Wujud Ke Kes R0gol Dalam Perkahwinan Di Negara Ini?

979

1. Seksyen 375A kanun keseksaan. Diwujudkan sekitar 2007. Lepas UN CEDAW comittee saranka nputrajaya jadikan r0gol dalam perkahwinan sebagai jenayah.

2. 375A any man who during the subsistence of a valid marriage causes hurt or fear of death or hurt to his wife or any other person in order to have sexual intercourse with his wife shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years.

3. Tetapi terdapat satu masalah. 375A tidak memasukkan bahawa elemen persetujuan isteri adalah satu kemestian. Minimum penjara juga tiada. Hukuman maksimum 5 tahun tetapi tiada jumlah minimum. Tambahan lagi, tiada kes yang berjaya didakwa dan disabitkn. Setakat 2018 hanya ada 1 kes sahaja.

4. Jadi bagaimana kita hendak mengetahui dapatan mahkamah tetang hal ni? Terpaksa kita rujuk bagaimana negara lain memutuskn adanya ‘marital r4pe’ atau tidak.

5. Sayangnya dalam kes kes common law. Perkahwinan dianggap sebagai satu bentuk persetujuan untuk melakukan perhubungan secara sukarela. Melainkan satu petition perceraian telah difailkan, melakukannya secara paksa dianggap r0gol, manakala sesetengah kes dianggap bukan r0gol.

6. Maka malaysia yang undang-undangnya dipengaruhi common law sedikit sebanyak merujuk kepada common law dapat membuat keputusan kerana ketiadaan kes sebegini di Malaysia.

7. Tidak boleh istilah paksa kerana dalam hubungan intim adalah perlu kepada sukarela menikmati kenikmatan. Isteri tidak boleh menolak tanpa sebarang alasan munasabah apabila suami berkehendak hubungan tersebut

8. Sekiranya tiada sebarang alasan yang munasabah, maka di sini kebiasaanya wujudnya bibit-bibit nusyuz (enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak). Jika pihak isteri gagal membuktikan bahawa menolak hubungan tanpa sebarang alasan munasabah, maka sabitan nusyuz berkemungkinan besar diputuskan.

9. Perkara ini juga pernah dijawab semasa siding dewan rakyat oleh bekas Menteri, Mohd. Hanipa Maidin selepas ditanya oleh Maria Chin Abdullah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/492495/r0gol-dalam-perkahwinan-bukankesalahan

Artikel dinaikkan atas kebenaran penulis artikel ini, peguam Hafidzah Hassan. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.