Moving Forward As One

Wira Muslim Soviet Ketika WWII

1,488

Semasa pihak Bolshevik mengambil alih kuasa di Rusia menerusi Revolusi Oktober 1917, salah satu matlamat mereka ialah menamatkan prejudis agama-agama. Bagi ramai orang terutama umat Islam ketika itu, mereka terpaksa mengamalkan ajaran agama secara sembunyi-sembunyi.

Tetapi apabila Operasi Barbarossa tercetus pada musim panas 1941, ramai umat Islam pergi ke perbatasan sebagai ten.te.ra yang melawan pendudukan Jerman di Rusia. 500 daripada mereka kemudiannya dikurniakan gelaran Wira Kesatuan Sovet pada akhir Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII). Tidak diketahui tentang status sebenar agama mereka pada ketika itu. Bagi penulis, hal itu hanya Tuhan dan mereka saja yang tahu.

  • Musa Jalil
Rajah 1: Sumber gambar: TASS

Seorang sasterawan dan koresponden pe.ra.ng berdarah Tatar, beliau juga pernah mendapat pendidikan di madrasah. Selepas Bolshevik berkuasa, Jalil kemudiannya menyertai Liga Ko.mun.is Muda (Komsomol) sebelum menjadi pengajar politik untuk Ten.te.ra Merah (Red Ar.my) apabila Operasi Barbarossa berlaku.

Untuk beberapa lama, beliau dianggap pengkhianat oleh Motherland kerana berkolaborasi dengan rejim Jerman. Selepas ditawan pada 1942, Jalil diserap masuk ke dalam Legion Idel-Ural. Kebanyakan anggota unit ini ialah orang-orang dari wilayah Volga (etnik seperti Tatar dan Mordovia) yang mahu melawan rejim Bolshevik.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Hakikatnya, beliau berada dalam Legion Idel-Ural dengan tujuan mengha.nc.urkan unit ini secara dalaman. Bagi menjayakan usaha ini, Jalil bertanggungjawab menyebarkan propaganda anti-Jerman dalam kalangan ahlinya termasuk semasa merekrut mereka di kem-kem tahanan. Beliau dipilih berbuat demikian kerana dipercayai rejim untuk pergi ke kem-kem tahanan mereka dan menyampaikan propaganda pro-Jerman terhadap tahanan.

Berikutan usahanya itu, batalion pertama yang dihantar ke medan membu.nu.h pegawai pemerintah Jerman mereka dan sebahagian besar daripadanya menyertai unit partisan. Sementara enam lagi batalion tidak dihantar ke medan kerana sudah terpengaruh dengan propaganda anti-Jerman yang dibawa Jalil. Unit-unit ini dilabel tidak boleh diharap dan tak bernilai sebagai unit pertem.pu.ran.

Bagaimanapun, rahsia Jalil berjaya dibongkar pihak Jerman sekaligus menyaksikan dirinya ditahan pada Ogos 1943. Setahun selepas itu, beliau dihukum ma.ti menggunakan gil.ot.in sebelum namanya dibersihkan oleh veteran-veteran pe.ra.ng Soviet termasuk bekas anggota Idel-Ural pada akhir pe.ra.ng. Pada tahun 1956, Jalil dianugerahkan pasca-kema.ti.an gelaran Wira Kesatuan Soviet.

  • Khanpasha Nuradilov

Walaupun hanya sempat bertem.pu.r selama setahun, Nuradilov menjadi mimpi ngeri kepada ten.te.ra Jerman. Dalam kalangan Ten.te.ra Merah, beliau dikenali sebagai pengendali mes.ing.an berdarah Chechen yang hebat dengan 920 kema.ti.an musuh.

Bukan sekali Nuradilov cedera di medan pe.ra.ng dan merupakan satu-satunya krew mesi.ng.an yang terselamat pada akhir setiap operasi. Di sebalik semua itu, itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menghujani pihak musuh dengan pe.lu.ru. Dalam satu operasi di Bayrak, Ukraine pada musim bunga 1942, komander unit kavalri yang dibantu krew mesi.ng.annya mendapati lebih 300 ten.te.ra Jerman gugur di tangan Nuradilov.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Nuradilov gugur berhampiran Stalingrad pada September 1943 semasa berusia 18 tahun. Pada 1944, beliau diberi anugerah pasca-kematian Wira Kesatuan Soviet.

