Oh fajar, bangkitlah! Zarah menari-nari

           Jiwa yang fana’, menarikan sama’

           Biar kubisik, ke mana sama’ menerbangkanmu

            Seluruh zarah, di udara dan sahara

            Biar semua tahu, mereka mabuk cinta

            Seluruh zarah, bahagia atau sengsara

Mabuk cintakan Shams, sampai terdiam seribu bahasa

(Mevlana Rumi)

Cinta itu seperti al-Quran.

 

Cinta,

Awalnya bermula dari Allah ﷻ.

Akhirnya kembali pada Allah ﷻ.

 

Awal cinta ialah sujud.

Kemuncak cinta ialah tauhid.

 

إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي أعطني محبتك ومعرفتك يا الله

 

“TUHANku, ENGKAUlah matlamatku dan KeredhaanMU tuntutanku,

kurniakanlah kepadaku kelazatan mencintaiMU dan mengenalMU, wahai ALLAH.”

 

Awalnya bermula dengan بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya kembali pada قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

 

Allah menghantar kita turun di dunia, bertujuan untuk kembali kepada-Nya.

Surah al-Fatihah ialah pembukaan al-Quran. Seluruh rahsia kehidupan tersimpan dalam al-Quran. Seluruh rahsia al-Quran tersimpan pada al-Fatihah. Seluruh rahsia al-Fatihah tersimpan pada بسم الله الرحمن الرحيم . Seluruh rahsia بسم الله الرحمن الرحيم  tersimpan pada nuktah pertama dari huruf ب . Di situlah tersimpan rahsia Nur Muhammad & Hakikat Muhammadiah. The Origin Of Universe.

Surah al-Ikhlas ialah Tauhid mengesakan Allah ﷻ. Surah al-Falaq dan Surah an-Nas menyangkal  selain daripada Allah ﷻ, sekaligus menguatkan makna Tauhid pada Surah al-Ikhlas. Disimpulkan di dalam al-Ikhlas: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Allah ﷻ Maha Esa. The Exalted One.

اللَّهُ الصَّمَدُ

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

[QS. Al-Ikhlas: 2]

Bagi memperkenalkan sifat keperkasaan جلال  dan belas kasih جمال maka diwujudkanlah alam ini.

Seluruh alam semesta ini dijadikan Allah ﷻ untuk menceritakan tentang diri-Nya. Kecantikan alam untuk menceritakan kecantikann-Nya. Kehebatan alam untuk menceritakan kehebatan-Nya. Kesempurnaan alam untuk menceritakan kesempurnaan-Nya.

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

(QS. Ya-Seen,82-83)

Terdapat 51 galaksi terdekat daripada 2,000,000,000,000 galaksi lain. Galaksi bimasakti kita sendiri belum pun siap dijelajahi. Di galaksi kita saja, daripada sekian planet: Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune — dan Planet Nine, kita setakat menjelajahi satu planet saja. Planet-planet ini semuanya mengelilingi Sun (Matahari). Betapa luas kekuasaan Allah. Lautan di bumi pula merangkumi lebih daripada 70% permukaan bumi. Anggaran 97% daripada air di atas Bumi berada di lautan. Daripada peratusan kecil yang tidak di lautan, kira-kira dua peratus beku dalam glasier dan topi ais. Sampai ke hari ini, manusia cuma berjaya menjelajahi 5% daripada lautan di bumi. Yang tercapai sedikit sahaja, yang belum disingkap lebih luas. Batin lebih luas berbanding zahir.

Planet-planet di galaksi berputar mengelilingi matahari setiap ketika.

You are not a drop in the ocean. You are the entire ocean in a drop.’

(Mevlana Rumi)

90% berat badan manusia daripada air. Sehingga 60% daripada badan dewasa manusia adalah air. Otak dan jantung terdiri daripada 73% air, dan paru-paru adalah kira-kira 83% air. Jumlah darah dalam tubuh manusia pula umumnya ialah 7 % daripada berat badan. Jantung memancarkan kira-kira 55-80 ml (1/3 cawan) darah dengan setiap pukulan untuk orang dewasa dan sekitar 25-85 ml setiap pukulan untuk kanak-kanak. Satu jantung dewasa memancarkan kira-kira 6,000-7,500 liter (1,500-2,000 gelen) darah setiap hari. Purata badan dewasa mengandungi kira-kira lima liter darah yang terus beredar di seluruh badan.

Darah berputar mengelilingi jantung mengalir ke badan setiap masa.

