Wabak Meruntuhkan Dua Kuasa Besar Dunia – Rom dan Dinasti Han

35,905

Apabila zaman klasikal berakhir, masyarakat yang menyumbang kepada pembinaan tamadun-tamadun yang besar ketika itu telah melalui fasa kejatuhan besar-besaran. Sekitar tahun 200 M hingga 600 M, ada sekurang-kurangnya tiga tamadun yang pernah melakar sejarah yang agung iaitu Dinasti Han di China, Empayar Rom di Eropah, dan Empayar Gupta di India, telah runtuh sepenuhnya.

PEMBAWA EPIDEMIK

Ketika berperanan sebagai laluan utama secara dua hala untuk membawa barang dagangan dan menjadi laluan untuk penyebaran agama-agama, laluan darat melalui lebuhraya tertentu dan laluan air melalui selat-selat ketika zaman klasik juga boleh memudahkan pergerakan ejen biologi.

Jalan Sutera adalah laluan terkenal yang membolehkan karavan rombongan dipenuhi anggur yang dibawa kuda, unta, dan keldai mengembara dari rantau Mediterranean ke China, manakala ceri, aprikot, pic, dan walnut mengembara ke arah yang bertentangan, iaitu dari Asia Tengah dan China menuju ke Mediterranean.

Selain bahan mentah seperti buah-buahan dan kekacang, sebenarnya terdapat beberapa bahan tambahan yang menyertai rombongan perdagangan namun kedatangan mereka sangat tidak dialu-alukan. Mereka adalah penyakit berjangkit dan wabak yang mencetuskan epidemik yang memusnahkan setelah mereka menemui sasarannya iaitu kumpulan populasi dunia yang baru hendak ‘berkenalan’ dengan mereka.

Semasa kurun ke-2 dan ke-3 Masehi, Empayar Han dan Rom telah diser4ng wabak dalam skala yang besar. Penyakit yang paling merosakkan mungkin cacar dan campak, dan wabak epidemik mungkin juga telah meletus.

Ketiga-tiga penyakit ini amat dahsyat memandangkan mereka mengembang di dalam populasi manusia tanpa sebarang tentangan, imuniti, atau ubat-ubatan. Oleh kerana wabak ini melanda dua empayar besar, penduduk China dan Rom mengalami penurunan populasi yang tinggi. Penyakit ini dinamakan sebagai Wabak Antonine atau Wabak Galen.

Semasa pemerintahan Maharaja Augustus, penduduk Empayar Rom berjumlah sekitar 60 juta orang. Semasa kurun ke-2 M, wabak Antonine mengurangkan populasi Rom kira-kira satu perempat, menjadikan populasi penduduk Empayar Rom ketika itu seramai 45 juta orang.

Kebanyakan cetusan wabak yang memusnahkan adalah penyakit cacar yang tersebar di seluruh kawasan Mediterranean semasa tahun 165 M hingga 180 M. Wabak itu memberi ancaman penuh terutamanya di kawasan kota-kota besar, dan bahkan telah membunvh Maharaja Rom, Marcus Aurelius (180 M).

Seiring bersama dengan peper4ngan dan pencerobohan, wabak yang berterusan menyebabkan penurunan populasi yang signifikan pada abad ke-3 dan ke-4 M: menjelang tahun 400 M, bilangan populasi orang Rom telah jatuh kepada anggaran sekitar 40 juta orang sahaja.

Semasa abad ke-5 dan awal abad ke-6 M, populasi penduduk Rom mula kembali stabil, tetapi wabak epidemik Justinian pula meletus pada pertengahan abad ke-6 dan menyebabkan penurunan populasi secara umum di sekitar lembangan Mediterranean.

Epidemik muncul di China tidak lama selepas kemusnahan di rantau Mediterranean. Daripada 50 juta orang pada permulaan milenium dan meningkat kepada 60 juta orang pada 200 M. Walau bagaimana pun setelah wabak Antonine dan Justinian telah menemui jalan mereka ke timur, jumlah populasi China jatuh ke 50 juta pada 400 M dan kepada 45 juta pada 600 M.

Oleh itu menjelang 600 M, kesemua penduduk di Mediterranean dan China telah menurun sebanyak satu perempat hingga satu pertiga populasi berbanding populasi tertinggi mereka semasa zaman klasikal.

BAGAIMANA IA TERSEBAR

Pada tahun 165 CE, Empayar Rom sedang mengalami perkembangan yang amat pesat. Pemerintahan empayar itu dikongsi bersama antara dua pemerintah tokoh falsafah, iaitu Marcus Aurelius dan Lucius Verus.

