Di sepanjang sejarah Islam, kaum wanita telah memainkan peranan penting dalam peper.angan. Aishah r.a. yang dianggap sebagai Ummu al-Mukminin (Ibu orang-orang yang beriman) turut serta dalam Per.ang Jamal, aau Per.ang Bassorah, di mana umat Islam terpecah kepada dua pihak yang berper.ang.

Pertem.puran itu berlaku di Basra pada tahun 36 Hijrah. Secara umumnya, Islam tidak menafikan hak wanita untuk turut sama berjuang dan berjihad, dan oleh itu penglibatan wanita adalah berdasarkan kehendak mereka sendiri kerana per.ang hanya diwajibkan bagi kaum lelaki.

Apakah peranan yang dilakukan oleh wanita dalam peper.angan semasa pelbagai era dalam sejarah Islam? Ini adalah beberapa contoh.

Hind binti Utbah ialah seorang wanita Arab yang hidup pada akhir abad keenam dan awal abad ketujuh Masehi. Dia adalah isteri Abu Sufyan ibn Harb, seorang yang berpengaruh di Mekah. Hind adalah salah seorang wanita paling terkenal kerana pernah memer.angi Nabi Muhammad S.A.W. sebelum dia memeluk Islam.

Hind adalah salah seorang daripada empat wanita yang da.rahnya telah ditumpahkan semasa penaklukan Mekah. Dia kemudian menerima pengampunan selepas memeluk Islam. Hind juga merupakan ibu kepada Muawiyah I, pengasas dinasti Umayyah.

Dalam Per.ang Badar, Hind memainkan peranan penting dalam ketenteraan. Dia bangkit bersama orang-orang Kafir Quraisy yang dipimpin oleh suaminya, Abu Sufyan. Pertem.puran ini adalah tempat di mana bapa, pakcik, dan abangnya terbu.nuh.

Pada masa itu, Hind adalah salah seorang penentang yang paling tegar terhadap umat Islam, terutamanya semasa Per.ang Uhud. Dia mengetuai sekumpulan wanita yang akan mendendangkan syair atau lagu sebagai pembangkit semangat tentera.

Pejuang wanita Kurdi

Matlamat mereka adalah untuk menyokong kaum lelaki di medan tem.pur bagi menggalakkan mereka berper.ang, serta untuk menghalang mereka daripada melarikan diri dan menyerah kalah.

Ini adalah pertem.puran di mana Hind menghasut seorang hamba Habsyah bernama Wahshi ibn Harb yang telah disuap oleh Jubayr ibn Mut’im untuk membu.nuh bapa saudara nabi, Hamzah Bin Abdul Muthalib, sebagai balasan atas kema.tian ahli keluarganya dalam per.ang. Wahshi berjaya membu.nuh Hamzah menggunakan lembing.

Selepas pertem.puran, Hind dan wanita lain menca.catkan jenazah tentera Muslim yang syahid. Mereka memot.ong hidung dan telinga dan menjadikannya sebagai rantai dan gelang kaki. Hind meratah hati atau jantung Hamzah tetapi tak mampu menelan lalu meludahkannya. Ibn ‘Abdu l-Barr menyatakan dalam kitab al-Isti‘ab bahawa Hind memasak hati Hamzah sebelum memakannya.

Walau bagaimanapun, semasa Pembukaan Kota Mekah oleh baginda Rasulullah S.A.W., Hind Binti Utbah akhirnya diampunkan nabi dan memeluk Islam. Beliau terus berjihad di jalan Islam kemudiannya terutama dalam Pertem.puran Yarmuk bersama wanita lain seperti Khaula al-Azwar.

Ini menunjukkan, kaum wanita masih terus memainkan peranan penting dalam ketenteraan Islam selepas wafatnya baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan sumbangan wanita telah pun bermula sejak nabi masih hidup.

Abdullah bin Abbas menulis, Rasulullah S.A.W. membawa wanita bersama dalam kempen ketenteraan untuk merawat askar yang ced.era dan mengumpul harta rampasan per.ang.

Mungkin baginda memberi restu kepada Rafidah, jururawat pertama dalam sejarah Islam, untuk merawat luka Sa’d ibn Mu’adh yang bukan mahramnya, menjadi penanda aras keharusan untuk wanita merawat pesakit bukan mahram.

Islam tidak menghalang penglibatan wanita dalam per.ang, tetapi terhad dari segi peranan mereka untuk menyediakan sokongan logistik. Mereka lazimnya merawat askar yang ced.era dan menyediakan makanan.

Imam Ahmad ibn Hanbal menegaskan seorang wanita dibolehkan merawat lelaki yang sakit. Nusaibah binti Ka’ab (Ummu Ammara) memainkan peranan yang sama untuk pihak Islam sama seperti peranan yang dimainkan oleh Palang Merah pada zaman yang sama.