Setiap hidupan terdiri daripada atom. Atom berintikan Proton dan Elektron. Berlaku putaran tanpa henti. Elektron dalam atom, yang tidak pernah berhenti berputar sejak saat penciptaan mereka, terus berputar tanpa terputus dengan kecepatan yang sama, tidak peduli berapa banyak waktu berlalu atau dari bagian apa substansi mereka. Elektron-elektron tersebut berputar pada tujuh orbit yang terpisah. Dalam atom yang berat, sekitar 100 elektron didistribusikan di antara tujuh orbit tersebut. Sejumlah elektron berputar dengan kecepatan luar biasa pada orbit yang sama, atau bahkan ada elektron yang menyeberang antara orbit.

Tetapi mereka tidak pernah berselerakan. Hal Ini adalah salah satu aspek yang paling menakjubkan dari elektron. Tak ada satupun dari seratus atau lebih elektron pada tujuh orbit berbeda, yang berputar satu juta kali tiap detiknya, yang pernah berselerakan dengan elektron yang lain, berhenti berputar atau putarannya menjadi lambat. Setiap elektron masing-masing mengawal gerakannya yang menakjubkan itu agar tetap pada jalannya sendiri, dalam harmoni yang menakjubkan, dan telah melakukannya sejak penciptaan alam semesta. Lebih menakjubkan di sini, untuk elektron dapat berputar pada orbit yang berbeda mereka harus memiliki massa yang berbeda, seperti planet-planet. Tapi anehnya semua elektron memiliki massa dan ukuran yang sama.

Elektron dalam atom mengelilingi orbitnya tanpa hentinya setiap kala.

وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

[al-Zariyat:21]

مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang kenal dirinya maka dia telah mengenal Allah”.

[Ihya Ulumiddin]

Inilah rahsia di sebalik putaran sama’.

This is the secret of The Wherling Dervish.

Seorang hamba yang bertauhid melihat tajalli Allah ﷻ pada alam semesta dan dirinya sendiri.

Alam semesta & Diri manusia ialah lukisan Allah ﷻ untuk menzahirkan keagungan-Nya.

Alam semesta & Diri Manusia mengandungi rahsia Allah ﷻ yang lebih dalam jika diselami.

Di dalam diri manusia sendiri, terdapat ‘alam semesta’ yang menakjubkan untuk diterokai.

Makrokosmos di dalam mikrokosmos.

اللَّهُ الصَّمَدُ

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

[QS. Al-Ikhlas: 2]

Planet mengelilingi Matahari, Darah mengelilingi Jantung, Elekton mengelilingi orbit Atom.

Tetamu-tetamu Allah ﷻ mengelilingi Kaabah.

Mengelilingi dengan sebutan zikrullah.

Kekasih-kekasih Allah ﷻ mengelilingi Kalbunya.

Kerana di situ hidup degupan zikrullah.

الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram.”

(QS. Al-Ra’du: Ayat 28)

 

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 

“(Ulul Albab ialah) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.” (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini (kejadian langit dan bumi serta semua kejadian) dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka.”

(QS.  ali-ImRan: 191)

Sama’

 

ٱلَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ ٱلْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُ ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمْ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

(Yaitu, orang-orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya) mengikuti sesuatu yang mengandung kemaslahatan bagi mereka. (Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal) yang mempunyai pikiran.

(QS. AlZumar: 18)

Wherling Dervish ialah Sama’.

Dari pandangan zahir ianya tarian, tetapi hakikatnya ia adalah zikrullah. Sama’ ialah natijah daripada dzauq, iaitu rasa yang membakar hati akibat pendengaran. Putaran tari tersebut menyerupai tawaf.

Wherling bermaksud tarian berputar sufi.

Ia merujuk kepada Sama’.

Sama’ berasal dari kalimah السَّماع

Yang membawa maksud ‘mendengar’.

Dervish bermaksud fakir. Dari kalimah Parsi : درویش  .

Istilah bahasa Melayu ialah Darwish. Ia adalah golongan yang mengosongkan hati daripada dunia, hidup sederhana apa adanya, tidak bermewah-mewahan. Darwish mendidik diri untuk merasa fakir di hadapan Allah. Mereka meninggalkan ego dan nafsu tercela untuk dekat dengan Allah.

Mendengar apa?

Wherling Dervish mendengarkan suara atau bunyian yang menyentuh jiwa menggerakkan badan dengan sendiri. Sama’ ialah mendengarkan suara yang indah hingga menusuk ke rasa. Sama’ bermaksud mendengarkan zikrullah dan  syair ketuhanan.

Sejarah sama’ wujud seawal ketibaan Rasulullah ke Madinah al-Munawwarah dari Perang Tabuk.

Sahabat Ansar melantunkan untaian qasidah kegembiraan menyambut kepulangan kekasih Allah.

