Bukan semua wanita boleh hamil. Dalam kalangan yang direzekikan kehamilan, bukan semua yang sempat melahirkan anak. Banyak benda boleh berlaku sepanjang proses kehamilan. Yang kita selalu dengar adalah kelahiran pramatang dan keguguran. Ada situasi bapa tidak puas hati dengan warna kulit anak sampai menuduh isteri curang. Dasar lelaki Kadangkala kita dengar pasal kelahiran kembar luar jangka. Luar jangka ini macam kelab EPL huruf L menang liga. Senang cakap, macam-macam ragam sepanjang kehamilan.

Tetapi yang paling mengejutkan – ada wanita melahirkan anak kembar yang disenyawakan secara berjarak. Penjelasan ini mungkin berbunyi saintifik sangat. Untuk faham, kena tengok balik macam mana seorang bayi dilahirkan. Semua orang tahu pasal pembenihan. Persenyawaan berlaku apabila sperma tembus masuk dalam ovum. Inilah titik paling awal dalam kehamilan. Kembar terjadi kalau ada dua ovum – bukannya dua sperma masuk dalam satu ovum. Jika dua sperma berjaya masuk, tumbesaran janin akan ada masalah (Dale, 2018). Situasi ini dipanggil polyspermy – memang bahaya.

Rajah menunjukkan macam mana badan secara semulajadi menghalang kejadian polyspermy.

Semua orang juga tahu kembar ada seiras (identical twin) dan beradik (fraternal). Dalam bahasa sains, definisinya adalah monozygotic dan dizygotic – tetapi jangan ambil peduli, insurans nyawa tidak tanggung lidah terseliuh.

Situasi Terpencil Di Texas

Seorang wanita bernama Cara Winhold sentiasa menghadapi duka keguguran. Tidak pasti kenapa – benih terletak, tetapi tidak bertahan. Jadi apabila Winhold hamil semula, doktor mewajibkan imbasan seterusnya dalam masa dua minggu. Imbasan pertama menampakkan sebuah kantung (embrio) dalam rahimnya.

Cara Winhold dengan tiga orang anaknya.

Kira normallah. Jadi Winhold pun balik rumah dan buat kerja seperti biasa. Makan makanan sihat bagai. Dan dua minggu seterusnya, beliau pergi membuat imbasan kedua. Masalahnya, bukan imbasan saja yang “kedua”. Tiba-tiba ada kantung kedua (Price, 2022).

Memang rezeki katanya. Sebelum ini asyik gugur. Sekarang tiba-tiba muncul dua kantung terus. Apa yang berlaku sedikit berbeza untuk dibandingkan dengan kembar biasa. Winhold sudah ada satu telur yang disenyawakan. Seminggu kemudian, telur kedua pula disenyawakan. Kejadian ini dipanggil “superfetation” – selalunya berlaku pada wanita yang menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Jadi kalian boleh bayang sendiri betapa nadirnya (rare) kejadian ini. Winhold hamil dua embrio secara semulajadi.

Ini yang doktor agak terkejut. Apabila seorang wanita hamil, badan akan mengeluarkan sejenis hormon yang menghentikan penghasilan ovum. Jadi dua ovum sudah ada dalam ovarinya. Masalah sekarang, apabila ovum pertama disenyawakan, ruangan kewanitaannya akan mengeluarkan sejenis lender yang menghalang kemasukan sperma di bahagian serviks. Jadi kedua-dua ovum Winhold sebenarnya disenyawakan sperma daripada “bala tentera” yang sama. Itu yang sangat-sangat nadir.

Benda Terjadi Ada Berkatnya

Cara Winhold dipantau doktor sekerap mungkin. Perkara ini tidak diremehkan begitu sahaja. Embrio kedua berusia lebih muda. Jadi apabila kedua-dua embrio menjadi bayi, usia bayi kedua adalah lebih muda. Untuk dewasa, muda seminggu dua adalah perkara biasa. Ada orang lebih tua 10 tahun pun boleh tahan bangang juga… apatah lagi tua seminggu. Tetapi dalam usia bayi, seminggu adalah segalanya.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Tambah pula Winhold ada sejarah keguguran. Jadi doktor tidak mahu mencuba nasib kerana andainya gugur kali ini, dua permata akan hilang. Mereka beri nasihat sebaik mungkin dan pada Oktober 2021, Winhold melahirkan Colson (embrio pertama) dan Cayden (embrio kedua). Macam diberitahu tadi – seminggu adalah segalanya. Colson dilahirkan lebih berat berbanding adiknya Cayden. Sampai umur enam bulan, Colson didapati lebih berat.

Dua kereta kebal. Colson yang kanan.

Namun Cayden hidup seperti biasa tanpa menghiraukan apa doktor cakap.

RUJUKAN:

Dale, B. (2018). Gametogenesis, Fertilization and Early Development. Encyclopedia of Reproduction.

Price, N. (2022, Mei 30). ‘I got pregnant while I was already pregnant’: Texas mother who suffered three miscarriages details how she welcomed incredibly rare ‘miracle’ twins that were conceived a WEEK apart. Daily Mail.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply