Moving Forward As One

Watak Sejarah Disebalik Drama Sejarah Korea, Mr. Queen

1,532

Dengan drama on-going “Mr. Queen” yang catat rating tontonan tinggi di Korea, watak Raja Cheoljong tarik perhatian aku. Episod 14 drama ni capai rating 13% nationwide dan 15% di Seoul, memang drama hit lah. Walaupun tema drama ni rom-com, tapi sisi sejarah Raja Cheoljong tak disisihkan.

Siapa Raja Cheoljong ni?

Raja Cheoljong ni raja ke-25 Dinasti Joseon, memerintah sejak 1849-1863. Bila raja terdahulunya, Raja Heonjong (헌종) meninggal dunia tanpa waris lelaki, memang susah nak mencari pewaris takhta Joseon.

Hanya selepas rombongan diraja buat pencarian yang panjang (untuk mencari pewaris takhta), mereka menemui Lee Byeon [이변] (kemudian dirujuk kepada Cheoljong) di Pulau Ganghwa – saki baki puak Lee (keluarga diraja Joseon) hidup berlatarkan kemiskinan. Baginda tidak berpelajaran dan bekerja sebagai petani di Pulau Ganghwa.

Ibu dan nenek Cheoljong telah dihukum bunuh kerana menjadi Katolik, ayahnya pula sudah meninggal dunia. Situasi Cheoljong sadis kerana masih tak tahu membaca di umur 18 tahun, sedangkan dah jadi kebiasaan Raja Joseon selalu beri keutamaan kepada pendidikan putera mereka.

Cheoljong sampai tak tahu menafsir sepatah haram di notis pengucapan tahniah akan kenaikan baginda ke takhta Joseon.

Di sebalik “buta huruf” Cheoljong, ini jadi aset penting untuk puak Andong Kim. Baginda mudah dimanipulasi oleh mereka. Sebab tu, ada adegan Cheoljong jadi “puppet” dalam drama ni.

Siap ada bukti laporan meskipun Cheoljong memerintah 13 tahun, baginda masih tak tahu cara bergerak dengan adab dan cara pakai pakaian diraja – walaupun memakai pakaian termahal, baginda masih terlihat sebagai seorang nelayan. Sampai tahap macam tu, tipu lah korang tak rasa sadis.

Kebanyakan era Dinasti Joseon, nilai Confucian diberi keutamaan berbanding Buddhisme manakala Kristian ditegah. Bawah era raja terdahulu, ada penganut Kristian dihukum bunuh. Tapi pada era Cheoljong, penentangan terhadap Kristian jadi kendur sedikit (sebab baginda bersimpati dengan penganutnya, ibunya penganut Kristian juga).

Cheoljong telah meninggal dunia pada 1864 pada umur hanya 32 tahun (disyaki puak Andong Kim menjadi dalang). Dengan tiada pewaris lelaki yang layak, pencarian leluhur Lee perlu dibuat semula untuk mencari calon takhta Joseon.

Lepas layan drama Mr Queen ni, dapatlah aku belajar sedikit sebanyak sejarah sedih Joseon selain Putera Sado dan peti berasnya. Dengan lakonan kelakar Kim Jung-Hyun dan Shin Hye-Sun yang selamba badak, drama ni memang bikin kering gusi.

Ruangan komen telah ditutup.