طلع الـبدر عليـنا                مـن ثنيـات الوداع

وجب الشكـر عليـنا             مـا دعــــا لله داع

أيها المبعوث فينا               جئت بالأمر المطـاع

جئت شرفت المديـنة           مرحباً يـا خير داع

(Dalail Nubuwwah, Imam Baihaqi)

Hujjatul Islam Imam Ghazali menegaskan, seorang pecinta Allah yang rindu untuk hampir dengan-Nya, ke mana saja pecinta itu memalingkan wajah, pasti akan menyaksikan keperkasaan جلال dan belas kasih جمال Allah. Apa saja alunan yang menusuk ke telinganya, dia mendapati rahmat dan iradat Allah. Justeru, alunan meningkatkan rindu, semangat dan cinta kepada Allah sampai membakar-bakar hatinya.

Apabila disebutkan wajah Allah, bukanlah dimaksudkan wajah seperti wajah manusia. Tetapi ia sebagai metafora kepada wadah memandang kesempurnaan dan keagungan Allah.

وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(QS. Al-Baqarah: 115)

“Sama’ ialah tajalli Allah ﷻ. Ianya perjalanan dari negeri fana’ kepada alam abadi. Ia dibenarkan buat sesiapa yang mengetahui dan juga kepada yang tidak mengetahui.”

(Shams Tabrizi)

Pada suatu hari, Junaid al-Baghdadi ditanya, “Kenapakah orang yang asalnya tenang, namun begitu sama’ menjadi goncang?

Lantas Junaid al-Baghdadi menjawab, bahawa Allah ﷻ berfirman kepada roh paha hari alast:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”.

(QS. Al-A’raf: 172)

Sambung Junaid al-Baghdadi, “Keindahan suara firman ini telah mengesan pada ruh-ruh, maka ketika ruh-ruh ini sama’ akan suara firman yang indah, mereka mampu bergerak.”

“Disebutkan bahawa orang-orang yang suka sama’ ada tiga tingkatan:

  1. Orang-orang yang cinta hakikat. Mereka sama’ untuk kembali berbicara dengan Allah ﷻ.
  2. Orang-orang yang berbicara dengan Allah ﷻ dengan hati mereka, dengan makna-makna (nilai-nilai) yang telah didengarnya. Mereka ini menuntut kejujuran terhadap apa yang diisyaratkan kepada Allah ﷻ.
  3. Orang-orang miskin yang sekadar terputus hubungan dari dunia dan bencana. Mereka sama’ dengan hati yang baik. Mereka ini lebih mendekati keselamatan.

(Risalah Qusyairiah)

Apa itu Sama’?

“Membuka rahsia-rahsia untuk melihat Kekasih yang dicintai.”

(Abu Ali Ahmad Ar-Rudzabari)

“Sama’ itu adalah suatu ilmu yang lebih mengutamakan Allah ﷻ, dan tidak ada yang mengajarinya kecuali Dia.”

(Sahal Bin Abdullah)

Diceritakan bahawa ketika Dzun Nun al-Misri masuk Kota Baghdad, orang-orang sufi segera menghampiri dan mengerumuninya. Ketika itu di antara mereka ada seorang penyanyi, maka mereka meminta izin kepada Dzun Nun agar penyanyi ini menyampaikan sesuatu di hadapannya, dan olehnya diizinkan. Penyanyi ini akhirnya mulai melantunkan suaranya:

Kecil

Cinta di dalamnya telah mampu menyiksaku

Maka bagaimana jika cinta ini semakin menguasai

Engkau telah mengumpulkan dari hatiku

Cinta pun telah menyatu bersamanya

Tidakkah kamu meratapi dengan lagu-lagi sedih

Kepada orang-orang yang sedang bersedih

Ketika tertawa orang yang tidak punya kesedihan

Ia pun menangis

 

Dzun Nun tiba-tiba berdiri, lalu jatuh tertelungkup, dan darah terus menetes dari keningnya, namun tidak sampai jatuh di atas tanah.

(Risalah Qusyairiah)

“Jadilah orang yang makrifat kepada Allah ﷻ, yakni sama’ dari Allah ﷻ, berbicara dengan Allah ﷻ”

(Ahmad al-Jariri)

Oleh kerana itu, Wherling Dervish berputar ke kiri, dengan kalbu di tengah-tengah.

Wherling Dervish mengelilingi kalbunya dengan zikrullah.

Seperti seluruh alam semesta mengelilingi orbitnya dengan zikrullah.

Dalam setiap pergerakan manusia dan alam ini, tidak terputus daripada qudrah & iradah Allah ﷻ.