  • Domullo Azizov

Warga Republik Sosialis Soviet Tajik, beliau merupakan antara orang bertanggungjawab menjayakan operasi menyeberang Sungai Dnieper pada musim luruh 1943. Dalam kempen tersebut, Azizov bersama beberapa unit lain merupakan yang pertama tiba di Loyevsky, Belarus pada 15 Oktober dalam keadaan dise.ra.ng bertubi-tubi oleh pihak musuh.

Sebelum bot yang membawa mereka tiba ke tebing, beliau terjun masuk ke dalam air paras pinggang dan segera menyerbu masuk ke parit pertahanan yang dikawal pihak Jerman. Selepas berjaya memus.na.hkan unit mesi.ng.an dengan sebutir gr.en.ad, Azizov menggunakan mesi.ng.an MG-42 pihak musuh untuk membantu lebih ramai rakannya menyeberang dengan selamat.

Tidak lama selepas itu, beliau gugur semasa berte.mp.ur di Gomel, Belarus dan dikebumikan di salah satu kubur besar yang menempatkan veteran-veteran pe.ra.ng Soviet. Bagi mengenang jasanya, beliau dianugerahkan anumerta Wira Kesatuan Soviet.

  • Yusup Akayev

Akhbar-akhbar Soviet menggelarnya lelaki berhati kering dan legenda. Bagi juruterbang Angkatan Laut Hitam Soviet, Akayev, beliau merupakan juruterbang terkenal atas satu sebab: terbang pada altitud rendah agar dapat mensasarkan kedudukan pihak musuh.

Kebiasaannya, pesawat-pesawat penge.b.om menye.ra.ng dengan cara menjunam selepas terbang tinggi dan menggugurkan b.o.m. Tetapi bagi Akayev pula, beliau lebih suka terbang pada altitud yang lebih rendah sebelum menggugurkan b.o.m dan terbang tinggi. Teknik ini dianggap berisiko kerana berpotensi dise.ra.ng me.ri.am anti-pesawat dan mesi.ng.an tetapi amat berkesan dalam memus.na.hkan sasaran.

Dalam 104 misi menggunakan pesawat Il-2, Akayev berjaya memu.sn.ahkan 18 buah kapal, tiga buah lokomotif, 11 buah kereta perisai dan pelbagai kelengkapan milik pihak musuh. Beliau juga dikenali kerana merupakan antara beberapa juruterbang yang terselamat dalam pertarungan udara antaranya dengan dua buah pesawat musuh.

Akayev terselamat pada akhir pe.ra.ng dan dikurniakan gelaran Wira Kesatuan Soviet. Bagaimanapun, kecederaan yang dialami semasa operasi udaranya mengakibatkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1949 semasa berusia 27 tahun.

  • Aliya Moldagulova

Graduan Sekolah Latihan Menem.ba.k Tepat Pusat untuk Wanita ini lebih dikenali bukan sebagai pene.mb.ak tepat. Tetapi wanita berdarah Kazakh ini dikenali kerana mengetuai rakan-rakan seperjuangannya menggem.pu.r pihak Jerman di Pskov pada Januari 1944.

Selepas komander kompeninya ma.ti di tangan ten.te.ra Jerman, Moldagulova mengetuai serbuan ke atas pihak Jerman dan orang pertama yang sampai ke dalam parit musuh. Walaupun mengalami kecederaan sebelum ini akibat periuk api, itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya. Bagaimanapun, Moldagulova kemudiannya gugur selepas mengalami satu lagi kecederaan semasa berte.mp.ur di situ.

RUJUKAN:

Egorov, Boris. (2021). Soviet Muslim WWII heroes. Russia Beyond. Diambil dari https://www.rbth.com/history/333877-soviet-muslim-wwii-heroes

Ruangan komen telah ditutup.