Anggun, cantik, menawan. Itulah perkataan yang timbul di fikiran apabila kita melihat kata-kata wanita berpakaian merah. Biasanya warna merah itu akan menonjolkan sifat-sifat seseorang wanita.

Namun begitu, wanita berpakaian merah itu juga ada membawa konotasi negatif yang cukup menyedihkan dan menakutkan pada masa sama, khususnya dalam kebudayaan Cina dahulu kala.

Warna-warna dalam kehidupan seharian mempunyai tempatnya dalam kebudayaan Cina dahulu kala. Sebagai contoh, pakaian berwarna ceria seperti merah dan kuning adalah sesuai sekali digunakan semasa perayaan. Tetapi bagi mereka yang memakai pakaian hitam pula pada masa perayaan dipandang sebagai kurang ajar kerana hitam dikaitkan dengan berkabung.

Bagi upacara kematian pula, si mati biasanya dipakaikan dengan pakaian berwarna gelap seperti hitam atau biru tua.

Tetapi, adakalanya si mati dipakaikan dengan baju berwarna merah, khususnya wanita. Sekiranya anda ditemukan dengan pengebumian Cina di mana si mati seorang wanita yang dipakaikan pakaian merah, apa yang anda lihat adalah pengebumian penuh kebencian.

Kehidupan kita ini penuh dengan pancaroba. Ada kalanya, seseorang akan dianiaya dengan cukup hebat dan tidak akan berpeluang mendapat keadilan di dunia ini. Penganiyaan yang hebat ini menyebabkan seseorang itu mati, sama ada di tangan si penganiaya atau di tangan sendiri.

Apabila keluarga si mati itu berhadapan dengan situasi sedemikian sehinggakan perasaan benci itu meluap-luap tanpa batas serta berpandangan bahawa mereka tidak akan mendapatkan keadilan di dunia ini, maka ada antara mereka akan mengambil langkah drastik dengan mengenakan sumpahan ini yang penuh dengan kebencian.

Si mati akan dipakaikan dengan pakaian berwarna merah darah untuk pengebumiannya. Lambang warna merah darah itu sendiri adalah lambang kemarahan dan kebencian. Lambang merah darah itu dilihatkan akan membangkitkan roh si mati untuk menjadi hantu yang akan membalas dendam kematiannya sendiri dengan menghantui si pembunuh atau orang yang menyebabkan dirinya membunuh diri.

Amat menyedihkan adalah dalam sumpahan oleh waris si mati ini adalah roh si mati itu sendiri tidak akan menemui keamanan dan akan terus wujud sebagai hantu yang penuh dengan kebencian untuk selama-lamanya. Penuh. Dengan. Kebencian.

Pernahkah pengebumian sedemikian diadakan sebelum ini.

Ya.

Antara 1993 sehingga 1998, pengebumian sedemikian pernah dibuat sekali di bandar Sibu, Sarawak dan pengebumian itu dilaporkan oleh surat khabar Borneo Post. Seorang wanita telah dikebumikan dengan dipakaikan pakaian merah oleh ibu bapanya.

Apabila disiasat oleh akhbar, wanita itu didapati telah membunuh diri kerana telah dikecewakan oleh teman lelakinya. Setelah bersekedudukan dengan lelaki itu untuk beberapa tahun, lelaki itu telah meninggalkannya untuk berkahwin dengan seorang wanita lain walaupun telah berjanji untuk berkahwin dengannya.

Sepanjang mereka bersekedudukan, dia telah menyara kehidupan lelaki itu walaupun dia sekadar bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai kopi. Lebih menyayat hati, dia telah menggugurkan kandungannya sebanyak 2 atau 3 kali.

Tidak dapat menahan rasa kecewa, dia telah bertindak terjun masuk ke Sungai Rajang. Di sini, saya tidak ingat sama ada dia terjun dari feri atau terjun dari jambatan Sungai Rajang di sebelah laluan Jalan Lanang. Mayatnya hanya dijumpai sehari dua selepas terjun membunuh diri.

Lelaki tersebut bukan sahaja tidak mahu bertanggungjawab malahan tidak mahu mengaku apa yang dia telah lakukan. Sebaliknya menganggap bahawa ‘masalahnya’ telah ‘selesai’ dengan sendirinya. Ini memaksa ibu bapa si mati mengambil langkah tersebut.

Laporan Borneo Post berhenti setakat itu sahaja. Kalau ada, mungkin saya terlepas pandang. Saya pun tidak sanggup tahu apakah sumpahan tersebut berjaya.

Apapun, bukanlah untuk kita mengadili niat mahupun kesan yang akan berlaku kepada seseorang akibat sumpahan yang dibuat. Jika benar seseorang itu teraniaya, maka akan termakbullah doa orang teraniaya. Dan sekiranya pun anda tidak mempercayainya, sekurang-kurangnya, hormatilah apa yang orang tersebut percaya. Mana tahu, anda pula yang termakan sumpahan itu…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.