“Menarilah, jika harapanmu musnah. Menarilah, jika balutan kaukoyak. Menarilah, di dalam pertempuran. Menarilah, dengan berlumuran darah. Menarilah tatkala kaubebas.”

“Datanglah ke mari, datang lah ke sini! Mari kita berputar mengelilingi taman mawar! Marilah kita berputar seperti jarum kompas yang mengelilingi titik kemudi Tuhan! Kita telah menyebar banyak benih di tanah dan menyuburkan negeri gersang. Marilah sekarang kita mengelilingi padi yang tak dapat difahami jelapang.”

“Sepanjang engkau jauh dariku duhai jiwa, aku berkeliling tanpa jiwa. Tetapi, kerana engkau membuatku berputar, aku berputar mengelilimu. Aku sama wanginya dengan kebun Tauhid. Aku serupa air jernih di  selokan. Kerana wangian mengulitiku, aku akan mengelilingi wangian ini. Datang, duhai engkau jiwa. Dari jiwa tarian sama’. (Mevlana Rumi)

Fana’ & Baqa’

Sama’ ialah jalan Fana’ (الفناء) & Baqa’ (البقاء).

“Fana’ ialah lenyap penyaksian seorang  hamba pada perbuatan dirinya, akibat penyaksian bahawa segala perbuatan adalah hakikatnya daripad Allah ﷻ  (Ibnu Arabi). Fana’ bererti seorang hamba tidak lagi melIhat peerbuatannya, kerana ia sedar bahawa ia adalah dikuasai oleh Allah ﷻ. (Abu Nasr Assarraj)

Baqa’ ialah akibat daripada Fana’. Baqa’ adalah bilamana kekal penyaksian seoranag hamba, bahawa semua itu adalah kerana dikuasai dan dilakukan oleh Allah, milik Allah sebelum ia lakukan untuk Allah dan dengan Allah ﷻ. (Abu Nasr Assarraj)

Ambillah ibrah daripada Kisah Nabi Musa ketika ingin melihat zat Allah. Allah tidak menampakkan zat-Nya, tetapi cukup hanya menampakkan ciptaan-Nya dan perbuataan-Nya hingga Nabi Musa serta merta berasa Fana’ dan Baqa’.

Kemudian Muhammad bin Ishaq mengatakan: telah mengkhabarkan kepada kami Dhahak dari Ibnu Abbas, ia berkata: Tatkala Allah melihat kuatnya keinginan Musa untuk Allah bisa mengabulkan permintaannya, Allah pun berkata kepadanya: “Pergi dan lihatlah batu yang ada di kemuncak gunung itu, duduklah di sana, kerana Aku akan turunkan “tentera”ku di sana”, kemudian Musapun melakukannya, dan tatkala Musa duduk  di sana, Allah memperlihatkan kepada dia para “tentera” Allah yang ada di ketujuh langit-Nya, Allah perintahkan para Malaikat langit dunia untuk supaya memperlihatkan diri mereka kepada Musa.

Kemudian muncullah mereka di hapapan Musa, para Malaikat itu bersuara dengan suara sangat tinggi,mereka bertasbih dan bertahlil seperti guruh halilintar yang sangat memekakkan telinga. Setelah itu ALlah perintahkan Malaikat penghuni langit kedua, untuk bisa memperlihatkan diri mereka kepada Musa, kemudian merekapun melakukannya. Mereka muncul di hadapan Musa dengan rupa yang berbeza-beza, bentuk dan sayap mereka berbeza-beza pula, diantaranya ada yg berwarna hitam pekat, mereka menangkat keras suara-suara mereka dalam bertasbih.

Musa pun tersentak dan berkata: Ya Rabb!! sesungguhnya aku menyesal dengan permintaanku. tetapi kemudian “pemimpin” Malaikat langit kedua berkata kepada Musa: Wahai Musa!! bersabarlah untuk dikabulkan permintaanmu,kerana apa yg kamu saksikan sangat sedikit sekali dari  kebanyakan apa yg tidak kamu saksikan.

(Setelah itu diperlihatkan penduduk langit yang lain dan sekalian malaikat. Akhir sekali, Allah bertajalli di hadapan bukit sampai bukit tersebut hancur luluh berantakan.)

(Imam Muwafuquddien bin Quddamah Al-Maqdisy dalam bukunya “at-tawwabin”)

وَلَمَّا جَآءَ مُوسَىٰ لِمِيقَٰتِنَا وَكَلَّمَهُۥ رَبُّهُۥ قَالَ رَبِّ أَرِنِىٓ أَنظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَن تَرَىٰنِى وَلَٰكِنِ ٱنظُرْ إِلَى ٱلْجَبَلِ فَإِنِ ٱسْتَقَرَّ مَكَانَهُۥ فَسَوْفَ تَرَىٰنِى ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُۥ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُۥ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّآ أَفَاقَ قَالَ سُبْحَٰنَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا۠ أَوَّلُ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau”. Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku”. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman”.