Verus ketika itu baru sahaja pulang dari Parsi (Iran) selepas menghapuskan pember0ntakan yang baru dicetuskan kalangan orang-orang Parthian. Dia membawa bersama rampasan per4ng yang besar, termasuk khazanah dari kuil Parthia.

Marcus Aurelius

Walau bagaimanapun, tanpa disedari, tenter4nya juga telah terbawa sekali ‘cenderamata khas’ dari Asia Barat. Mereka telah membawa bersama sejenis penyakit yang bakal memberi kesan buruk dan memusnahkan sejauh dari Rom hingga ke Asia Timur di China beberapa tahun selepas itu.

Ketika pasukan ekspedisi Rom berarak kembali ke Rom, penyakit itu mula muncul dan tersebar di mana-mana sahaja destinasi yang pernah mereka lalui, mula-mula di Asia Kecil, kemudian di Greek, dan akhirnya di Itali sendiri. Wabak epidemik misteri itu merebak seperti api, terutamanya melalui bandar-bandar Rom yang padat dengan penduduk di Itali.

Orang-orang Rom menguasai seluruh Mediterranean, dan memandangkan kapal dagang dan tenter4 mereka sering bercampur gaul dalam keadaan yang sesak, maka penyakit itu turut tumpang sekaki.

Untuk dua dekad yang mendatang, Empayar Rom menderita akibat wabak yang tidak seperti apa yang pernah dilihat. Epidemik ini mula berkurangan selepas 180 M, tetapi ia berkembang dengan lebih kuat lagi pada 189 M sebelum akhirnya terus ‘menetap’.

Lucius Verus

Ketika kemuncak wabak itu, dilaporkan terdapat kem4tian sehingga 2,000 orang sehari, menurut sumber Rom. Secara keseluruhan, kira-kira 7-10% penduduk Empayar Rom terbunvh, ia berkembang dari Sepanyol dan Itali ke Greek, Asia Kecil, dan juga Mesir dan Afrika Utara.

Di pusat bandar yang padat, kadar kem4tian mungkin setinggi 15%. Malah pemerintah Rom juga turut menjadi mangsa. Lucius Verus meninggal dunia pada 169 M, dan Marcus Aurelius meninggal pada 180 M. Marcus Aurelius meninggal kerana wabak tersebut namun sejarawan turut berspekulasi bahawa Lucius Verus turut mavt disebabkan oleh penyakit ini.

Apakah penyakit misteri yang menyebabkan kekacauan itu? Ramai cendekiawan percaya bahawa ia adalah wabak cacar.

Catatan sejarah yang paling sahih pernah wujud dalam mener4ngkan tentang wabak ini datang dari pakar fizik Greek bernama Aelius @ Claudius Galenus, atau lebih dikenali sebagai Galen yang telah menyaksikan pelbagai kejadian secara langsung. Nama lain untuk wabak Antonine ini adalah Wabak Galen, yang namanya diambil sempena nama Galen.

Galen menggambarkan banyak gejala yang kita kenali, tetapi yang paling signifikan adalah gejala pustula atau bisul yang tampaknya seperti gejala khusus penyakit cacar. Sesetengah ahli sejarah berpendapat bahawa Galen sebenarnya menggambarkan dua jenis virus cacar berbeza dalam catatan beliau, yang akan menjelaskan bagaimana penyakit itu kekal sebagai pemusnah selama tempoh 20 tahun.

KESAN TERHADAP EMPAYAR ROM

Jelas sekali ini adalah satu bencana yang boleh melanda sesiapa sahaja, tetapi benarkah wabak cacar meninggalkan kesan yang besar terhadap Empayar Rom? Ya, ia benar. Kita dapat melihat kesan kemusnahan wabak dalam beberapa aspek masyarakat Rom, terutamanya terhadap pasukan tenter4.

Tenter4 tinggal di berek kuarter yang sempit dan sering berper4ng atau dilatih hingga kepenatan. Mereka bergerak antara unit yang berlainan dan mengembara ke seluruh empayar. Penyakit ini merebak dengan cepat melalui tenter4, atau ayat yang lebih tepat, memusnahkan.

Wabak ini tersebar di seluruh Empayar Rom, yang sedang dalam proses peluasan wilayah di bawah pemerintahan Marcus Aurelius. Oleh itu, Marcus Aurelius terpaksa mengetatkan kewajiban menyertai pekhidmatan ketenter4an.