Dia akan membawa air minuman dan kelengkapan ganti kepada para mujahid dan juga turut serta dalam mempertahankan Nabi Muhammad S.A.W.  Boleh dikatakan Nusaibah mungkin adalah wanita pertama dalam Islam yang bertem.pur di barisan hadapan.

Nabi bersabda “Setiap kali aku menoleh ke kanan atau kiri, aku melihat dia bertem.pur di hadapan aku.”  Asma binti Yazid ibn Al-Sakan menemani nabi dalam Per.ang Khibir dan turut serta bersama kaum Muslimin dalam peper.angan melawan Rom Timur semasa Per.ang Yarmuk.

Pada masa itu, Asma mengetuai para srikandi Islam dalam peper.angan. Sejarah menyebut dia telah membu.nuh sembilan askar Rom dalam pertem.puran ini.

Khaula al-Azwar dalam Tārīkhunā bi-uslūb qaṣaṣī, 1935

Di utara Maghribi, kira-kira 90 kilometer dari bandar Tangier, menghadap Selat Gibraltar, terletaknya Chefchaouen. Kota ini juga dikenali sebagai kota Sayyida al Hurra. Sayyida al Hurra ialah puteri yang pernah memerintah kota itu dan berjuang dalam pertem.puran yang terkenal menentang Sepanyol pada abad ke-15.

Dilahirkan satu tahun selepas kejatuhan Granada, pada tahun 1493, Sayyida al Hurra adalah anak perempuan Ali ibn Rasyid al-Alami, yang mengasaskan kota itu. Dia dinamakan al Hurra bersempena nama ibu kepada Abu Abdullah al-Ahmar, raja terakhir Granada.

Menurut sejarawan Ali Raissouni, nama yang tertera dalam surat pengesahan nikahnya ialah Sayyida al Hurra. Dia berkahwin pada usia 16 tahun dengan seorang lelaki 30 tahun lebih tua daripadanya, sahabat bapanya, al-Mandri, gabenor Tetouan. Sebagai isteri gabenor, al-Hurta mendapat banyak pengalaman dalam hal tadbir urus dan politik.

Al-Mandri mewakilkan hal ehwal pentadbiran kepada al-Hurra ketika dia perlu keluar berper.ang melawan Portugis dan Sepanyol. Selepas kema.tian suaminya, dia menjadi ratu Tétouan.

Sayyida al-Hurra memberi tumpuan terhadap pembinaan pelabuhan dan kapal per.ang, berdasarkan pengetahuannya tentang kepentingan sebagai kuasa besar maritim dalam menghadapi konfrontasi Portugis dan Sepanyol, dua kuasa maritim terbesar di dunia pada masa itu.

Sayyida al-Hurra

Al-Hurra menimbulkan ketakutan di hati orang Sepanyol semasa per.ang hingga dia digelar sebagai Barbarossa wanita dari Tetouan. Sepanyol berjaya dikalahkan, dan dia melarang mereka mengganggu utara Maghribi.

Walau bagaimanapun, dia menjadi mangsa komplot dan konspirasi oleh pakatan di utara Maghribi pada separuh pertama abad keenam belas. Kemudian, dia memilih untuk meninggalkan bidang pentadbiran dan menghabiskan sisa kehidupan dengan beribadat sehingga dia meninggal dunia di Chefchaouen.

Mungkin nama wanita ini jarang didengari berikutan peranannya memimpin pasukan Wahabbi pada abad ke-19, beliau bernama Ghaliyya al-Bogamiyah dari suku Bakom.  Pada tahun 1811, di bawah pimpinannya, orang Badwi dan Wahabi bersekutu di timur Mekah, menentang pemerintahan Uthmaniyah di seluruh Semenanjung Arab.

Dia menentang tentera Muhammad Ali Pasha, yang bertekad untuk menghancurkan pakatan ini. Sebagai tindak balas, Ali Pasha mengarahkan 2,000 tentera ke Wadi Turbah.

Pencapaian wanita yang diberi gelaran ‘Amira’ ini bermula ketika dia menyembunyikan berita kema.tian suaminya, Sheikh Hamad bin Abdullah bin Mohiuddin bagi mengelakkan moral tenteranya jatuh.

Dia meneruskan perintah kepada pemimpin tentera dan suku bagi pihak suaminya. Dia bertemu dengan pucuk pimpinan untuk berbincang mengenai hal-hal per.ang dan ketenteraan, selain menyediakan perkhidmatan kepada tentera dan membiayainya, serta menyediakan bekalan makanan. Dia bahkan mengetuai usaha ke arah pembebasan daripada kuasa Uthmaniyah.

