Sejarah Keluarga Weasley Dalam Harry Potter

724

“Ah! Another Weasley. I know just what to do with you.”

Berikut ialah potongan ayat dari Sorting Hat ketika pengisihan rumah buat Ronald Weasley (Ron) berlaku di dalam novel/filem Harry Potter and Sorcerer Stone. Berdasarkan ayat ini, dapat kita ketahui bahawa The Sorting Hat, pernah menemui keturunan Weasley yang acap kali menjadi pelajar di Hogwart.

Dalam Prisoner Of Azkaban, Ron menunjukkan kepada Harry gambarnya ketika bercuti di Mesir bersama keluarganya. Namun, apakah anda tahu sejarah atau ringkasan cerita di sebalik keluarga Weasley ini?

Kisah awalnya bermula dari Septimus Weasley. Septimus Weasley berkahwin dengan Cedrella Black menyebabkan Cedrella Black ditendang dari keluarga Black kerana keluarga Black menganggap Weasley sebagai Blood Traitor (mudah berinteraksi dengan Muggle). Mereka dikurniakan anak bernama Arthur Weasley.

Arthur kemudiannya berkahwin pula dengan Molly Prewett. Mereka dikurniakan 6 anak, 5 darinya lelaki dan seorang ialah perempuan.

William Arthur Weasley

Charlie Weasley

Percy Ignatius Weasley

Fred Weasley

George Weasley

Ronald Billius Weasley

Ginevra Molly Weasley

William Arthur Weasley

Anda lebih mengenalinya sebagai Bill Weasley. Selepas tamat sekolah, dia bekerja sebagai Pemecah-Sumpahan (Curse-Breaker) di Bank Gringotts yang terletak di Mesir. Berkahwin dengan Fleur Delacour, graduan dari Beauxbatons, mereka dikurniakan 3 anak bernama Victoire, Dominique dan Louis.

Charles Weasley

Hanya muncul sekilas lalu di dalam gambar sahaja, Charles atau Charlie Weasley merupakan seorang pengkaji naga yang belajar di Romania. Ceritanya tidak banyak disiarkan di dalam filem, tetapi banyak diterangkan di dalam novel terutamanya Harry Potter and Sorcerer Stone ketika Rubeus Hagrid meminta pertolongannya bagi menjaga Norbert si Naga Norwegian Ridgeback.

Percy Ignatius Weasley

Percy merupakan satu-satunya adik-beradik Weasley yang penulis sedikit tidak suka kepadanya. Mungkin kerana terlalu setia kepada Cornelius Fudge sehingga sanggup membelakangkan keluarganya. Namun, dia akhirnya kembali ke pangkuan jalan dalam Battle Of Hogwart bagi menentang Voldemort dan Death Eaters. Dia berkahwin dengan Audrey Weasley dikurniakan dua anak perempuan, Molly dan Lucy serta kini bekerja sebagai Head Of Department Of Magical Transportation di Ministry Of Magic.

George Weasley / Fred Weasley

Kembar yang berbagai karenah, ragam dan jenaka ini merupakan watak dominan dalam Harry Potter. Selain mempunyai akal yang panjang, prankster dan pencipta, mereka berdua juga ialah pengasas Weasleys’ Wizard Wheezes di Diagon Alley. George berkahwin dengan Angelina Johnson dan dikurniakan anak bernama Fred dan Roxanne. Manakala Fred m4ti dalam pertempuran Battle Of Hogwart yang menjadi antara babak paling sedih sepanjang filem.

Ronald Billius Weasley

Lebih dikenali sebagai Ron, dia merupakan salah satu dari tiga watak utama yang sangat popular. Setelah pertempuran Battle Of Hogwat tamat, dia diserap menjadi Auror sebelum berhenti dari kerjanya itu bagi menolong abangnya, George Weasley bagi menjalankan operasi di Weasleys’ Wizard Wheezes. Dia berkahwin dengan Hermione Grenger, merangkap sahabat baiknya sendiri dan dikurniakan anak bernama Rose dan Hugo.

Ginevra Molly Weasley

Juga digelar sebagai Ginny, anak bongsu keluarga Weasley ini merupakan watak dominan dalam Harry Potter and Chamber Of Secrets. Mempunyai patronus kuda, dia bekerja sebagai Chaser bagi kumpulan Holyhead Harpies. Kemudian, dia bekerja pula sebagai Senior Quidditch Correspondant bagi Daily Prophets sebelum diangkat ke tahap lebih tinggi, manjadi Sports Editor bagi Daily Prophets.

Dia berkahwin dengan Harry Potter dan dikurniakan tiga anak bernama James Sirius, Albus Severus dan Lily Luna.

Pada pendapat anda, siapakah ahli Weasley yang paling anda minati?

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.