Schindler’s List merupakan salah satu karya agung yang dihasilkan oleh Steven Spielberg. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang usahawan berbangsa Jerman berjaya menyelamatkan Yahudi ketika p3r4ng dahulu.

Filem Schindler’s List

Schindler’s List juga merupakan debut bagi Liam Neeson ke Hollywood. Liam Neeson membawa watak Oskar Schindler, seorang usahawan yahudi yang oppurtunist, suka berfoya-foya, tetapi akhirnya disanjung oleh masyarakat Yahudi.

Tapi bagaimana kehidupan Oskar Schindler yang sebenar?

Dia seorang salah seorang dari t3nt3ra Jerman ketika Pe-Rang Dunia Kedua, tetapi dia memilih untuk menyelamatkan Yahudi yang pada ketika itu menjadi sasaran utama oleh pihak kerajaannya. Pada awalnya, dia tidak kelihatan seperti penyelamat Yahudi. Tetapi siapa sangka, hasil usahanya, beribu Yahudi berjaya diselamatkan atas tindakannya itu.

Oskar bersama seorang pegawai Jerman

Oskar Schindler merupakan seorang peniaga yang banyak menyelamatkan bangsa Yahudi walaupun dia berbangsa Jerman. Dilahirkan di Switavy, Moravia pada 28 April 1908 dan berasal dari suku asli Jerman.

Oskar mula berjinak-jinak di dalam alam perniagaan dengan membantu bapanya menjual peralatan pertanian di tempat tinggalnya. Kemudian, Oskar membuka sekolah memandu di Sumperk dan menjual sebahagian dari harta kerajaan di Brno.

Oskar juga turut menyertai Angkatan Ten-tera Czechslovakia dan ditauliahkan pangkat Lans Koperal pada 1938. Dua tahun sebelum itu, Oskar telah direkrut sebagai perisik bagi Tentera Jerman. Pada Februari 1939, selepas pengilhakan Jerman ke atas Sudetenland, Oskar menyertai Parti N451.

Selepas P3r4ng tercetus, Oskar mengambil alih sebuah kilang yang dimiliki oleh seorang Yahudi pada November 1939. Oskar kemudian menambahbaik kilang tersebut dan diberi nama Deutsche Emalwarenfabrik Oskar Schindler ( Kilang Besi Jerman Oskar Schindler) ataupun dikenali sebagai Emalia.

Pekerja-pekerja Kilang Emalia

Oskar turut membuka dua buah kilang lagi namun di Emalia sahaja Oskar menggunakan tenaga kerja buruh Yahudi. Pada tahun 1944, Emalia mempunyai 1700 pekerja dan 1200 daripadanya merupakan Yahudi.

Walaupun pekerja Yahudi ini berada di bawah penyeliaan Oskar Schindler, mereka juga tidak lari dari k3k3j4man pihak Jerman. Bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan, Oskar sering merasuah para pegawai SS dan menggunakan diplomasi beliau.

Oskar di sebuah parti yang dianjurkannya untuk menghiburkan pegawai Jerman

Oskar juga turut menubuhkan pasukan bersenj4t4 di kilangnya untuk mengelakkan 4sk4r Jerman membuat onar. Semasa pihak Jerman menghapuskan Ghetto Krakow, pekerja Yahudi ini juga berlindung di Emalia bagi mengelakkan mereka dibvnvh.

Kilang Emalia

Oskar kemudian meminta kepada pihak Jerman supaya kilangnya untuk dinaiktaraf. Kemudian, Oskar memberikan permit kepada 450 orang Yahudi untuk bekerja di kilangnya. Tindakan Oskar ini sebenarnya tidak digemari oleh pihak SS. Oskar pernah ditahan sebanyak 3 kali atas alasan korupsi dan tuduhan membantu Yahudi.

Pada Oktober 1944, pihak SS bertindak untuk memindahkan kilang Emalia ke Plaszow. Oskar berkeras supaya kilangnya dipindahkan ke Brunnlitz dan dibuka hanya sebagai kilang s3nj4t4. Pihak SS bersetuju namun mereka meletakkan syarat agar pekerja Yahudi di kilang Emalia perlu ditempatkan sementera ke Plaszow.

Semasa di Plaszow, salah seorang pembantu Oskar, Itzhak Stern menulis beberapa buah senarai pekerja Yahudi untuk bekerja di kilang barunya di Brunntlitz nanti. Senarai-senarai ini lah kemudian dikenali sebagai The Schindler’s List (Senarai Schindler). 

Schindler’s List sebenar

1200 nama telah ditulis di dalam senarai ini dan mereka akan bekerja di kilang baharu Oskar nanti. Nama-nama yang dipilih ini rata-ratanya merupakan tahanan daripada kem Plaszow dan kem mavt Auschwitz.

Mereka akhirnya berjaya berpindah ke Brunntlinz sebagai pekerja kilang s3nj4t4 milik Oskar. Walaupun ianya sebuah kilang, namun kilang ini hanya mengeluarkan satu lori sahaja p3luru sepanjang kilang ini beroperasi selama 8 bulan.

Oskar bukanlah hendak membuat pelvru sangat, beliau hanya ingin menjadikan kilang ini sebagai tempat berlindung bagi Yahudi dari ditind4s oleh pihak Jerman. Selepas Jerman menyerah kalah, Oskar lari meninggalkan kilangnya pada hari Soviet membebaskan kawasan tersebut pada 9 Mei 1945.

Kilang Oskar Schindler di Brunntlitz

Oskar dan isterinya kemudian menetap di Ragensburg sehingga 1949 dan berpindah ke Argentina. Pada 1957, setelah berpisah dengan isterinya, Oskar pulang semula ke Jerman sehinggalah beliau kembali ke negeri cacing pada Oktober 1974 dalam keadaan menyedihkan.

Di akhir-akhir kehidupannya, Oskar tidak mempunyai wang kerana seluruh hartanya digunakan untuk menyelamatkan bangsa Yahudi ketika p3r4ng. Beliau hanya mendapat bantuan kewangan dari keluarga-keluarga Yahudi yang telah beliau selamatkan ketika p3r4ng dahulu.

Oskar Schindler bersama keluarga Yahudi yang diselamatkan oleh beliau ketika majlis perjumpaan di Munich

Setelah beliau m3ningg4l, keluarga-keluarga Yahudi yang beliau telah selamatkan ini berjaya membawa m4y4tnya untuk dikebumikan di Israel. Pada 1983, penulis Thomas Keannelly telah menulis mengenai jasa beliau dan dinamakan sebagai Schindler’s Ark. Sepuluh tahun kemudian, buku ini diabadikan melalui filem Schindler’s List arahan Steven Spielberg.

Pada 1993 juga, Oskar telah menerima pingat Righteous Among The Nation oleh Vad Yashem kerana sumbangannya menyelamatkan Yahudi ketika p3r4ng. Kvbvr Oskar di Israel juga masih dilawati oleh generasi-generasi keluarga Yahudi yang diselamatkan oleh beliau hingga ke hari ini.

Kvbvr Oskar Schindler

RUJUKAN:

Editors, B. (2020, May 26). Oskar Schindler’s Life After World W4 II. Retrieved December 17, 2020, from https://www.biography.com/news/oskar-schindler-after-the-w4

(n.d.). Retrieved December 17, 2020, from https://encyclopedia.ushmm.org/content/en/article/oskar-schindler

The Life of Oskar Schindler. (n.d.). Retrieved December 17, 2020, from https://www.facinghistory.org/resource-library/teaching-schindlers-list/life-oskar-schindler

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.