Pada Zaman Pertengahan, pahlawan berkuda Hussar atau Winged Hussar menjadi mimpi ngeri kepada mana-mana t3ntera yang memusuhi kerajaan Poland-Lithuania. Katakan siapa dari kerajaan Turki Uthmaniyyah hingga Dinasti Tatar Crimea, mereka berjaya mengatasi lawan yang dihantar. Tetapi bagaimana mereka bermula?

Walaupun mengikut rekod sejarah pahlawan berkuda ini ditubuhkan pada abad ke-16, hakikatnya asal-usul mereka sebenarnya berada di luar Poland-Lithuania. Satu teori ialah mereka sebenarnya unit berkuda ringan dari rantau Balkan yang direkrut sebagai unit kavalri kerajaan Rom Timur/Byzantine.

Tetapi dengan kemerosotan kekuasaan Byzantine, ia membuka ruang kepada usaha perluasan kuasa kerajaan Turki Uthmaniyyah termasuk di rantau Balkan. Justeru, selepas kerajaan itu berjaya memenangi Pert3mpuran Kosovo pada tahun 1389, pahlawan berkuda Serbia atau usars/gusars dalam Bahasa Serbia memilih melarikan diri ke Hungary dan Poland.

Rajah 1: Kekalahan Serbia dalam Pert3mpuran Kosovo 1389 memaksa unit kavalri Serbia melarikan diri ke Poland dan Hungary.

Memandangkan dua kerajaan itu bimbang dengan usaha perluasan kuasa Uthmaniyyah, maka mereka merasakan satu cara untuk menuntut bela kekalahan tanah air mereka dengan menyertai pasukan t3ntera mereka. Tapi perlu diingat, 4skar-4skar ini merupakan t3ntera upahan yang tiada negara.

Walau apapun teori yang dikemukakan, pada awal abad ke-16 merupakan tempoh awal penyertaan t3ntera berkuda Serbia dalam pasukan t3ntera Poland. Selain Serbia, Poland turut merekrut t3ntera kavalri dari Lithuania dan Hungary untuk memperkukuhkan t3ntera Hussar mereka itu.

Pada tahun 1576 semasa era Raja Stefan Batory, barulah t3ntera Hussar memperoleh bentuk sayap mereka yang unik. Pada ketika itu, t3ntera berkuda Serbia cuma unit kavalri ringan yang dilengkapi sut besi ringan dan perisai Balkan yang tidak simetri.

Batory yang berdarah Hungary segera mengubah unit tersebut dengan kelengkapan mereka terdiri daripada sut besi yang berat, perisai dan tombak yang selalu digunakan oleh pahlawan di tanah airnya itu. Justeru, imej Winged Hussar ialah gabungan dua unit tersebut di mana mereka memakai plat dada dan lembing yang panjang tetapi tidak membawa sebarang perisai.

Tetapi sayap kayu yang dipakai di belakang sut besi yang menjadikan unit Hussar ini menonjol. Sayap kayu ini turut dipasang dengan bulu burung helang, hering atau falkon. Pada awalnya, ia dipasang pada tali kekang kuda sebelum dipasang pada bahagian belakang sut besi pada abad ke-17.

Mungkin ada menganggap sayap ini sebagai hiasan semata-mata. Hakikatnya, unit Hussar ini bergerak merempuh musuh dilengkapi sayap berbulu dan memakai mantel kulit haiwan buas seperti harimau bintang sudah pasti membuatkan sesiapa saja terkencing. Justeru, sebarang serangan yang dilancarkan mereka bukan saja memberi kesan fizikal tetapi juga kesan psikologi terhadap pihak musuh.

Rajah 2: Lukisan unit Hussar meny3rang t3ntera Uthmaniyyah semasa Pert3mpuran Vienna pada tahun 1683.

Salah satu kempen pert3mpuran paling terkenal membabitkan unit Hussar ialah Pertempuran Vienna pada tahun 1683. Kempen tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Uthmaniyyah mengukuhkan cengkaman mereka di Eropah tetapi digagalkan oleh Raja John III Sobieski. Kegagalan di Vienna turut menandakan permulaan pengakhiran dominasi mereka di Eropah Timur.

Selain Vienna, Hodow turut menjadi saksi keberanian mereka. Pada tahun 1694, Dinasti Tatar Crimea menghantar 40,000 t3ntera ke Poland dengan tujuan meny3rang kawasan-kawasan perkampungan untuk dijarah dan penduduknya dijadikan tebusan. Bagi mengekang 4ncaman mereka, John III Sobieski mengerahkan 400 unit Hussar ke satu kawasan lapang berhampiran Hodow.

Pasukan ini bertembung dengan pasukan peny3rang awal Tatar Crimea seramai 700 orang dan berjaya mengalahkan mereka. Namun, berikutan bilangan pihak musuh yang terlalu ramai, unit Hussar terpaksa berundur ke Hodow dan berkubu menggunakan pagar-pagar kayu berat yang ditinggalkan dari s3rangan awal pihak musuh.

Untuk enam jam selepas itu, kedua-dua pihak bert3mpur dengan sengit menggunakan senjata api, pedang, lembing dan tukul p3rang. Menjelang waktu pagi, pihak Tatar menghantar unit mereka dari puak Lipka Tatar yang boleh berbahasa Poland untuk memujuk unit Hussar menyerah diri.

Tetapi salah seorang komander Hussar berkata, “Cubalah dekat kalau berani.” Mendengar jawapan itu, unit Tatar Crimea yang kehilangan 1,000 hingga 2,000 t3ntera dalam Pert3mpuran Hodow segera berundur dan menghentikan semua s3rangan di sebalik mempunyai kelebihan t3ntera yang ramai.

Namun 17 tahun selepas kejayaan di Vienna, unit Hussar tidak lagi menjadi kekuatan utama t3ntera Poland. Ia disebabkan beberapa faktor seperti penciptaan halangan unit anti-kavalri dipanggil cheval de frise dan senjata api yang lebih tepat dan senang diisi dengan peluru.

Mereka bagaimanapun masih mempunyai peranan dalam masyarakat seperti askar pengiring semasa upacara pemakaman bangsawan-bangsawan. Penglibatan mereka ini menyebabkan mereka digelar 4skar pemakaman. Akhirnya pada tahun 1776, unit tersebut dibubarkan secara rasmi oleh Parlimen Poland.

Walaupun peranan Hussar diambil alih oleh kereta kebal bersesuaian dengan persekitaran p3rang moden, t3ntera kavalri masih lagi penting. Semasa P3rang Dunia Pertama (WWI) dan P3rang Dunia Kedua (WWII), unit ini terdiri daripada militia-militia tempatan bers3njatakan raifal dan keazaman untuk berjuang. Hari ini, legasi mereka terus hidup menerusi Divisyen Kavalri Perisai Ke-11 Poland.

RUJUKAN:

DHWTY. (2019). The Winged Hussars: An Eerie and Flamboyant Cavalry That Devasted Their Enemies. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/winged-hussars-0011655

Milzarski, Eric. (2017). 5 reasons why the Winged Hussars are among the greatest fighters of all time. We Are The Mighty. https://www.wearethemighty.com/history/winged-hussars-greatest-figthers?rebelltitem=3#rebelltitem3


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.