Tentera Muhammad Ali Pasha tiba di pinggir bandar pada tahun 1813, dan melancarkan ser.angan pertama, namun berjaya dihalang oleh tentera Ghaliyya. Keesokan harinya, Uthmaniyah menyer.ang lagi, dan sekali lagi mereka dikalahkan.

Suku Badwi mengejar saki baki tentera Uthmaniyah yang melarikan diri ke arah bandar pelabuhan Taif, membu.nuh ratusan tentera Uthmaniyah. Dalam buku Aja’ib al-athar fi al-tarajim wal-akhbar, Abd al-Rahman al-Jabarti menyebut tentang kemenangan Ghaliyya, dia menceritakan kisah panglima tentera Uthmaniyah yang bertem.pur melawan tentera yang diperintah seorang wanita Arab dan dikalahkan.

Hampir tiga bulan selepas meletusnya Per.ang Dunia Pertama, Empayar Uthmaniyah turut serta pada 11 November 1914. Enam bulan kemudian, tentera Bersekutu dan Anzac mendarat di Semenanjung Gallipoli, hampir 200 batu dari Istanbul.

British yang mengetuai pihak Bersekutu, cuba memaksa Uthmaniyah untuk menyerah, tetapi Uthmaniyah memilih per.ang dan bekerjasama dengan Empayar Jerman.

Wanita Afghan.

Masih di Empayar Uthmaniyah, satu lagi konfrontasi dikenali sebagai Pertem.puran Gallipoli yang terkenal, salah satu pertem.puran paling ga.nas semasa Per.ang Dunia Pertama yang menyebabkan setengah juta kor.ban di kedua-dua belah pihak, setelah berlangsung kira-kira sembilan bulan.

Ia berakhir dengan pengunduran pihak Berikat. Nota catatan askar yang ditemui menjelaskan bahawa semenanjung Turki dipenuhi dengan parit kubu. Kedudukan parit kedua-dua pihak yang bertem.pur sangat rapat antara satu sama lain sehinggakan askar British dan Turki boleh memandang mata masing-masing.

Terdapat banyak laporan dan bukti bahawa wanita turut menyertai tentera Empayar Uthmaniyah sebagai penem.bak tepat, sebahagiannya terkor.ban semasa pertem.puran.

Tentera wanita Uthmaniyah ini amat mahir sebagai penem.bak tepat, bahkan mereka pergi ke barisan hadapan dengan pakaian yang sama seperti tentera lelaki. Walaupun tiada pengiktirafan rasmi dari pihak pemerintah Uthmaniyah, sumber tenaga yang terhad semasa per.ang menyokong hipotesis ini

Wanita memainkan peranan yang berbeza semasa Per.ang Algeria (1954-1962), yang dikenali sebagai Per.ang Pembebasan Algeria.  Ramai daripada mereka adalah sebahagian daripada Barisan Pembebasan Nasional.

Menurut tinjauan pasca per.ang, jumlah wanita dalam per.ang adalah sekitar 11,000 orang. Wanita sangat aktif dalam usaha per.ang dengan sebahagian daripada mereka mengambil bahagian secara langsung dalam konflik, manakala yang lain berkhidmat sebagai ejen, pengumpul dana, jururawat dan menyediakan perkhidmatan lain kepada pasukan pemberon.tak.

Selain itu, peranan yang dimainkan oleh beberapa tokoh Algeria semasa konflik dengan tentera Perancis tidak boleh diabaikan.  Mereka terlibat dalam menjatuhkan banyak sasaran awam dan tentera semasa per.ang.

Pengiktirafan yang diberikan terhadap peranan Djamila Boupacha dan Djamila Bouhired oleh seluruh dunia merupakan pengesahan utama tentang kepentingan peranan mereka, dan peranan wanita secara umum dalam konflik.

Berdasarkan setiap kisah-kisah yang dijadikan contoh ini, jelaslah, jika Islam itu menekan dan menindas kaum wanita, mana mungkin wanita sanggup menggadaikan nyawanya dalam per.ang.

Sebenarnya ada ramai lagi tokoh wanita yang memainkan peranan penting dalam per.ang bagi pihak Islam, atau dalam sebarang bidang. Tetapi terlalu panjang hendak diceritakan kesemuanya.

Walau bagaimanapun, wanita-wanita ini tetap tidak melanggar beberapa norma yang sedia ada agar sentiasa berselaras dengan tuntutan agama, antara sebab mengapa wanita tak pernah diwajibkan menyertai pera.ng adalah dikatakan kerana bimbang akan berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Ini bermaksud, walau sekuat mana jua, perlulah ada batas-batas tertentu yang perlu dihormati.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply