Wujud Ke Lipas Albino?

466

Teruja nampak lipas berwarna putih. Iya la, bukan selalu jumpa kan? Tapi, warna depa yang berwarna putih tu sebenarnya bukan lah disebabkan oleh mempunyai genetik albino.

Walaupun betul, akan ada satu masa-masa tertentu dalam hidup lipas, membuatkan fizikal nya berwarna putih.

Penting sekali, kena faham apa itu albinisme atau albino terlebih dahulu. Albinisme adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh genetik. Di mana genetik itu telah berubah, sehingga ia mempengaruhi kebolehan hidupan itu untuk menghasilkan pigmen yang dikenali sebagai melanin.

Hidupan yang mempunyai kondisi albino, hanya mampu menghasilkan sedikit, atau tidak mampu menghasilkan langsung pigmen melanin. Menjadikan ia berwarna putih. Pigmen melanin lah yang memberi warna kepada kulit, rambut dan bulu manusia dan haiwan.

Seterusnya, kesan perubahan genetik albino ini tidak diketahui berlaku kepada lipas. Ini kerana, tiada kes lipas yang mempunyai kondisi albino pernah direkodkan. Atau lebih baik, lipas putih itu, tak termasuk dalam definisi mempunyai kondisi albinisme itu sendiri.

Jadi kalau lipas itu berwarna putih, ia bukanlah disebabkan oleh albinisme atau albino.

Jadi kenapa lipas tu berwarna putih?

Sebab sebenar mengapa lipas itu berwarna putih adalah kerana ia melalui proses tumbesaran yang dikenali sebagai “molting”.

Molting ini adalah proses ‘bersalin kulit’ dimana lipas akan membuang kulit yang dikenali sebagai “exoskeleton” itu.

Pada masa yang sama, ia turut kehilangan pigmen yang memberi warna coklat gelap itu dari badan. Kebiasannya, proses mendapatkan kembali pigmen berwarna tersebut pada badannya, mengambil masa beberapa jam. Justeru, keadaan ‘albino’ itu, hanya sementara sahaja.

Kenapa perkara ni jarang kita lihat?

Ini kerana, selepas proses “molting” itu, kulit atau “exoskeleton” lipas sangat lembut, dan tidak memberikan perlindungan secukupnya sama ada dari elemen persekitaran dan pemangsa.

Anda perlu tahu bahawa, lapisan exoskeleton ini lah yang melindungi organ dalaman serangga daripada kering akibat cahaya matahari.

Lipas yang melalui proses bersalin kulit itu, kebiasannya akan menyorok jauh daripada cahaya dan udara yang kuat. Kerana lapisan exoskeleton yang baru ini juga, tidak keras dan menyukarkan pergerakan. Jadi kalau ada pemangsa, susahlah depa nak lari.

Oleh sebab itulah, lipas putih ini jarang kita lihat. Depa menyorok, sambil perhatikan kau sedang buang air dekat celah-celah tandas. Macam seorang pervert voyeur gitu.

Baby-baby lipas.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.