentuk bujur di mana ia berpotensi menjadi imej taufan yang kita kenali. Aurora berbentuk bujur terhasil apabila lapangan magnet matahari menghala ke selatan dengan bahagian bumi yang mengalami waktu siang menunjuk ke arah utara semasa ia mengalir sekeliling planet.

Semasa ribut suria tercetus di mana elektron dan sebahagian lapangan magnet matahari menuju ke bumi, lapangan magnet kedua-dua entiti bergabung lalu membentuk laluan magnet yang kuat antara matahari dengan bumi. Ini membolehkan elektron dan ion positif berpusu-pusu dari angin suria menuju ke kutub-kutub bumi.

Aurora bujur menjadi asas kepada taufan angkasa lepas dan terjadi apabila lapangan magnet matahari kuat menghala ke utara dengan lapangan magnet bumi dalam keadaan paling lemah. Apabila itu berlaku, aurora bujur akan mengecut pada satu bahagian kecil di ruang atas magnet kutub utara.

Elektron dari ribut suria masih berpusu-pusu ke ruang atas atmosfera bumi. Kebiasaannya, aurora bujur yang besar hanya akan menghasilkan aurora yang malap. Tetapi bila elektron masuk ke dalam ruang sempit aurora bujur yang kecil, lebih banyak atom dan molekul gas dapat dimasukkan. Ini sekaligus menghasilkan seri aurora yang lebih cerah.

Akhir sekali, ribut suria turut mengandungi komponen magnet timur-barat. Ia bukan sesuatu yang luar biasa tetapi bila diaplikasikan kepada aurora bujur yang padat itu, ia akan menolaknya sekaligus mendorong aurora untuk berpusing.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Begitupun, ribut taufan dan taufan alam sekitar sama sekali berbeza walaupun dilihat berkongsi ciri yang sama. Ini kerana menurut Daniel Swain dari Universiti of California, Los Angeles (UCLA), ribut taufan biasa ialah enjin haba yang mengeluarkan tenaga dari lautan di kawasan tropika dan membawanya ke kawasan kutub. Proses fizikal membabitkan taufan angkasa lepas merupakan satu proses yang berbeza sama sekali.

Selain itu, dari segi potensi bahaya, taufan angkasa lepas tidaklah seba.ha.ya ribut taufan biasa. Malah, menurut Alexa Halford dari Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard di Greenbelt, Maryland, ia tidak mempunyai potensi ba.ha.ya seperti ribut geomagnet. Ribut geomagnet dianggap satu an.ca.man oleh pengkaji astronomi kerana output surianya berupaya merosakkan infrastruktur elektrik di seluruh dunia.

RUJUKAN:

Andrews, R.A. (2021). Scientists spot a ‘space hurricane’ for the first time. National Geographic Magazine.

Ruangan komen telah ditutup.