Wabak Justinian Melanda Rom Memberi Peluang Kebangkitan Kerajaan Islam

9,371

https://bit.ky/kombowww

Dalam lipatan sejarah manusia, tidak sah jika tamadun-tamadun manusia diuji dengan pelbagai cabaran dari pep3rangan hinggalah penularan wabak penyakit. Antara penularan wabak yang paling merbahaya dalam sejarah ialah Black D3ath, Flu Sepanyol, Wabak Justinian dan Covid-19.

Dalam kes Wabak Justinian, walaupun ia hanya berlangsung selama setahun dari 541 hingga 542 Masihi, ia memberi impak besar bukan saja kepada Rom Timur (Byzantine) tetapi juga kepada kebangkitan kerajaan Islam Madinah hampir seabad kemudian. Dan wabak ini juga ada kaitan dengan kisah dua sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal.

Wabak Justinian

Wabak yang dinamakan sempena nama Maharaja Justinian I ini sebenarnya berkongsi asal-usul sama dengan wabak Black Death, Yersinia pestis. Kajian para saintis mendapati ia sebenarnya berasal dari Asia Tengah dan dibawa oleh puak-puak nomad yang kemudiannya menjadi ejen penyebar wabak berkenaan di Eurasia Barat.

Rajah 1: Y. pestis

Wabak Justinian turut mencipta sejarah sebagai wabak penyakit pertama yang direkodkan dalam sejarah. Ini disokong oleh keterangan-keterangan klinikal wabak dalam rekod sejarah dan kesan DNA Y. pestis dari rangka-rangka manusia yang dijumpai dalam tempoh berkenaan.

Rajah 1: Y. pestis

Berdasarkan rekod sejarah, tanda-tanda Wabak Justinian bermula dengan demam biasa. Ini disusuli oleh bengkak dan lepuhan-lepuhan berwarna hitam berisi dengan nanah terbentuk. Itu merupakan tanda-tanda jelas seseorang itu dijangkiti wabak.

Akibatnya, seseorang itu boleh jatuh koma dan m4ti dalam masa yang cepat. Tetapi jika tidak, individu yang dijangkiti akan berada dalam keadaan meracau dan paranoia serta ingin membvnvh diri bagi mengakhiri pend3ritaan mereka.

Semua ini berlaku dalam tempoh beberapa hari. Dan ia biasanya meninggalkan lambakan m4yat yang sukar diuruskan oleh orang ramai. Justeru, ada yang membawa tag nama di tangan/jari agar mudah dikenali anggota keluarga mereka sekiranya m4ti di luar kediaman mereka.

Impak kepada empayar dan kerajaan sekitar

Berikutan bilangan populasi yang m4ti terlalu ramai, ini memaksa Empayar Rom Timur menjadi kreatif dalam menguruskan m4yat. Antara kaedah yang digunakan ialah menggali parit untuk dijadikan kvbvr besar, dicampak ke dalam laut (selalunya kembali semula ke pantai) atau dicampak ke menara kubu-kubu sebelum ditutup di bahagian atas menara.

Selalunya, rawatan dibuat oleh para doktor yang dilatih dengan ilmu perubatan Galen selama empat tahun di Iskandariah yang ketika itu merupakan pusat pengajian perubatan ulung. Jika penduduk tidak dapat mendapat akses rawatan perubatan, mereka menggunakan ramuan ubatan sendiri sebagai penawar.

Wabak Justinian tidak mengenal siapa mangsanya. Malah, Justinian I sendiri turut menjadi mangsa wabak ini bersama kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar Byzantine sendiri.

Namun pada akhirnya, baginda terselamat. Tetapi 25% populasi rakyatnya terbvnvh akibat s3rangan Wabak Justinian, menjejaskan kedudukan kewangan empayar dan ket3nteraan baginda.

Wabak ini dikatakan bermula di Constantinople akibat tikus-tikus yang menaiki kapal-kapal membawa gandum dari Mesir. Perlu diingat, sejak abad kelapan Masihi lagi, wilayah Afrika Utara terutama Mesir merupakan pembekal utama gandum kepada kerajaan Rom sama ada Rom Barat atau Byzantine.

Dan memandangkan ia disimpan di gudang-gudang besar, gandum-gandum ini menjadi bahan makanan utama mereka. Memandangkan gandum merupakan makanan ruji kerajaan ketika itu, ia dibawa ke seluruh empayar bersama-sama dengan tikus dan kutu pembawa penyakit.

