Empat mawas yang menunggang kuda keluar untuk membalas dendam adalah gambaran paling dekat bagaimana pengarah War for The Planet of The Apes menggunakan pengaruh tanpa sedar penonton tentang kepercayaan (belief) dan keimanan (faith) kepada konsep ketuhanan. Dalam babak tersebut, pada aku ia seakan menggambarkan kisah ‘biblical’ The Four Horsemen of The Apocalypse yang terdapat di dalam Injil.

Dalam War for The Planet of The Apes, selepas anak dan isterinya dibunuh, Caesar merancang membalas dendam seorang diri. Dia kemudian disertai oleh Maurice, Rocket dan Luca.

Sama seperti empat panji dibawa penunggang dalam kisah The Four Horsemen, Caesar, Maurice, Rocket dan Luca juga begitu. Latarbelakang dunia dalam kehancuran kerana wabak dan peperangan sesuai digambarkan sebagai “Apocalypse”.

Caesar membawa panji penaklukan berdasarkan peranannya memimpin umat mawas menghadapi ancaman manusia. Caesar juga dilihat sebagai seorang pembawa prophecy membawa umat mawas keluar dari kegelapan serta sebagai rahmat dalam umat mawas.

Maurice membawa panji kemarau juga kelaparan, kerana dia membawa Nova, gadis yang membawa wabak juga dalam beberapa babak lain, mereka meminta air kerana kehausan dalam perjalanan.

Rocket pula membawa panji peperangan kerana beliau merupakan jeneral perang kepada Caesar. Tentera mawas secara umum diketuai oleh Rocket selain dia sendiri merupakan rakan baik kepada Caesar. Dalam Rise kemudian Dawn, dia tidak pernah membelakangi Caesar, malah kekal setia walaupun pernah cuba dihasut Koba.

Luca adalah penunggang terakhir merupakan pembawa panji kematian. Sebagai antara yang kanan di dalam tentera mawas, dalam banyak pertempuran dengan manusia, Luca adalah gorilla yang terkuat dan banyak membunuh musuh. Dia akhirnya mati di penghujung filem.

Garapan filem sebegini selalunya lebih dekat dengan penonton dan lebih menarik dan dilihat hebat kerana wujudnya elemen keagamaan tanpa sedar ini dalam fitrah manusia, tanpa mengira agama apapun. Elemen keagamaan ini termasuklah sebagai contoh kejayaan kuasa baik melawan kejahatan, pembalasan, takdir dan karma serta yang lemah akhirnya mengatasi yang kuat.

James Bissett Pratt dalam Jurnal “The Subconcious and Religion” terbitan Cambridge Press ada memetik hipotesis dapatan kajian psikologi oleh F.W.H Myers yang menyatakan karya-karya seni (filem), sajak, lukisan, kisah percintaan dan penciptaan, elemen mistik dalam penceritaan mengambil kesempatan atas kewujudan spektrum keagamaan dan pemimpin yang membawa tanggungjawab sebagai pesuruh Tuhan dalam setiap orang.

Kaedah ini diterapkan dalam banyak filem epik dan trilogi terkenal Hollywood seperti The Matrix, Lord of The Rings, Avatar termasuklah yang terkini, trilogi Planet of the Apes, termasuklah sambungannya yang terkini ini. Tahniah kepada Matt Reeves selaku pengarahnya. Kekuatan kali ini lebih menyentuh tentang sifat manusiawi mawas selain banyak babak close up yang menyentuh rapat nilai moral, prinsip dan etika dalam sebuah hierarki sosial dan asas berkeluarga dan bermasyarakat.

Jadi kenapa menulis tentang olahan naratif ketuhanan dan keagamaan dalam filem War for The Planet of The Apes?

Kerana naratif ini sebenarnya terpakai juga untuk banyak kisah dan hikayat-hikayat mistik lama seperti Hikayat Ramayana, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Inderapura, Hikayat Panji Jayeng Kesuma, Syair Ken Tambuhan, Hikayat Awang Sulong Merah Muda termasuk banyak kisah teladan dan lain-lain hikayat lama Melayu.

Hanya jika penerbit dan sutradara tempatan kita mampu melihat dan menilai betapa besarnya potensi hikayat-hikayat Melayu lama untuk dijadikan filem epik atau trilogi jika tidak setanding malah mampu lebih hebat dari Hollywood. Naratif ketuhanan jika digarap dengan baik menjadikan filem tersebut berpotensi digemari dan diingati untuk tempoh yang lama. Nilai moral dan agama sangat rapat dan sedia ada dalam diri semua penonton.

Hikayat Melayu tiada sedikit berkurang pun kehebatannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

2 Comments

  1. Muhammad Hazazi Hanif Bin Bohari on

    penerbit2 di Malaysia perlu bergabung untuk menghasilkan karya agung. sedangkan di AS sendiri, untuk terbitkan filem epik, mereka juga bergabung 2 hingga 3 dalam penghasilan fil2 yang hebat. tak lupa juga moda, serta skrip yg mantap serta terjemahan dari segi props, kostum, idea dan grafik yang sesuai dgn zaman. takdelah org tengok filem melayu ni lekeh je

Reply To Muhammad Hazazi Hanif Bin Bohari Cancel Reply