Tidak lama dahulu, penulis pernah bercerita tentang perihal sebuah industri yang membantu orang menghilangkan diri tanpa dikesan yang dipanggil jouhatsu. Anda boleh rujuk artikel tersebut di sini: https://thepatriots.asia/jouhatsu-syarikat-jepun-yang-membantu-orang-lenyap/

Di Jepun, industri pelik bin ajaib sebegini bukan benda baru. Sebutlah jenis industri mana, ia wujud. Jika anda mahu mensabotaj hubungan rumahtangga atau hubungan cinta, maka wakaresaseya orang terbaik untuk melaksanakan tugas berkenaan. Dan nama wakaresaseya popular terima kasih kepada kes j3nayah asmara membabitkan seorang lelaki bernama Takeshi Kuwabara.

Pada tahun 2010, Kuwabara diupah oleh suami Rie Isohata untuk mervntuhkan rumahtangga mereka. Untuk menjayakan usaha tersebut, dia mengatur satu pertemuan secara tidak sengaja dengan Isohata di sebuah pasar raya. Wanita tersebut terpedaya dengan penampilannya yang bercermin mata dan dakwaannya bahawa dia masih lagi bujang.

Kedua-duanya mula terjebak dalam hubungan sulit yang terlarang sebelum ia bertukar kepada hubungan cinta yang sebenar. Tatkala pasangan kekasih ini enak bermadu kasih di hotel, seorang rakan sekerja Kuwabara mengambil gambar mereka sebelum ia diserahkan kepada suami Isohata. Dari situ, ia digunakan olehnya sebagai bukti kukuh keinginannya untuk bercerai.

Apabila Isohata mendapat tahu apa yang berlaku, dia amat marah dan mahukan hubungan mereka diputuskan. Tetapi Kuwabara enggan berbuat demikian dan bertindak menj3rut leher kekasihnya itu dengan seutas tali sehingga m4ti. Kuwabara kemudiannya ditahan pihak berkuasa sebelum dijatuhkan hukuman p3njara selama 15 tahun setahun kemudian.

Disebabkan insiden tersebut, industri wakaresaseya menjalani pelbagai reformasi termasuk keperluan mendapatkan lesen bagi agensi detektif persendirian. Dan bagi Yusuke Mochizuki, seorang ejen bagi syarikat ‘selamat tinggal’ First Group, kes tersebut memberi kesan kepada cara mereka beriklan dalam talian dan menambah kecurigaan orang ramai terhadap integriti mereka.

Tetapi selepas sedekad berlalu dan dibadai kontroversi, wakaresaseya kembali meniti di bibir rakyat Jepun. Berdasarkan satu kaji selidik, terdapat 270 agensi pengiklanan wakaresaseya secara dalam talian yang wujud di Jepun. Ada yang mempunyai kaitan firma penyiasat persendirian sama seperti penyiasat persendirian di negara-negara lain.

Mochizuki berkata, “Wakaresaseya sememangnya memerlukan perbelanjaan yang banyak.” Justeru, tidak hairanlah klien-klien yang mengupah mereka ini terdiri daripada golongan berada. Sebelum menceburi industri ini, Mochizuki bekerja sebagai seorang pemuzik.

Bila ditanya kadar yang dikenakan bagi sesebuah kes, kadar yang ditawarkan ialah 400,000 yen (RM15,815) bagi kes yang mudah diselesaikan dan sasaran mempunyai banyak maklumat. Tetapi jika sasaran ialah orang yang memencilkan diri atau hikikomori, maka bersedialah membayar kadar tambahan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Jadi, usah terkejut sekiranya caj upah boleh meningkat kepada 20 juta yen (RM790,769) lebih-lebih lagi sekiranya klien merupakan orang berpengaruh seperti artis atau tokoh politik. Bagaimanapun, usah terpedaya dengan jaminan kejayaan wakaresaseya yang tinggi kerana itu sekadar teknik pengiklanan mereka sahaja dan peluang mereka gagal melaksanakan tugas sebenarnya amat tinggi.

Selain digunakan untuk memudahkan proses perceraian, wakaresaseya juga digunakan sebagai cara mendapatkan pampasan pembubaran hubungan bagi pasangan yang merasakan diri mereka dianiaya. Menurut peguam Shogo Yamagami, sesetengah klien bersedia bekerjasama dengan wakaresaseya untuk mendapatkan bukti hubungan sulit bagi membolehkan pampasan kewangan dapat dituntut.

Ada ketikanya, wakaresaseya digunakan untuk tujuan-tujuan pelik bin ajaib. Penerbit televisyen dan radio Mai Nishiyama berkata, “Terdapat pasaran untuk semua perkara di Jepun.” Wakaresaseya kadang-kadang digunakan sebagai pembantu pemulihan hubungan romantik, memisahkan pasangan yang tidak cocok atau mencegah aktiviti balas d3ndam lucah (ugutan menghantar video atau gambar mengghairahkan bekas pasangan).

Suka atau tidak, wakaresaseya menyelitkan unsur wang dan pembohongan dalam hubungan manusia terutama yang berstatus romantik. Dan walaupun ramai rakyat Jepun tidak menyenangi industri ini, ia dilihat sebagai cara terbaik dalam mengharungi kerenah birokrasi urusan perceraian dan mengurangkan potensi pergaduhan antara pasangan.

Justeru, buat masa ini, orang seperti Mochizuki akan menjadi pemain penting dalam aspek perhubungan. Dia menambah, “Ia satu kerja yang menarik.” Ini kerana pekerjaannya itu membantunya melihat sejauh mana seseorang itu sanggup berbohong dan membesar-besarkan sesuatu perkara dalam perhubungan. “Ia amat menarik melihat kerenah manusia sebegini rupa,” ujarnya.

RUJUKAN:

Ro, Christine. (2020). The saboteurs you can hire to end your relationship. BBC Worklife. https://www.bbc.com/worklife/article/20200731-the-saboteurs-you-can-hire-to-end-your-relationship


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.