Laporan pertama Wabak Justinian dilaporkan oleh sejarawan Procopius dari bandar pelabuhan Pelusium berhampiran Suez, Mesir pada tahun 541. Sebelum laporan wabak ini, Procopius turut mendedahkan situasi iklim luar biasa yang melanda selatan Itali ketika itu.

Ini sekaligus mencetuskan krisis kekurangan makanan yang meruncing di Rom Timur. Krisis ini diburukkan lagi dengan penyebaran Wabak Justinian yang menyebabkan ramai petani m4ti atau tidak berupaya turun ke ladang-ladang untuk menuai hasil tanaman.

Selain krisis kekurangan makanan, ia juga turut merencatkan cita-cita baginda menyatukan semula semua bekas wilayah Rom Barat dengan empayar baginda sekaligus mengembalikan kegemilangan Empayar Rom.

Selain Empayar Byzantine, kerajaan-kerajaan Eropah lain turut terkesan dengan Wabak Justinian. Misalnya di Britain, penularan wabak ini memudahkan usaha pendudukan kelompok Anglo-Saxon ditambah dengan penambahan gerakan penentangan Saxon pada tahun 550-an.

Di Wales pula, antara yang menjadi mangsa Wabak Justinian ialah raja kerajaan Gwynedd, Maelgwyn sekitar tahun 547 Masihi. Manakala di Ireland, wabak ini memberi kesan besar kepada populasi negara berkenaan.

Pemangkin kebangkitan Madinah

Jadi, apa kaitan wabak ini dengan kebangkitan kerajaan Islam Madinah, Umar bin al-Khattab r.a dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a? Kuncinya di sini ialah ia tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dan ia muncul secara berkala bukan saja di Eropah tetapi juga di wilayah Mediterranean dan Afrika.

Justeru, ia memberi kesan bukan saja kepada Byzantine tetapi juga pesaing mereka di Timur Tengah, Empayar Parsi. Ini kerana selain bergelut dengan Wabak Justinian, dua empayar ini juga saling bertarung antara satu sama lain dengan kempen terakhir mereka ialah P3rang Byzantine-Parsi (602-628 Masihi).

Kempen p3rang yang berlanjutan antara kedua-dua pihak membuka ruang kepada kebangkitan kerajaan Islam Madinah yang diterajui Rasulullah s.a.w dan pengganti baginda dari Khulafa’ al-Rashidin.

Kerajaan Islam Madinah pada ketika itu berjaya menyatukan seluruh penduduk Arab di bawah satu panji syahadah dan menanti masa sesuai menandingi dua empayar yang dinyatakan. Petunjuknya sudah jelas sekali semasa P3rang Mu’tah yang tercetus pada 629 Masihi.

Walaupun bilangan t3ntera Islam yang diterajui Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah r.a tidaklah seramai ketumbukan pihak musuh (3,000 t3ntera menentang ketumbukan 10,000 t3ntera mengikut perkiraan moden), keupayaan mereka bersaing hebat dengan pihak musuh mengejutkan pihak Byzantine.

Malah, kebijaksanaan taktikal yang dipamerkan Khalid bin al-Walid r.a dalam menakutkan pihak musuh dan memastikan pihak Madinah berundur dari medan pert3mpuran menyedarkan pihak Byzantine bahawa mereka berhadapan dengan satu kuasa baru yang boleh menamatkan penguasaan mereka di Timur Tengah.

Atas sebab itulah, sepanjang lipatan sirah baginda, Byzantine enggan memprovokasi Madinah dan berusaha menjaga hubungan baik dengan mereka. Ini termasuklah menerima utusan khas Rasulullah s.a.w, Dihyah al-Kalbi r.a yang membawa perutusan dari Madinah dengan baik semasa tempoh Perjanjian Hudaibiyah berkuatkuasa.

Jika ada sekalipun provokasi, provokasi itu yang membawa kepada kempen Pert3mpuran Tabuk. Tetapi jika Byzantine menyangka provokasi mereka tidak dijawab oleh Madinah, maka sangkaan mereka meleset.

Di sebalik ujian musim panas yang melanda Semenanjung Tanah Arab dan musim penuaian buah tamar yang rancak ketika itu, Madinah masih berupaya menghantar 30,000 t3ntera diketuai Rasulullah s.a.w sendiri. Malah, bila mereka di Tabuk, tiada langsung kelibat musuh sekaligus membuktikan Byzantine sebenarnya gerun dengan kekuatan Madinah.

