Moving Forward As One

Wabak, Konflik Dan Politik – Sejarah Punca Pembatalan Ibadat Haji

588

Selepas menyaksikan ibadat haji 2020 dihadkan kepada 1,000 orang jemaah akibat situasi pandemik Covid-19, Arab Saudi membenarkan lebih 60,000 jemaah mengerjakan haji untuk tahun 2021. Walaupun teruk dibadai pandemik seperti negara-negara lain, ibadat haji tetap diteruskan dengan perlaksanaan SOP yang ketat. Tetapi jika diteliti sejarah ibadat haji sendiri, sebenarnya ia sudah dibatalkan sebanyak 40 kali atas pelbagai sebab.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Di sini, penulis hanya akan menyebut beberapa insiden terkenal yang memaksa ibadat haji dibatalkan:

  • Pemb.unu.han beramai-ramai di Gunung Arafat

Semasa pe.ra.ng saudara Abbasiyyah meletus antara dua pencabar takhta khalifah iaitu al-Mu’tazz dan al-Musta’in pada 865, kekosongan ini dimanfaatkan oleh seorang panglima pe.ra.ng bernama Ismail bin Youseff atau al-Safak. Penulis percaya Ismail mahu menambah lagi kerungsingan dihadapi al-Musta’in yang ketika itu dikepung di Baghdad di bawah pimpinan jeneral al-Mu’tazz merangkap kekandanya, Abu Ahmad al-Muwaffaq.

Pada tahun itu, al-Safak melancarkan se.ra.ngan ke atas Bukit Arafah dan membu.n.uh ramai jemaah haji yang ada ketika itu. Ini memaksa pentadbiran Bani Abbasiyyah yang dipimpin al-Musta’in mengisytiharkan ibadat haji pada tahun berkenaan dibatalkan.

  • Tindakan jelik Abu Tahir al-Jannabi

Pada hari pertama ibadat haji 930 Masihi, Dinasti Qaramita yang diketuai pemimpin mereka Abu Tahir al-Jannabi menye.ra.ng kota Makkah dan membu.n.uh ramai jemaah haji di situ. Semasa membu.n.uh mereka, dia membaca ayat-ayat Kalamullah dengan nada mengejek dan menyifatkan kehadirannya di situ membawa kemus.na.han kepada semua yan hadir ketika itu.

Dalam peristiwa berkenaan, 30,000 jemaah terbu.n.uh dengan sesetengah ma.ya.t dicampak ke atas bumbung Kaabah dan sebahagian lagi dicampak ke dalam Perigi Zamzam. Se.ra.ngan tersebut bertujuan mengalihkan fokus kiblat orang Arab dari Kaabah di Makkah ke kota mereka di Hajar. Malah, Abu Tahir turut membina masjid khas bagi menempatkan Hajarul Aswad yang dicuri daripada Kaabah.

Bagaimanapun, cubaan tersebut tidak berhasil dengan umat Islam terus berkunjung ke Baitullah walaupun tanpa kelibat Hajarul Aswad. Selepas mendapat wang tebusan lumayan dari Khalifah al-Qahir Billah dari Bani Abbasiyah pada 932, ia dipulangkan dalam keadaan dipecahkan kepada beberapa butir. Bagi memelihara batu tersebut, pemerintah Makkah mengupah dua orang pembuat barangan emas untuk menghasilkan bingkai yang diperbuat daripada perak untuk menutupnya.

Tetapi apa nasib yang menimpa Abu Tahir? Mengikut sejarawan Turki Uthmaniyyah Qutb al-Din, dia ditimpa se.k.saan dahsyat berupa luka gangren yang teruk dan bahagian dagingnya dimakan ulat sebelum meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan beberapa tahun selepas insiden tersebut. Sementara Dinasti Qaramita tumbang pada abad ke-11 selepas mengalami kemerosotan akibat ditewaskan Bani Abbasiyah pada 976. Orang bertanggungjawab menamatkan riwayat mereka ialah pengasas Emiriah Uyun, Abdullah bin Ali al-Uyuni.

  • Pertikaian politik Abbasiyah-Fatimiyah

Selepas Fatimiyah bangkit sebagai sebuah kerajaan di Mesir pada 909, ia mengundang rasa kurang senang Bani Abbasiyah kerana merupakan pesaing kekuasaan mereka. Tetapi kemuncak pertelagahan mereka ialah membabitkan al-Aziz Billah (Fatimiyah) dan al-Ta’i Billah (Abbasiyah) dari 983 hingga 991. Disebabkan konflik kedua-duanya, umat Islam di Iraq, Syria dan Mesir terpaksa menunggu selama lapan tahun sebelum dapat menunaikan haji pada 991.

  • Wabak penyakit

Covid-19 bukan satu-satunya pandemik atau epidemik penyakit yang membelenggu musim haji. Tidak seperti 2020 di mana bilangan jemaah haji dihadkan, itu bukan pilihan bagi para pemerintah pada abad ke-19. Sekiranya wabak melanda, maka ibadat haji perlu dibatalkan pada tahun berkenaan bagi mengekang penularan penyakit dan menyelamatkan nyawa jemaah ketika itu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Keputusan ini dibuat pada musim haji 1837-1840, 1846-1850 dan 1858. Keputusan ini dibuat selepas ramai jemaah haji terbu.n.uh akibat dijangkiti penyakit berkenaan. Hanya pada 1858, jemaah Mesir yang dijangkiti kolera dibawa menjalani kuarantin di kawasan pesisir Laut Merah sehingga mereka disahkan pulih.

RUJUKAN:

Abu Sneineh, Mustafa. (2020). Plagues, politics and DITAPIS: Hajj cancellations over the centuries. Middle East Eye. Diambil dari https://www.middleeasteye.net/news/coronavirus-saudi-arabia-muslims-hajj-cancel-pilgrim

Ruangan komen telah ditutup.