Wanita-Wanita Yang Pernah Mencuri Hati Alexander The Great

1,083

Alexander Agung dikira cukup bertuah kerana beliau mempunyai ramai wanita yang menyokong beliau di sisinya. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa beliau dilindungi oleh mereka. Bahkan, sebahagian daripada mereka turut menjadi sumber kekuatannya.

Wanita yang paling penting dalam hidup Alexander tidak lain dan tidak bukan adalah ibunya, Olympias. Namun, Barsine dan Roxana juga memberikan pengaruh yang penting ke atas diri Alexander.

Beberapa kisah romantis singkat beliau dengan beberapa orang wanita turut mempengaruhi kehidupannya secara positif. Justeru, tidak keterlaluan juga seandainya ada sejarahwan yang mempersoalkan, “adakah beliau akan berupaya menjadi seorang yang begitu berjaya andai wanita-wanita ini tidak menyokongnya?”

OLYMPIAS – IBU, PELINDUNG DAN TEMAN RAPAT ALEXANDER

Olympias adalah ibu, pelindung dan teman rapat Alexander. Beliau adalah wanita yang berjuang bagaikan seekor singa demi melindungi anaknya. Beliau bahkan mengorbankan suaminya, Raja Philip II demi memberikan sokongan penuh kepada Alexander.

Nama sebenar beliau adalah Myrtie dan beliau adalah puteri kepada Neoptolemus si Raja Epirus. Legenda menyebutkan bahawa beliau mempunyai ahli keluarga yang menyertai P3rang Trojan.

Patung Alexander dan Olympias, Schonbrunn, Vienna

Olympias tidak meraih nasib yang baik dalam perkahwinannya. Ketika mengetahui bahawa beliau tidak dapat melahirkan lebih ramai anak, Philip mula menaruh minat pada wanita-wanita lain. Philip enggan mengamalkan monogami dan hal ini melukakan hati Olympias.

Lantaran itu, Olympias pun bertekad untuk berusaha seupaya mungkin bagi menghalang mana-mana putera Philip yang lain menjadi raja. Beliau hanya mahu puteranya seorang sahaja yang mewarisi takhta Macedonia.

Olympias turut menjadi guru dan pendokong Alexander yang paling berpengaruh. Beliau malah mengupah sepasukan tentera demi melindungi putera yang bakal menjadi raja Macedonia itu.

Selepas kemangkatan Alexander, Olympias berusaha seupaya mungkin untuk memberikan sokongan pada kepada isteri dan putera Alexander. Beliau berharap agar cucunya itu dapat meneruskan legasi pemerintahan Alexander.

Namun malangnya, keadaan tidak berjalan seperti yang beliau harapkan. Olympias dibvnuh oleh Cassander sekitar tahun 310SM akibat direjam sehingga m4ti.

BARSINE – ISTERI KEHORMAT DARI PARSI

Barsine yang merupakan puteri kepada Artabazus pernah mengahwini Memnom. Selepas Memnon mangkat pada tahun 333SM, Barsine berasa bebas untuk mencari pasangan hidup yang baru. Tatkala melihat gerangan Alexander Agung, beliau menyedari bahawa lelaki itu adalah pilihan yang terbaik untuknya. Plutarch menulis:

“Dalam keadaan apa sekalipun, Alexander memperkirakan bahawa lebih penting bagi seseorang raja itu menundukkan nafsunya sendiri berbanding men4kluk musuh-musuhnya, maka beliau tidak pernah mendekati mana-mana wanita ini, dan tidak pernah pula beliau bergaul dengan mereka sebelum berkahwin, kecuali dengan Barsine. Wanita ini, janda kepada Memnon si komander tentera upahan Yunani, diambil di Damascus.