Selepas kewafatan baginda pada tahun 632 Masihi, usaha perluasan wilayah diteruskan oleh pengganti-pengganti baginda iaitu Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar dan Uthman bin Affan r.a.

Ini membawa kepada pelbagai ekspedisi ket3nteraan yang digerakkan oleh ketiga-tiga khalifah berkenaan. Antara panglima p3rang yang dipertanggungjawabkan mengetuai ekspedisi-ekspedisi menentang Byzantine dan Parsi ialah Khalid, Saad bin Abi Waqqas r.a, Syurahbil bin Hasanah r.a, Ikrimah bin Abi Jahal r.a dan Abu Ubaidah sendiri.

Wabak Justinian – fatwa dua sahabat

Siapa sangka Wabak Justinian yang meragut jutaan nyawa pada abad keenam Masihi ini menjadi punca dua sahabat Nabi yang mulia ini mengaplikasikan pengetahuan mereka berkenaan wabak.

Jika diteliti sejarah yang direkodkan oleh perawi-perawi sejarah seperti Ibnu Hisyam dan Imam al-Tabari, wabak-wabak sebegini hanya dirujuk sebagai taun. Tidak mustahil taun ini merupakan panggilan umum kepada wabak penyakit yang melanda sesebuah komuniti atau tempat.

Dan ini membawa kepada dua kisah yang masyhur tentang cara pengurusan wabak. Pertama, kisah Umar membatalkan lawatannya ke Syam selepas mendapat tahu wilayah tersebut dilanda wabak (berkemungkinan Wabak Justinian).

Apabila berita tersebut diketahui Abu Ubaidah r.a, beliau mengirim surat yang menanyakan apakah Amirul Mukminin (Umar) melarikan diri dari takdir Allah. Lalu Umar r.a menjawab, “Aku lari dari satu takdir Allah ke satu takdir-Nya yang lain.”

Beliau turut memetik satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a mafhumnya, “Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.” (Riwayat Bukhari)

Kedua, tidak lama selepas pembatalan lawatannya ke Syam, Umar tahu sudah tiba masanya untuk melantik penggantinya sebagai khalifah. Dan beliau tahu siapa yang dimahukannya iaitu Abu Ubaidah.

Abu Ubaidah r.a menjadi pilihan pemimpin berdarah Bani Adi itu bukan saja kerana kecekapannya menguruskan jentera p3rang Madinah. Malah, beliau juga dianggap pemegang amanah bagi umat baginda, satu gelaran kehormat yang diberi Rasulullah s.a.w kepadanya.

Tetapi malangnya, situasi wabak sama yang melanda Syam masih belum reda dan salah seorang yang ter4ncam ialah Abu Ubaidah sendiri. Mendengar perkhabaran itu, Umar r.a menulis sepucuk surat dan memerintahkannya pulang ke Madinah.

Namun, hajat sahabatnya itu ditolak dengan baik oleh beliau atas alasan enggan meninggalkan t3ntera Madinah yang berkhidmat di perbatasan dan rakyat yang mend3rita s3rangan wabak. Malah, Abu Ubaidah turut memetik satu lagi hadis untuk menjustifikasikan sebab beliau perlu kekal di Syam:

“Apabila kamu mendengar penyakit taun melanda sesebuah negeri, maka janganlah kamu memasuki negeri itu. Demikian juga jika ia berjangkit di negeri yang kamu tinggal, maka janganlah kamu keluar dari negerimu kerana melarikan diri dari penyakit itu.” (Riwayat Bukhari)

Keputusan tersebut akhirnya membawa kepada pemergiannya pada tahun 639 Masihi, pemergian yang ditangisi bukan saja oleh para sahabat diketuai Umar r.a bahkan oleh t3ntera dan rakyat yang menyanjung aspek pemerintahannya.

Jika ada yang menyangka wabak ini tersebut merupakan pengakhiran kepada bakteria Y. pestis, sangkaan mereka tersilap sama sekali. Enam abad selepas itu, Black D3ath yang mengandungi virus Y. pestis kembali dengan d3ndam membara…

RUJUKAN:

Yetter, Elizabeth. (2018). 10 Scary Facts About The Justinian Plague. Listverse. https://listverse.com/2016/10/17/10-scary-facts-about-the-justinian-plague/

Horgan, John. (2014). Justinian’s Plague (541-542 CE). Ancient.eu. https://www.ancient.eu/article/782/justinians-plague-541-542-ce/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.