Wujud Ke Jam Macam Dalam Cerita Detektif Conan?

2,020

Pra-tempah hanya di Shopee

Dalam siri animasi Detective Conan, Shinichi Kudo (Conan) menembak jarum trankuilizer untuk menidurkan Kogoro Mouri. Tetapi, tahukah anda mengenai kejadian seorang wartawan yang telah dibu-nu-h dengan pelet ra-cun yang ditusuk menggunakan sekaki payung?

Georgi Ivanov Markov merupakan seorang penulis novel dan penulis drama terkenal dari Bulgaria. Pada waktu itu (1946-1990), Bulgaria dikenali sebagai People’s Republic of Bulgaria dan diperintah oleh Parti Komunis Bulgaria.

Antara tahun 1968-1971, Markov melarikan diri dari Bulgaria dan berpaling tadah ke UK.

Kemudiannya, beliau bekerja sebagai wartawan siaran untuk beberapa stesyen radio terkemuka, termasuklah BBC World Service.

Georgi Markov menggunakan platform tersebut untuk mengkritik dan menentang rejim komunis serta pemimpinnya, yakni Todor Hristov Zhivkov (kiri) yang memerintah Bulgaria.

Pada 7 September 1978, semasa Markov sedang berjalan untuk beratur di sebuah perhentian bas di Waterloo Bridge, London, beliau merasakan seperti telah digigit atau disengat serangga pada bahagian belakang peha kanannya.

Markov kemudian berpaling ke belakang dan melihat susuk tubuh seorang individu yang tidak dikenali sedang mengambil sebatang payung yang terjatuh.

Lelaki yang tidak dikenali itu meminta maaf kepada Markov dalam bahasa asing, kemudian dilihat berjalan dengan laju untuk ke seberang jalan dan memanggil teksi seterusnya meninggalkan tempat kejadian.

Menganggap kejadian itu sebagai perkara biasa, Markov meneruskan perjalanannya ke tempat kerja di BBC.

Setibanya di BBC, Markov ternampak akan pembentukan seperti bisul atau jerawat pada kawasan “gigitan” serangga tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak seperti gigitan atau sengat serangga, kesakitan yang dialami tidak reda atau berkurangan.

Kejadian di perhentian bas dan kesakitan yang dialami Markov telah diberitahu kepada salah seorang rakan sekerjanya di BBC.

Namun, pada petang hari yang sama, Markov jatuh sakit dengan gejala suhu badan yang tinggi dan mengalami muntah-muntah.

Pada pagi hari berikutnya, kondisi kesihatan yang tidak bertambah baik dan kesakitan yang dialami bertambah teruk mengakibatkan Markov digegaskan ke hospital.

Beberapa hari kemudian, iaitu pada 11 September 1978, Georgi Ivanov Markov telah menemui ajalnya.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa, jumlah sel darah putih Markov adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada jumlah normal.

Punca ke-ma-tian Markov pada mulanya telah ditentukan sebagai septisemia, iaitu kera-cunan darah yang berpunca daripada jangkitan mikroorganisma atau bakteria penyebab penyakit dan toksinnya dalam darah.

Akan tetapi, keadaan kem-atian, keterangan Markov berkenaan kejadian di perhentian bas dan aktiviti penentangan terhadap rejim komunis mengakibatkan kes itu disiasat secara menyeluruh oleh Scotland Yard.

Pemeriksaan post-mortem yang dibuat ke atas Markov menemukan kesan tusukan pada kulit peha kanannya. Sampel kulit itu dihantar ke Chemical Defence Establishment di Porton Down.

Chemical Defence Establishment (kini Defence CBRN Centre) merupakan fasiliti tentera yang bertanggungjawab dalam semua perkara yang berkaitan dengan latihan pertahanan dan peperangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear untuk angkatan tentera UK.

Dengan kelengkapan fasiliti dan kemahiran yang dimiliki anggota bertugas, sebiji pelet yang diperbuat daripada besi berdiameter 1.7 mm, berhasil didapatkan daripada sampel kulit Markov.

Pelet tersebut juga didapati mempunyai dua lubang sangat kecil yang digerudi ke dalamnya pada kedudukan 90° darjah, membentuk ruang atau kaviti berbentuk X.

Hasil siasatan mendapati bahawa kaviti tersebut mampu memuatkan ra-cun sebanyak 500 mikrogram.

Walaupun tiada kesan-kesan rac-un yang berjaya didapatkan daripada pelet tersebut, kewujudan pelet dan pembuatannya yang kompleks menjadi bukti bahawa kem-ati-an Markov bukanlah disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Telah dipercayai bahawa pelet tersebut ditembak atau dimasukkan ke dalam peha Markov melalui bahagian hujung payung yang telah diubahsuai dengan tujuan untuk membu-nu-h beliau.

Berikut adalah diagram “umbrella gun” yang dipercayai telah digunakan untuk mem-bun-uh Georgi Markov.

Oleh sebab rac-un yang digunakan untuk membu-nu-h Markov tidak dapat dikenalpasti, tugas seterusnya bagi penyiasat dan pakar yang terlibat adalah untuk menentukan rac-un yang telah digunakan dalam pemb-unu-han tersebut.

Pakar berpendapat, untuk rac-un itu memberi kesan dengan efektif dan berupaya untuk memb-unu-h manusia, ia perlu mempunyai ketoksikan yang sangat tinggi dalam jumlah yang sangat sedikit disebabkan wadah atau saiz pelet yang kecil.

Seterusnya, ricin yang dianggap sebagai salah satu toksin yang sangat bertoksik (ribuan kali ganda berbanding sianida), telah ditentukan sebagai rac-un yang berkemungkinan tinggi digunakan untuk membu-nu-h Georgi Markov.

Ricin ini apa?

Ricin adalah glikoprotein yang sangat bertoksik diperoleh dari bahan buangan yang tinggal setelah biji tanaman pokok jarak atau nama saintifiknya Ricinus communis, diproses untuk mendapatkan minyaknya.

Mengapa pakar kata Ricin dan bukannya racu-n lain?

Hal ini demikian kerana, gejala atau simptom keracu-nan ricin seperti pening kepala, suhu badan yang tinggi, muntah-muntah dan cirit birit adalah sama seperti yang diderita Markov.

Selain itu, satu eksperimen yang dibuat iaitu pemberian ricin kepada khinzir yang sama kuantitinya seperti yang ditusuk kepada Markov, telah menyebabkan kem-ati-an khinzir itu 24 jam kemudian.

Pemeriksaan post-mortem ke atas bangkai khinzir tersebut turut menunjukkan kerosakan organ yang sama dilihat pada tubuh badan Markov.

Bukti-bukti yang berjaya didapatkan itu memberikan kesimpulan bahawa sememangnya Markov telah dibu-nu-h menggunakan pelet mengandungi toksin ricin yang ditusuk pada bahagian peha kanannya.

Hasil siasatan tersebut membuatkan ramai berpendapat bahawa pembu-nu-ha-n Markov dilaksanakan atas sebab penentangan beliau terhadap rejim komunis Bulgaria, justeru melenyapkan suara-suara kritikan Markov terhadap mereka.

Di sebalik pendedahan itu, pelaku atau pembu-nu-h Georgi Markov masih lagi tidak berhasil dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Namun, menurut bekas jeneral KGB iaitu Oleg Kalugin, pembu-nu-h-an tersebut dilaksanakan oleh anggota Perkhidmatan Rahsia Bulgaria dengan bantuan KGB.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.