Saban tahun, kita pasti akan dengar beberapa laporan berita berkaitan dengan isu kebakaran. Secara asasnya, kebakaran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kebakaran hutan, kebakaran struktur (bangunan dan rumah) dan juga kebakaran kenderaan.

Menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar fataliti kes kebakaran yang berlaku di seluruh dunia adalah melebihi 180 000 orang pada setiap tahun.
95% kes kematian yang direkod adalah dari negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Pada tahun 2017 sahaja, jumlah kematian berkaitan kebakaran yang direkod dunia adalah sebanyak 120 632 kes. Manakala, seramai 8 991 468 orang mengalami kecederaan menurut kajian dari ‘Institute for Health Metrics and Evaluation’ (IHME).

Kebakaran hutan yang turut digelar sebagai kebakaran liar (wildfires), telah mengancam kestabilan ekosistem bumi setiap tahun.

WHO dan PBB telah meletakkan fenomena ‘Mega Wildfires’ yang melibatkan saiz tidak kurang daripada 10 000 hektar sebagai salah satu bencana alam dunia, sebaris dengan banjir besar, gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut, kemarau dan juga tsunami.
Menurut data dari Global Forest Watch, sebanyak 4.5 juta kes kebakaran hutan berlaku di seluruh dunia pada setiap tahun. Angka ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 400 000 kes berbanding tahun 2018.

Sebagai info, kesemua 4.5 juta kes kebakaran yang direkod melibatkan saiz lebih dari 1 kilometer persegi atau 100 hektar.

Di Malaysia sahaja, jumlah kes kebakaran hutan yang direkod pada bulan Januari hingga Jun 2020 adalah sebanyak 3889 kes menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Statistik ini menunjukkan tren penurunan jika dibandingkan dengan kes kebakaran dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2019 (4329 kes).

Antara kes kebakaran hutan terbaharu di Malaysia berlaku di negeri Selangor pada 27 Februari hingga 24 April 2020. Kebakaran tersebut melibatkan 80 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan .

Dalam pada itu, Sarawak mencatatkan kes kebakaran hutan tertinggi pada 1 hingga 9 September 2019 dengan rekod sebanyak 147 kes yang melibatkan saiz hutan sebesar 115 hektar menurut laporan dari JBPM Sarawak.

Di peringkat global pula, negara Amerika Syarikat merupakan salah satu negara yang mencatatkan jumlah kes kebakaran hutan tertinggi di dunia selain Australia, Brazil, Indonesia, Russia dan China.

Pernahkah anda terkesan dengan permasalahan jerebu (haze) yang disumbangkan oleh negara jiran kita? Of course.

Kebakaran hutan bersaiz 2.6 juta hektar di Indonesia pada tahun 2015 telah mengakibatkan berlakunya masalah jerebu di sekitar ASEAN khususnya Malaysia dan Singapura.
Kerugian ekonomi yang ditanggung kerajaan Indonesia mencecah sehingga $16 Bilion USD atau dua kali ganda lebih besar berbanding kos kerugian yang ditanggung semasa bencana Tsunami berlaku pada tahun 2004 menurut laporan Bank Dunia.

Negara ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat mencatatkan 45 939 kes kebakaran hutan sejak dari 1 Januari hingga 16 Oktober 2020.

Kebakaran yang berlaku telah memusnahkan tanah seluas 3.35 juta hektar (8.3 juta ekar), yang mana majoritinya berlaku di negeri California menurut data dari National Interagency Fire Center (NIFC).

Selain itu, kebakaran hutan di Australia yang berlaku pada bulan Julai 2019 hingga Mac 2020 telah memusnahkan hutan seluas 18.6 juta hektar. Sekali gus, meletakkan kebakaran hutan Australia sebagai salah satu kebakaran terburuk di dunia moden. Anggaran kerugian yang ditanggung oleh kerajaan Australia adalah berjumlah $110 Bilion menurut data dari portal AccuWeather.com.

Kebakaran tersebut telah memberi kesan kepada 143 juta haiwan mamalia, 246 juta reptilia, 180 juta ekor burung, dan 51 juta katak berdasarkan kajian yang dibuat oleh 10 orang ‘Researcher’ dari 10 buah Universiti dan NGO Hidupan Liar Di Australia seperti yang dilaporkan oleh portal NBCnews.com.

Di Brazil pula, sebanyak 40 013 kes kebakaran berlaku di hutan Amazon dan Pantanal pada tahun ini. Mengikut analisis yang dibuat oleh Dr Michelle Kalamandeen, saiz kebakaran hutan Amazon pada bulan Januari hingga Julai 2020 adalah seluas 1.3 juta hektar.

Menurut kajian yang dibuat oleh Global Forest Watch, kira-kira 90% punca berlakunya kebakaran hutan adalah disumbangkan oleh tindakan manusia termasuk cuai dan juga sengaja membakar hutan untuk membina kawasan perladangan baru.

Manakala, baki 10% dikatakan berpunca dari fenomena alam seperti kemarau panjang (drought), suhu melampau (extreme heat), kilat (lighting) dan juga lava dari letusan gunung berapi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.