Barsine menerima pendidikan Yunani, berperibadi luhur, dan berketurunan diraja memandangkan bapanya, Artabazus mengahwini salah seorang puteri raja Parsi. Kualiti-kualiti ini membuatkan Alexander lebih bersemangat berbanding ketika disemangatkan oleh Parmenio, maka Aristobulus menyuruh kita untuk menjalinkan hubungan dengan wanita yang sejelita dan semulia pula keturunannya ini.” (Plutarch, Alexander, 21)

Patung Alexander dan Olympias, Schonbrunn, Vienna

Pun begitu, satu-satunya putera Alexander yang disahkan oleh sejarahwan direkodkan lahir sesudah kemangkatan beliau. Dalam erti kata lain, kelahiran anak Barsine ini membawa maksud Alexander memiliki anak yang lahir semasa beliau masih hidup.
Barsine melahirkan putera Alexander pada tahun 327SM. Menurut Plutarch, Alexander jatuh cinta dengan Barsine kerana kejelitaannya dan mereka dikurniakan seorang putera bernama Heracles.

Namun, sejarahwan tidak dapat memastikan sama ada kisah tentang anak Barsine ini benar ataupun tidak. Apapun, hal ini menimbulkan beberapa persoalan. Seandainya anak ini wujud, maka apa yang berlaku padanya? Mengapa tiada sumber yang menyebut perihal beliau sebagai pewaris Alexander?

Barsine merupakan seorang wanita yang faham benar tentang kekuasaan yang dimiliki oleh Alexander. Beliau berkemungkinan hidup bersama Alexander kerana mahu membina sebuah kerajaan teragung sepanjang zaman. Namun, beliau hanyalah salah seorang kekasih Alexander, walaupun sememangnya beliau adalah antara wanita terpenting bagi Alexander.

ROXANA – KEKASIH HATI ALEXANDER

Sebilangan sejarahwan mempercayai bahawa Roxana adalah titik lemah Alexander yang paling besar. Alexander jatuh hati pada Roxana pada usia 28 tahun.

Dengan berputiknya hubungan tersebut, Alexander juga hilang minat dengan wanita-wanita lain. Roxana diperincikan oleh para penulis yang pernah melihatnya sebagai salah seorang wanita paling cantik di Asia.

Nama beliau dalam Bahasa Afghan adalah Roshanak, yang membawa maksud ‘bintang kecil’. Sejarahwan purba menyebutkan bahawa Roxana adalah wanita berketurunan Parsi.

Alexander Agung dan Roxana dalam sebuah lukisan tahun 1756 oleh Pietro Rotari

Roxana dan Alexander juga berkahwin atas sebab politik. Selepas men4kluk wilayah demi wilayah di Asia, Alexander berhasrat untuk memperteguhkan hubungan dengan masyarakat di wilayah t4klukan itu.

Promosi Buku DTT

Perkahwinan antara beliau dan Roxana dilangsungkan pada musim bunga atau pada bulan Ogos 327SM. Menurut sumber-sumber purba, Roxana menjadi keutamaan Alexander. Beliau begitu tertawan hati dengan kejelitaan dan kebijaksanaan Roxana hinggakan Alexander lebih banyak meluangkan masa dengan beliau berbanding dengan tentera-tenteranya.

Tatkala Alexander mangkat pada tahun 323SM, kedudukan Roxana masih kekal kuat. Namun, beliau sudah pun masak dengan permainan politik istana yang kejam.

Justeru, beliau memutuskan untuk membvnuh dua orang wanita Alexander yang lain dengan tujuan melindungi diri dan anak yang dikandungkannya. Beliau melahirkan seorang putera bernama Alexander (Alexaner IV) enam bulan selepas kemangkatan Alexander Agung.

Pada tahun 320SM, Roxana ditangkap oleh pemangku diraja Macedonia (dan bekas rakan Alexander) yang bernama Antipater. Beliau dibvnuh oleh putera Antipater, iaitu Cassander pada tahun sama.

Pembvnuhan Olympias oleh Cassander

KISAH-KISAH ROMANTIS LAIN

Selain wanita-wanita yang telah disebutkan di atas, kehidupan Alexander yang singkat juga kaya dengan hubungan-hubungan percintaan dengan wanita-wanita lain.

Apapun menurut Plutarch, Alexander tetap cuba mengamalkan sikap berhati-hati lantaran beliau mengetahui bahawa ramai individu yang cuba untuk membvnuhnya. Malahan, beliau lebih berminat untuk menumpukan perhatian pada pen4klukan musuh berbanding mencari hubungan cinta yang serius.