Tenter4 Rom berper4ng di setiap sempadan empayar, dan ia memerlukan tenaga askar yang ramai. Setiap anggota tenter4 telah ditangguhkan tempoh persaraan mereka, dan walaupun mereka sedar mereka sedang mengurangkan jumlah orang Rom sendiri, mereka tidak berhenti, malahan mereka dapatkan bantuan luar pula.

Untuk julung kalinya, tenter4 Rom mula menerima unit bantuan besar-besaran dari suku-suku Germanic yang pernah menjadi musuh mereka. Pejuang-pejuang Germanic ini berjuang di bawah komander-komander Germanic, memulakan proses deromanisasi.

Ini adalah permulaan utama yang sedang dicipta, dan pada saat kejatuhan Rom, angkatan tenter4nya hampir sepenuhnya terdiri daripada unit bantuan serupa yang akhirnya berubah menjadi penentang kepada Empayar Rom sendiri.

Sesetengah kesan langsung penularan mula muncul. Apabila tenter4 empayar bergerak ke timur di bawah perintah Maharaja Verus selepas tenter4 Vologases IV dari Parthia menyer4ng Armenia, pertahanan Rom dari wilayah timur terbantut apabila ramai anggota tenter4 mavt kerana wabak penyakit.

Menurut penulis Sepanyol abad ke-5 Paulus Orosius, banyak kota dan desa di Semenanjung Itali dan beberapa wilayah Eropah kehilangan semua penduduknya. Apabila penyakit itu menyapu utara ke Rhine, ia juga menjangkiti orang-orang Germanic dan Gallic di luar sempadan empayar.

Selama bertahun-tahun, kumpulan-kumpulan utara telah mengasak ke selatan untuk mendapatkan lebih banyak tanah demi mengekalkan populasi mereka yang semakin meningkat. Dengan kuasa autoriti yang semakin berkurangan disebabkan wabak itu, tenter4 Rom tidak lagi mampu menyekat kemaraan puak-puak luar sempadan.

Dari 167 M hingga kem4tiannya, Marcus Aurelius secara peribadi mengetuai pasukan elit Legion berhampiran Danube, dengan hanya separuh kejayaan, dia cuba untuk mengawal kemaraan masyarakat Germanic di seber4ng sungai. Wabak dan ser4ngan Germanic ini mengakibatkan ser4ngan besar-besaran terhadap Marcomanni ditangguhkan hingga 169 kerana kekurangan anggota tenter4.

Empayar Rom hampir musnah sepenuhnya tetapi berjaya bertahan lebih lama berbanding kerajaan lain seperti Dinasti Han, Empayar Gupta dan Empayar Parthia. Rom boleh dikatakan ‘kurang’ terjejas walaupun ia juga menjadi asas kepada melemahkan Empayar Rom yang tidak lama kemudian mendorong kepada kejatuhan sepenuhnya Empayar Rom yang bermula dari Rom Barat sehinggalah Rom Timur di tangan Empayar Uthmaniyyah.

KESAN TERHADAP CHINA

Eropah, Asia dan Afrika Utara mengalami ketidakstabilan empayar, terdapat beberapa teori mengenai perubahan cuaca yang menyebabkan tercetusnya bencana kebuluran dan wabak. Manakala terdapat juga teori yang ia bermula di Rom dan dibawa oleh duta Rom ke China ketika zaman Dinasti Han.

Di China, ia menyebabkan beberapa kumpulan kultus mula muncul, bahkan ada yang muncul dengan membuat klaim bahawa mereka adalah “Nabi”, malahan seorang tokoh kultus bernama Zhang Jue juga mengasaskan pertubuhannya sendiri berikutan wabak penyakit yang datang dari Empayar Rom.

Beliau mendakwa dirinya adalah ‘utusan’ dengan mukjizat yang datang membawa penyembuhan kepada penyakit. beliau juga lah yang memulakan Pember0ntakan Serban Kuning yang menjadi permulaan bagi zaman Tiga Kerajaan yang akhirnya menjatuhkan Dinasti Han.

Jika di Empayar Rom pula ia menyebabkan pemerintahan tidak stabil dan menurunkan populasi penduduknya, di timur tengah ia menyebabkan kejatuhan Empayar Parthia.

Di antara semua kesannya, kesan ke atas china boleh dikatakan yang paling besar memandangkan konsep pemerintahan melalui “mandat dari syurga” telah diabaikan ketika tempoh akhir Dinasti Han dan buat kali pertamanya selepas China disatukan di bawah Dinasti Qin, China sekali lagi berpecah belah untuk jangka masa yang panjang.

Penduduknya berkurangan dari populasi sekitar 50 juta hingga 16 juta orang dan bangsa Cina Han kehilangan kuasa hegemoni di Asia Timur sehingga tertubuhnya Dinasti Tang.

