Walter Bagehot: Teori Raja Berperlembagaannya

0
437
views

Penulisan aku sebelum ini lebih kepada memperkenalkan drama siri The Crown yang diterbitkan oleh Netflix. Antara episod yang disiarkan bermula dengan bagaimana Puteri Elizabeth sewaktu masa kecilnya diajar oleh Naib Provost Eton mengenai konsep dan teori Perlembagaan England.

Ia menarik perhatian aku kerana bagi aku episod ini menjelaskan apa itu Raja Berpelembagaan serta peranan Monarki dan Kerajaan sebagai satu unit yang tidak boleh dipisahkan sebenarnya.

Mungkin ia berbeza dengan kita, kerana konsep Raja di United Kingdom mengikut kerangka agama Kristian dimana Raja adalah wakil Tuhan di dunia. Itulah sebab antara ritual utama Istiadat Kemahkotaan ialah “annointing”.

Annointing adalah acara dimana Archbishop of Canterbury akan mencalitkan minyak holy water pada Tangan, Dada dan Dahi Raja/Ratu. Ritual ini menggunakan kisah dari injil berkenaan Paderi Zadok dan Prophet Nathan yang memahkotakan Solomon. Boleh dengar lagu rasmi kemahkotaan Inggeris “Zadok The Priest”.

Aku perasan Walter Bagehot sering disebut di dalam drama siri ini. Aku rasa sudah semestinya ia penting.

Bagehot, adalah seorang Wartawan dan Usahawan yang berjaya. Malah beliau juga adalah antara pengasas bersama Majalah The Economist. Bagehot menghasilkan satu nukilan agung “The English Constitution” dan masih menjadi teks rujukan rasmi pengkaji sains politik, pengajian Kerajaan dan Perlembagaan.

Bagehot menasihatkan orang ramai agar TIDAK TERTIPU dengan idea Perlembagaan idealist (“paper description” dan “formal constitutional continuitird”) dan kembali kepada perspektif realis i.e “Living Realities” (“Real centres of power” and “the practical working of the political system”).

(nota: Di dalam drama siri mini HBO “John Adams”, ada scene perbincangan diantara John Adam, Thomas Jefferson dan Benjamin Franklin.

Adams berhujah yang perlembagaan adalah bagi… “Is meant to establish the Stability and the long-term Legality… Essential to the continuation of a civilized society.”)

Waqaf Saham

Ini bermakna beliau menolak konsep perlembagaan Amerika Syarikat (US Constitution) yang menjadi tanda aras demokrasi berpelembagaan di dunia kini.

Bagehot MENOLAK teori pengasingan kuasa diantara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman serta konsep “Semak dan Imbang” di dalam Kerangka Raja Berpelembagaan.

Bagehot menganggap konsep ini akan membawa kepada “ultra-democratic theory” yakni “Satu Tubuh, Satu Undi”. Ini akan membawa kepada satu keadaan “yang tak sepatutnya memimpin akan memimpin”

Kuat perasaan aku yang Bagehot ini adalah Monarchist yang setia. Bagehot mahukan pengajian perlembagaan lebih kepada memahami dua komponen penting yakni “The Dignified” dan “The Efficient”.

‘The Dignified’ adalah representasi Monarki yang perlu memenangi hati dan kesetiaan rakyat massa melalui adat dan ritual unik yang menjadi identiti negara serta memastikan mana-mana rakyat yang tidak punya kekuatan politik bakal terjaga.

‘The Efficient’ pula yang sebenarnya berkuasa dan pelaksana (“works and rules”). Bagehot berhujah ini adalah Kerajaan (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman)

Hujahnya tampak menarik dan wajar dikaji kerana kita Malaysia, mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan. Sedikit sebanyak kita mewarisi Tradisi Court of St James dan Westminster Palace.

Kita pun baru hadapi cabaran pertembungan antara Monarki dan Kerajaan baru-baru ini. Kini kita mungkin bersedia dengan isu berkaitan campur tangan pada Kehakiman. Pengakhirannya DYMM SBP Yang Dipertuan Agong kita bakal terlibat juga bagi melantik hakim-hakim baru.

Mungkin jika kita cuba berfikiran terbuka dan kaji akan teori Bagehot dan keadaan kita, sedikit sebanyak kita pelajari konsep penting.

Aku setuju dengan konsep “Pengasingan Kuasa” dan “Semak dan Imbang” yang diamalkan oleh negara kita selama ini. Mungkin disebabkan SBP YDPA kini adalah sebahagian dari Kerajaan yakni “The Efficient” bukan yang sepatutnya sebagai “The Dignified”.

Adakah perlu kita mohon sembah cadangan kepada SBP YDPA dan Majlis Raja-Raja untuk kembali menjadi “above politics”, the real “Dignified” dan “Pelindung Rakyat dan Perlembagaan”?

Aku harap aku dapat membeli satu salinan The English Constitution ini dan boleh juga ramai lagi rakan-rakan untuk turut sama mengkaji dan sama-sama membincangkannya nanti.