(QS. Al-A’raf: 143)

Fana’ dan Baqa’ juga adalah makna terhadap hadis:

“Siapa yang memusuhi wali-Ku maka sesungguhnya Aku telah menyatakan perang terhadapnya. Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu ibadah yang lebih Aku cintai dari apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan senantiasa seorang hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan Sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, dan sebagai  tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan sebagai kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan jika ia meminta (sesuatu) kepada-Ku pasti Aku akan memberinya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.” (HR. Al-Bukhari)

Kala seorang darwish sama’,

Pergerakannya seiring dengan degup jantung yang bersenandung zikrullah.

Satu tangan ke atas, sebagai menadah rahmat Allah ﷻ.

Satu tangan ke bawah, sebagai menyebarkan rahmat Allah. ﷻ

Leburlah diri. Yang tinggal hanya zikrullah. Di ingatan hanya Allah ﷻ

Seluruh makhluk, dunia dan diri sendiri hilang kesemua sekali dalam ingatan hati kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan mesra kepada Allah jua dan terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran pancaindera kera ia dapat kemesraan yang maha Agung kepada Allah yang Esa jua. Fana’ umpama ini tidak terjadi melainkan apabila ia syuhud kepada salah satu daripada perakara berikut:

  • افعال الله
  • اسمأء الله
  • صفة الله
  • ذات الله

Hati orang sufi telah suci bersih apabila ia teringat kepada perbuatan Allah atau kepada sifat-sifat Qllah atau kepada zat Allah nescaya datanglah tak kesedaran dirinya dan kepada yang lain kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan umpama itu; yang mana kita namakan ‘fana’’. Fana’ ini juga digelar ‘Maqam al-Jami’’ مقام الجامع  . (Mengenal Diri Dan Wali Allah)

Fana’ dan Baqa’ ialah natijah yang lazat hasil daripada mujahadah tazkiyatun nafs seperti sama’.

Sufyan As-Tsauri berkata: Orang yang fakir (darwish/sabar) memilih lima sifat yang terpuji dan orang kaya (yang cinta dunia) memilih lima sifat yang tercela.

Orang fakir (darwish/sabar) memilih:

  1. Ketenangan jiwa
  2. Hati yang tenteram
  3. Beribadah secara mantap
  4. Penghitungan amal (di hari kiamat) ringan.
  5. Kedudukan yang tertinggi di syurga kelak.

Orang kaya (yang cinta dunia) memilih:

  1. Menyibukkan diri (berusaha selalu memperbanyak harta)
  2. Hati yang tidak tenang (kerana selalu khayal hal yang tak dapat diharapkan)
  3. Beribadat hanya untuk dunia (kerana ia ingin terlalu kaya)
  4. Penghitungan amal (di akhirat akan ketat)
  5. Kedudukan yang hina di akhirat.

“Sama’ ialah gerakan roh yang tidak boleh diam di satu tempat. Jangan bermalas-malasan. Bangkit, Melonjaklah. Tunggu apa lagi? Jangan berlengah memikirkan lagi; jika kau benar-benar lelaki, berjuanglah menuju kekasihmu.

Sama’ ialah nikmat buat jiwa yang hidup. Hanya seseorang dengan jiwa yang hidup akan mengerti.

Oh pecinta Tuhan, bila kau menapaki Sama’, engkau meninggalkan dua alam (dunia & akhirat). Sama’ di luar dari dua dunia tersebut. Puncak petala langit ke-7 ada hadnya. Tetapi Sama’ menerbangkanmu lebih daripada puncak itu.”

(Mevlana Rumi)

Rujukan:

  1. Al-Quran
  2. Hadis Nabawi
  3. Samudera al-Fatihah
  4. Sohbat Syeikh Zaid Dor Alf Thani al-Naqsyaband.
  5. Mengenal Diri Dan Wali Allah. Mustapha Muhamed alJiasi alAhmadi
  6. Risalah Qusyairiah. Imam Qusyairi
  7. Nashaihul Ibad. Syeikh Nawawi Bantani
  8. http://id.harunyahya.com/id/Artikel/107560/dunia-elektron-yang-menakjuban
  9. http://rahimimuslim.blogspot.my/2013/11/kisah-penuh-nabi-musa-as-ingin-melihat.html?m=1

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.