Wujud Atau Tidak Sebuah Benua Dinamakan Lemuria?

298

Apabila menyebut tentang benua yang hilang, pasti kisah lagenda Kota Atlantis akan terlintas di fikiran anda. Namun, pada awal abad ke-18 hingga ke-19, kewujudan sebuah ‘benua’ yang dikenali sebagai Lemuria menjadi tajuk hangat pada ketika itu.

Pengenalan


Kiri- Philip Sclater
Kanan- Ernst Haeckel

Kewujudan benua Lemuria ini sebenarnya mula mendapat perhatian selepas sebuah teori yang dicadangkan oleh ahli zoologi dari United Kingdom iaitu Philip Lutley Sclater.

Pada tahun 1864, Sclater menulis kertas kajian yang bertajuk “The Mammals of Madagascar”. Kertas kajian itu pula kemudian diterbitkan di dalam sebuah jurnal dinamakan “The Quarterly Journal of Science”.

Di dalam pemerhatian dan kajian Sclater, beliau mendapati bahawa terdapat lebih banyak spesies (30 spesies) haiwan primat yang dikenali sebagai lemur dapat dilihat menetap dan menjadikan Madagascar. Bagaimanapun, sedikit berbeza dengan ahli zoologi moden, Sclater turut memasukkan primat yang dikenali sebagai Galagos (Afrika) Loris (Asia) dan Tarsier (Asia Tenggara) di dalam kumpulan atau spesies Lemuridae iaitu lemur itu tadi.


Taburan spesies Lemur di Madagascar

Disebabkan oleh taburan spesies-spesies tersebut boleh didapati di ketiga-tiga tempat itu, Sclater membuat sebuah hipotesis bahawa ketiga-tiga daratan ini pernah bersambung diantara satu sama lain pada satu masa dahulu.

Justeru mengetengahkan idea bahawa terdapat kewujudan daratan atau benua besar yang terletak di arah selatan Lautan Hindi. Justeru menamakan benua itu sebagai Lemuria.

“The anomalies of the Mammal fauna of Madagascar can best be explained by supposing that anterior to the existence of Africa in its present shape, a large continent occupied parts of the Atlantic and Indian Oceans stretching out towards (what is now) America to the west, and to India and its islands on the east; that this continent was broken up into islands, of which some have became amalgamated with the present continent of Africa, and some, possibly, with what is now Asia; and that in Madagascar and the Mascarene Islands we have existing relics of this great continent, for which as the original focus of the “Stirps Lemurum,” I should propose the name Lemuria!”

Menurut Sclater, kemungkinan besar ‘benua’ Lemuria ini disambungkan pada bahagian selatan India, selatan benua Afrika dan barat Australia.

Dan seperti lagenda Kota Atlantis, kemungkinan Lemuria ditimpa bencana dan ditakdirkan ‘benua’ itu akhirnya tenggelam ke dasar laut.

Namun kemudian Sclater menegaskan bahawa ia hanya lah sekadar hipotesis berdasarkan teks di bawah;

“This fact would seem to show that the ancient “Lemuria”, as the hypothetical continent which was originally the home of the Lemurs has been termed, must have extended across the Indian Ocean and the Indian Peninsula to the further side of the Bay of Bengal and over the great islands of the Indian Archipelago.”

Maksudnya di sini, ‘benua’ Lemuria itu dinamakan sebegitu oleh Sclater bersempena habitat asal haiwan bernama Lemur.


Lemur Madagascar

Lemur = Lemuria?

Walau bagaimanapun, Sclater bukanlah saintis yang pertama ‘mempromosikan’ teori tersebut. Iaitu teori berkenaan kewujudan “land-bridge” atau kewujudan jalan darat (benua yang bersambung) yang membolehkan haiwan bermigrasi dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta benua yang tenggelam ke dasar laut.

Ini kerana pada waktu itu, teori-teori tersebut dianggap oleh saintis sebagai ‘kemungkinan’ yang tinggi untuk berlaku disebabkan oleh ilmu sains yang terhad.


Peta Hypothethical kedudukan ‘benua’ Lemuria yang dipercayai dari Ernst Haeckel. Lihat no 6 dan sebaran dia.

Antara saintis-saintis tersebut ialah;

1. Seorang naturalis dari Perancis iaitu Etienne Geoffroy Saint-Hilaire yang seperti Sclater membuat spekulasi pada tahun 1840 bahawa terdapat jalan darat atau laluan hubungan diantara Madagascar, iaitu 2 dekad lebih awal berbanding teori Sclater.

2. Seorang geologis dari United Kingdom iaitu Charles V. Wood membuat hipotesis akan kewujudan sebuah benua gergasi di selatan Lautan Hindi semasa Zaman Mesozoic.