Bencana kebuluran dan wabak yang datang dari Rom dijadikan asas bagi Pember0ntakan Serban Kuning di kalangan para petani yang bangkit di samping isu rasuah. Kesilapan terbesar pemerintah waktu itu adalah tindakan pegawai kerajaan untuk memandang remeh isu stok bekalan yang dimaksudkan untuk bantuan dan kecemasan ketika bencana.

Ia menyebabkan kegagalan dalam mengendalikan kebanjiran pelarian sekaligus melemahkan pemerintahan pusat. Namun, Dinasti Han masih mampu bertahan dengan perubahan cuaca sebagaimana rakan senasib mereka di barat (Empayar Rom) berjaya melakukannya.

KERUNTUHAN DINASTI HAN

Menjelang akhir abad ke-2 M, penguasaan Dinasti Han sebahagian besarnya kehilangan kuasa dalam usaha mengekalkan kestabilan politik.

Pada awal abad ke-3 M, iaitu pada tahun 220 M, kerajaan pusat dibubarkan, dan beberapa kerajaan kecil serantau yang autonomi mula berlumba-lumba untuk mendominasi China sebagai kuasa besar yang baharu menggantikan Dinasti Han. Dengan ketiadaan pemerintahan Dinasti Han, China mengalami proses perubahan budaya, terutamanya peningkatan dalam proses penerimaan agama Buddha.

Selain daripada birokrasi dalam isu pemilikan tanah, kebanjiran pendatang asing dari suku-suku nomad dan tekanan ekonomi yang teruk, dalam masa yang sama China sedang menghadapi bencana kebuluran dan penyebaran wabak Antonine yang dikatakan berpunca daripada delegasi kedutaan Empayar Rom yang tiba ke China.

Perkembangan itu menyebabkan siri rusuhan yang meluas, terutamanya dari golongan petani, yang merasakan diri mereka semakin terhimpit di bawah tekanan ekonomi terutamanya semasa akhir abad kedua dan ketiga apabila wabak epidemik mula menyebar luas.

Pada tahun 184 M, petani-petani yang tidak berpuas hati berjaya dikumpul bersama di bawah seorang pemimpin spiritual Taoist yang mengetuai gerakan kultus, mereka kemudian melancarkan pember0ntakan besar yang dikenali sebagai Pember0ntakan Serban Kuning, ia dinamakan sedemikiankerana para pember0ntak akan memakai ikat kepala berwarna kuning yang mewakili warna ikonik kaum Cina dan melambangkan identiti mereka sebagai petani.

Pember0ntakan Serban Kuning yang dipelopori oleh Zhang Jue menjanjikan kegemilangan dan penyembuhan daripada wabak yang akan dilaksanakan melalui mukjizat ‘kurniaan Tuhan’ kepada Zhang Jue. Namun pember0ntakan mereka menyer4ng kelemahan Empayar waktu itu terutamanya berkaitan isu tanah yang tidak bermoral, kegagalan mengawal wabak penyakit dan isu birokrasi semasa.

Walaupun pihak kerajaan berjaya menghentikan pember0ntakan selepas lima tahun berper4ng, pember0ntakan itu terbukti hanya sekadar siri pertama yang bakal memecahkan Dinasti Han kepada tiga kerajaan yang akan saling berper4ng sesama sendiri sehinggalah jatuhnya Dinasti Han buat selama-lamanya, yang kemudian digantikan oleh Empayar Cao-Wei, dan akhirnya Dinasti Jin.

Wabak dan kebuluran menandakan permulaan kepada berakhirnya kegemilangan Empayar Rom, Dinasti Han, dan lain-lain yang dibantu oleh permulaan fasa seterusnya kemerosotan kerajaan Rom yang dilanda peper4ngan saudara, isu perebutan takhta

Dan pengakhiran kepada wabak epidemik ini bermula dengan kebangkitan hegemoni Islam Empayar Uthmaniyyah menggantikan Empayar Rom, dan kebangkitan Dinasti Tang selepas Mongol membawa satu lagi wabak epidemik ke Eropah pada zaman Pertengahan, ia tidak lain dan tidak bukan, wabak yang pernah memusnahkan dua pertiga populasi Eropah, The Black Death.

RUJUKAN:

-STMU History Media (The Invisible Traveler: Disease on the Silk Roads)

-The Collapse Of Classical Empire – Han China, Rome & Gupta India

-The Antonine Plague: History, Start, Spread & Facts by Christopher Muscato

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.