Namun, terdapat beberapa orang wanita yang berjaya menarik perhatiannya. Beliau mengagumi kejelitaan wanita-wanita Parsi secara khusus, hinggakan mereka disifatkan sebagai kelemahan Alexander. Sebilangan sejarahwan meyakini bahawa seorang wanita Parsi bermata jelita mungkin menjadi sebab kemangkatan raja Macedonia itu.

Dalam kalangan wanita-wanita Alexander, tidak sah jika kita tidak memerihalkan tentang Callixena yang menjadi cinta pertama Alexander di zaman mudanya. Beliau dikenali lantaran kejelitaan yang dimiliki.

Olympias sering memanggil Callixena agar kedua pasangan itu dapat melakukan hubungan intim. Pun begitu, hubungan mereka berdua tidaklah cenderung bersifat serius. Apapun, Alexander tetap meluangkan masa yang cukup banyak dengan Callixena.

Kisah romantis antara Alexander dan Ratu Amazon, Thalestris pula kedengaran seperti kisah dongeng. Diceritakan bahawa mereka bertemu di Hyracania yang terletak di pantai selatan Laut Caspian pada musim luruh tahun 330SM.

Thalestris sanggup mengembara sejauh 200 atau bahkan 600 batu untuk bertemu dengan Alexander yang sudah pun menjadi pahlawan termasyhur dunia pada waktu itu.

Sumber-sumber yang ada tidak menerangkan secara jelas tentang tempat pertemuan tersebut. Sejarahwan juga tidak mengetahui di manakah Thalestris menetap. Namun, ada yang berpendapat bahawa kawasan tersebut terletak di suatu tempat yang berhampiran dengan Laut Hitam.

Walau di mana pun jua peristiwa ini berlaku, Thalestris menemui Alexander dalam keadaan berpakaian yang tidak menutupi tubuhnya sepenuhnya. Beliau berpakaian seperti seorang Amazon, justeru bahagian kiri dadanya terdedah. Pada mata Alexander, Thalestris merupakan seorang wanita yang bersemangat dan gagah. Mereka berdua meluangkan masa bersama selama 13 hari. Setelah itu, mereka tidak pernah lagi bertemu.

Lukisan kurun ke-18 oeh Georg Platzer tentang Ratu Amazon Thalestris di Kem Alexander Agung

WANITA-WANITA DI BELAKANG ALEXANDER

Sejarah turut mengenali beberapa nama wanita lain yang mungkin pernah menjadi kekasih atau isteri Alexander. Salah seorang daripada mereka adalah Ratu Cleophis, yang juga dikenali sebagai Candance. Beliau merupakan ratu Massaga, sebuah ibu kota purba di Pakistan utara.

Terdapat juga seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Statira (puteri kepada Raja Darius III Agung). Dalam beberapa sumber, beliau dikenali dengan nama Barsine atau Arsinoe. Alexander menemuinya pada bulan Februari 324SM.

Pada hari yang sama, Alexander turut mengahwini Parysatis, puteri kepada Raja Parsi Artaxerxes III. Statira dan Parysatis masing-masing dibvnuh oleh Roxana. Hal ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa mereka berdua memiliki tempat yang cukup penting dalam hidup Alexander.

Keluarga Darius di hadapan Alexander, oleh Justus Sustermans

Alexader Agung disifatkan sebagai seorang lelaki yang dikelilingi oleh sejumlah wanita. Namun malangnya, kebanyakan wanita ini menjadi mangsa pembvnuhan. Alexander mangkat pada usia yang muda, iaitu sekitar 33 tahun.

Namun semasa hayatnya, beliau sama sekali tidak berusaha untuk melindungi wanita-wanita yang menumpahkan khidmat kepadanya, baik menerusi akal fikiran, jiwa dan dalam kebanyakan situasi, dengan tubuh mereka.

TERJEMAHAN:

Natalia Klimczak. (29 Mac 2016). The Influential Women That Surrounded and Aided Alexander the Great. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/influential-women-surrounded-and-aided-alexander-great-005616

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.