Musim PRU tak ada mood sangat nak ulas isu semasa. So den duk layan cerita Korea je lah. Sekali terjumpa drama “Witch’s Court” (마녀의 법정 / Manyeo-ui Beopjeong).

Tak menyesal layan cerita ini. Ceritanya langsung tak ada unsur-unsur klise K-drama (cinta tiga segi, cinta antara dua darjat, kemalangan, kanser). Panjang cerita pun 16 episod sahaja, tak berderet.

Plot cerita ini mengisahkan tentang pendakwa raya yang berkhidmat di “Crimes Against Girls Unit” (CAGU), Pejabat Ketua Pendakwa Raya Korea Selatan. Watak utama cerita (Ma Yi-deum dan Yeon Jin-wook) merupakan pendakwa raya yang diberi tugas untuk mendakwa pesalah jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.

Serious, sebelum ini den tak pernah minat pasal isu-isu sebegini walaupun sering dibangkitkan oleh Syed Azmi. Tapi drama ini betul-betul mengubah perspektif den. Geram pulak den tengok muka perogol budak dalam cerita, mungkin sebab lelaki Korea ni kalau tak kacak macam Lee Min-ho atau Song Joong-ki mesti kebanyakan muka macam pervert. Alamak, terkutuk bangsa sendiri.

Dalam episod pertama, Ma Yi-deum ditukarkan daripada unit asalnya selepas menjadi saksi terhadap bos dia yang terlibat dalam kes cabul. Boleh pulak bos dia kata “itu hanya perkara normal di Korea” dan siap minta Ma Yi-deum untuk memujuk mangsa agar menggugurkan kes kerana “perempuan makan pujuk perempuan”. Eh geram.

Tapi itu sebenarnya refleksi sisi gelap masyarakat Korea Selatan yang telah dinormalisasikan. Di Korea, gangguan seksual biasa berlaku di pejabat dan di sesi karaoke selepas waktu kerja. Mangsa selalunya takut untuk membuat laporan atau laporan digugurkan kerana penglibatan orang atasan.

Drama ini disiarkan pada hujung 2017 ketika kemuncak kempen “Me Too” di Korea Selatan. “Me Too” ialah kempen yang berasal dari US untuk mengalakkan lebih ramai mangsa jenayah seksual di tempat kerja untuk menampil ke depan. Akibat kempen tersebut, Ahn Hee-jung, antara “rising star” Parti Demokrat telah bersara dalam politik pada usia muda akibat tuduhan jenayah seksual terhadap bekas setiausahanya Kim Ji-eun. Tapi di Jepun, sambutan terhadap “Me Too” kurang. Sebabnya masyarakat Jepun masih menganggap jenayah seksual sebagai tabu.

Di kalangan masyarakat Malaysia pula, budaya “victim blaming” masih menebal. Jangan harap “Me Too” boleh dapat sambutan di masyarakat kita. Silap-silap mangsa pula yang akan dikecam “gedik” dan “sendiri cari pasal”. Kalau tak percaya, baca je komen dekat berita-berita yang melibatkan jenayah seksual.

Walaubagaimanapun, sebagai langkah menangani jenayah seksual terutamanya di kalangan kanak-kanak, Malaysia telah menubuhkan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang pertama di Asia Tenggara pada Jun 2017, sempena penguatkuasaan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. Pertama OK. Idea itu dicetuskan oleh PM sendiri ketika Seminar Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak anjuran PERMATA pada Mac 2017.

Pada minggu lepas, mahkamah kedua telah dibuka di Kuching untuk mencapai matlamat agar setiap negeri memiliki mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak menjelang hujung tahun 2018. Mahkamah khas ini bukan “kangaroo court”. Ia berjaya selesaikan lebih 200 kes dalam 6 bulan pertama penubuhan.

Jadi, dari segi perlindungan hak kanak-kanak dan wanita, Malaysia jauh lebih “maju” berbanding negara seperti Jepun dan UK walaupun hari ini den terbaca di Timeline ada mak cik bawang kata Malaysia tak maju-maju seperti Jepun dan UK. Di UK, kanak-kanak mangsa jenayah seksual dikatakan mempunyai pengalaman traumatik ketika memberi penerangan di mahkamah. Itu sebabnya mahkamah khas diperlukan.

Pencapaian sebegini tak ramai yang nak highlight dan beri kredit, sebab tak ada kaitan dengan naratif “negara nak bankrap, rakyat hidup merempat”. Ya lah orang kita bincang isu power-power je seperti urus tadbir kewangan kerajaan dan kedudukan hutang negara. Isu-isu macam ini mana penting kan.

Tu sebab makin hari makin den muak dengan politik. Baik layan cerita Korea, boleh belajar benda baru.

(BTW den sangat minat watak Ma Yi-deum. Smart, witty dan sassy. My type)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.