3. Alfred Russel Wallace juga pernah mencadangkan sebuah teori akan kewujudan benua yang tenggelam pada tahun 1859 untuk menjelaskan fauna yang terdapat di Pulau Celebes. Bagaimanapun, Wallace kemudian menjadi pengkritik yang lantang berkenaan idea sebuah benua yang tenggelam.

Justeru itu, teori kewujudan “Benua Lemuria” milik Sclater ini popular pada abad ke-18 dan ke-19 hanya disebabkan oleh kajian tentang sains evolusi itu masih berada pada tahap permulaannya.

Pada ketika ini juga, idea sebenar mengenai “continental drift” atau hanyutan benua itu masih belum diterimapakai sepenuhnya. Namun kini majoriti daripada saintis percaya akan berlakunya peristiwa “continental drift”, yang akhirnya menyaksikan taburan flora dan fauna menjadi pelbagai.

Teori Asal Usul Manusia dari Benua Lemuria?

Pada tahun 1868, ahli biologi dari German iaitu Ernst Haeckel menerbitkan sebuah buku bertajuk “Natürliche Schöpfungsgeschichte” atau “The History of Creation” menjelaskan pada orang ramai akan pandangan beliau berkenaan evolusi.

Haeckel berpendapat bahawa manusia terawal adalah hasil evolusi atau keturunan daripada primat (monyet) dari Asia. Seterusnya, beliau juga menempatkan tempat bermulanya tamadun manusia purba ini di benua Asia, Afrika, dan pulau-pulau diantara dua benua ini. Manakala ‘benua’ Lemuria menjadi laluan migrasi utama manusia untuk memasuki sama ada Afrika atau Indonesia.

Seterusnya, buku versi bahasa inggeris beliau diterjemahkan oleh Ray Lankester yang diterbitkan pada tahun 1876, ‘kewujudan’ benua Lemuria turut diletakkan di dalam peta dilabel dengan perkataan “Paradise” yakni syurga serta menjadi tempat bermulanya kepada tamadun manusia.

The primeval home, or the “Centre of Creation”, of the Malays must be looked for in the south-eastern part of the Asiatic continent, or possibly in the more extensive continent which existed at the time when further India was directly connected with the Sunda Archipelago and eastern Lemuria.”

*

“The probable primeval home or “Paradise” is here assumed to be Lemuria, a tropical continent at present lying below the level of the Indian Ocean, the former existence of which in the tertiary period seems very probable from numerous facts in animal and vegetable geography. But it is also very possible that the hypothetical “cradle of the human race” lay further to the east (in Hindostan or Further India), or further to the west (in eastern Africa).

Dengan teori dari Haeckel ini, kewujudan ‘benua’ Lemuria terus bertahan hingga ke abad-19.

Teori Aneh Lemurian

Seorang “occultist” dan penulis buku dari Rusia iaitu Elena Petrovna Blavatskaja mengetengahkan sebuah teori yang cukup aneh.

Beliau yang dipengaruhi falsafah dari Asia menerbitkan sebuah buku bertajuk “The Secret Doctrine” pada tahun 1888. Di dalam buku tersebut, beliau mengusulkan bahawa tamadun manusia pada zaman dahulu mempunyai 7 bangsa manusia purba. Dan ‘benua’ Lemuria ini menjadi tempat asal bagi kesemua bangsa ini.

Menurut Elena lagi, beliau mengatakan bahawa manusia atau “bangsa lemurian” ini mempunyai ketinggian 15 kaki, mempunyai 4 tangan serta berjantina khunsa. Dan wujud semasa zaman dinosaur lagi.

Dapatan Kajian Terkini Mengenai Lemuria

Penggalian arkeologi terkini menemukan peninggalan rangka manusia purba terawal di dunia terletak di benua Afrika, justeru menidakkan teori bahawa ‘benua’ Lemuria merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Selain itu, dengan kemajuan di dalam bidang sains juga, ahli seismologi mendapati bahawa plat tektonik itu sentiasa bergerak, justeru membuktikan idea disebalik “continental drift” atau hanyutan benua.

Jika tiada penemuan rangka manusia terawal serta fakta bahawa plat tektonik dan hanyutan benua itu berlaku, mungkin masih ramai yang akan mempercayai kewujudan ‘benua’ Lemuria.

—–

Kredit:

A Geologist Dream: The Lost Continent of Lemuria. Retrieved from: Scientific American.

January 6, 1912: The Continental Drift. Retrieved from: Scientific American

The Geography of Mammals (1899) by William Lutley Sclater and Philip Lutley Sclater.

The History of Creation: Or The Developments of The Earth And It’s Inhabitants By The Action of Natural Causes by Ernst Haeckel. Translated by Professor Ray Lankester.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.