Ombak konspirasi tidak pernah lekang menggigit persisiran minda manusia. Pengaruh setiap kisah dalam konteks kebetulan atau perancangan dilihat sangat kukuh sampai tiada masalah sekalipun tidak relevan. RMS Titanic sesuai dijadikan contoh. Tragedi ini difitnah suatu muslihat sulit untuk menutup mulut tiga orang kaya bernama John Jacob Astor, Benjamin Guggenheim dan Isidor Strauss. Fitnah ini daripada Barat sudah bertapak di Timur; begitu juga dengan tohmahan-tohmahan berkaitan vaksinasi.

Dengan kemelut virus korona daripada China, ramai yang cuba mengaitkan angka 20. Kalau dilihat dari satu sudut, boleh nampak kebenaran disebaliknya. Virus Wuhan menular pada tahun 2020. Sehingga 28 Januari, virus ini telah menj4ngkiti 4,000 orang (The New York Times, 2020).

100 tahun sebelumnya ialah giliran Influenza Sepanyol mengundang keuzvran terhadap 500 juta orang. Influenza ini merupakan antara yang paling membvnvh dalam sejarah. Namun tidak terhenti di situ, kerana pada tahun 1820 pula penyebaran kolera telah membvnvh ramai orang. Dan sekali lagi, 100 tahun sebelumnya, sebuah w4b4k besar membunuh sekurang-kurangnya 100,000 orang.

Apabila disunting sekali dalam suatu gambar, tularlah kisah menarik bahawa setiap 100 tahun mesti berlaku sejenis w4b4k. Orang pun pakat kongsikan dan sebarkan pendapat ini dengan gambar seperti dibawah:

Sebenarnya perkaitan sebegini boleh lebih menarik kalau dikatakan sebegini:

  1. Epidemik Cocoliztli 1550 (Mexico)
  2. Malaria Amerika Selatan (1650)
  3. Campak 13 Koloni (1750)
  4. Demam Kuning Amerika (1850) / Influenza Amerika Utara (1850)
  5. Kolera Mesir (1950)

Maka pada tahun 2050, kepercayaan yang sama mengatakan akan berlakunya suatu lagi penularan yang menganc4m ny4wa orang ramai. Ternyata perkaitan sedemikian bertatahkan syirik kerana wujud unsur ramalan. Sebenarnya trag3di ketiga tidak tepat pun kerana Campak 13 Koloni berlaku pada tahun 1747. Dan dalam gambar di atas pun ada juga masalah keralatan dari segi tahun.

W4b4k Besar Marseille 1720

Sebelum tahun 1720, suatu w4b4k yang begitu besar telah menimpa dunia. Catatan sezaman telah merekodkan bahawa tanggapan umum mengatakan inilah kiamat. Tidak kira Islam atau Kristian, semua orang sudah takut. Dari Mekah sampai England, m4yat bergelimpangan secara terbuka sekaligus mencetuskan krisis kesihatan jauh lebih teruk daripada w4bak sedia ada.

Bakteria yang sama iaitu Yersinia pestis telah menimpa Marseille pada tahun 1720. Kem4tian 100,000 orang ini juga membvnvh aktiviti ekonomi khususnya perdagangan daripada Barat ke TImur. Dan populasi semasa meningkat kembali ke paras pra-w4bak 45 tahun kemudian.

Pandemik Kolera 1820

Disini terdapat keralatan dari segi data, kerana pandemik sedemikian tidak bermula pada tahun 1820. Sebaliknya, kota Calcutta telah menjadi punca penyebaran bermula tiga tahun sebelumnya. India pada masa itu ialah periuk yang sentiasa menanak kolera. Tetapi kali ini lain pula, kerana kolera sedemikian merebak jauh keluar India sampai China dan Laut Mediterranenean.

Kegiatan penjajahan British dan perdagangan dunia juga memudahkan penyebaran ini. Ratusan ribu orang terk0rban angkara pandemik ini. Dan setelah dikaji, titik paling awal kolera ini ialah Sungai Ganges bawah yang sangat kotor. Setelah beribadat, ramai kembali ke kampung mereka sambil membawa bala kolera tanpa disedari. Disebabkan inilah kolera sangat mudah menular sampai senang kata India sangatlah sinonim dengan kolera

Dikhabarkan salah satu contoh pencemaran Ganges (Planet Custodian)=

Influenza Sepanyol 1820

Keralatan dari segi tarikh ini ibaratkan sama dengan Campak 13 Koloni yang dikatakan berlaku pada tahun 1850. Sedangkan campak sebenar bermula tiga tahun sebelumnya. Keralatan yang sama juga berlaku bagi Influenza Sepanyol, kerana titik terawal ialah 1917 di hospital sekitar Etaples, Perancis. Akibat kekurangan dari segi pengetahuan, maka influenza ini merebak dengan begitu pantas dan tangkas sampai beratus juta orang terk0rban kerananya. Kegiatan pep3r4ngan dan aktiviti perdagangan global membawa influenza ini ke Amerika Syarikat pun.

Tentera dari Fort Riley, Kansas.

Bukan semua perkara yang mempunyai tarikh sama wajar dikaitkan bersama. Tragedi-tragedi sedemikian bukanlah ulangan 100 tahun. Kerana w4bak berlaku pada bila-bila masa pun, khususnya pada zaman-zaman yang serba-serbi kurang dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi perubatan.

RUJUKAN:

The New York Times. (2020, January 28). Coronavirus Live Updates: More Than 4,000 Infected as Death Toll Surpasses 100. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/01/28/world/asia/china-coronavirus.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.