Wabak Demam Borneo Dan Menara Jam Atkinson

497

Sekiranya anda bertandang ke Kota Kinabalu, kunjungan anda pastinya tidak lengkap sekiranya tidak melawat menara jam Atkinson yang terletak di Bukit Bendera. Bukit Bendera dahulunya juga dikenali sebagai “Signal Hill”. Namun apa kaitan menara ini dengan w4bak demam Borneo?

Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai menara jam bersejarah ini molek rasanya kita menyentuh terlebih dahulu mengenai w4bak demam Borneo yang pernah meninggalkan igauan ng3ri kepada para penjajah yang pernah bertapak di pulau ketiga terbesar dunia ini.

Menara jam Atkinson di Bukit Bendera, kredit foto Shazril Shukri.

SEJARAH W4BAK DEMAM BORNEO DALAM TAMADUN MANUSIA

W4bak demam Borneo bukan lah endemik atau ‘eksklusif” di kepulauan Borneo sahaja. Sebaliknya w4bak ini telah dikenali dan memiliki sejarah yang cukup panjang selari dengan sejarah ketamadunan manusia di masa lampau. Hari ini kita mengenali istilah yang diberikan penjajah British ketika itu kepada w4bak ini dengan sebutan demam Malaria.

Selama ribuan tahun lama nya w4bak ini mengh4ntui manusia di serata dunia. Bapa perubatan agung Yunani, Hippocrates turut merekodkan mengenai w4bak malaria ini dalam salah satu teks perubatan karya nya sekitar kurun ke empat sehingga kelima Sebelum Masehi dengan gambaran sebagai salah satu daripada jenis peny4kit demam.

Bagi kalangan orang-orang Rom pula, demam ini juga dikenali dengan tanda-tanda “suhu panas tubuh yang meningkat”. Pada era moden orang Perancis menamakan demam Malaria ini sebagai demam yang menyebabkan tubuh menggigil kesejukan.

Bagi orang-orang Inggeris mereka mengenali demam ini sebagai demam bermusim dan pada era pemerintahan Raja Oslo di Norway pula penya4kit ini dikatakan kerap kali muncul pada musim panas atau luruh.

Hippocrates, bapa perubatan tamadun Yunani.

MITOS DAN FAKTA DI SEBALIK W4BAK DEMAM BORNEO (MALARIA)   

Sebelum kurun ke 19 kebanyakan masyarakat di Eropah percaya punca kepada malaria adalah akibat hawa udara tidak sihat yang terbentuk dari kawasan berpaya. Idea ini awalnya digagaskan oleh orang-orang Rom, bahkan perkataan Malaria itu sendiri berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “udara tidak sihat”.

Walaupun pendapat ini sebenarnya tidak masuk akal namun ia tetap diterima lebih-lebih lagi apabila seorang doktor dari Itali pada kurun ke 18, Giovanni Maria Lancisi mendapat pujian hebat selepas memaklumkan mengenai kewujudan pigmentasi hitam pada organ-organ m4ngsa yang meningg4l dvnia akibat Malaria sekaligus kononnya mmbuktikan tanggapan ini.

Namun akhirnya pada abad ke 19, tepatnya pada tahun 1882 sewaktu sidang mesyuarat bagi Persatuan Falsafah Washington dianjurkan kesemua yang hadir sepakat dengan kenyataan bahawa nyamuk adalah antara ejen penyebaran yang bertanggungjawab kepada w4bak Malaria.

Walaupun selepas itu wujud cadangan tidak masuk akal daripada jurucakap bagi persidangan berkenaan agar memasang satu kelambu gergasi bagi menutupi keseluruhan Washington dan penulis juga yakin para pembaca sekalian juga percaya cadangan ini tidak praktikal bahkan langsung tidak boleh digunakan.

Namun kesannya ia berjaya mengubah persepsi ke atas punca w4bak malaria yang diyakini selama ini. Sungguhpun demikian sebenarnya dua tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 1880, salah seorang pakar b3dah Perancis, Alphonse Laveran, telah menemui cara bagaimana w4bak Malaria tersebar.

Hal ini terjadi sewaktu beliau bertugas sebagai pakar b3dah t3ntera di Algiers yang merupakan ibu negara kepada Algeria yang terletak di Utara Afrika pada hari ini.

Menerusi pemerhatian beliau ke atas pes4kit beliau berjaya mengesan sejenis p4rasit yang bergerak di dalam sel d4rah merah. Penemuan beliau ini telah melayakkan beliau untuk memenangi anugerah Nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1907.

Alphonse Laveran. Ahli perubatan Perancis yang menemui punca kepada malaria.

Ya, anda tidak salah baca, punca kepada w4bak malaria bukanlah daripada b4kteria ataupun viru5 seperti pand3mik viru5 korona 19 yang sedang kita hadapi saat ini. Sebaliknya ia berpunca daripada sejenis p4rasit yang dinamakan Palsmodium dan menjadikan nyamuk tiruk betina sebagai perumah.

Apabila p4rasit ini dipindahkan ke tubuh menerusi gigitan nyamuk ia akan menyebabkan demam, diiringi simptom-simptom berkaitan yang sekiranya tidak dirawat dengan betul boleh mendatangkan kem4tian.

ALASAN TERBINANYA MENARA JAM ATKINSON

Demikian lah serba sedikit penerangan mengenai Malaria. Namun apakah kaitannya dengan pembinaan menara jam Atkinson?

Pada tahun 1888 Borneo Utara atau dikenali sebagai Sabah pada hari ini menjadi Wilayah Naungan kepada Empayar British. Sungguhpun demikian pentadbiran masih dijalankan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara sehinggalah tahun 1946 pasca kemvsnahan teruk yang diakibatkan oleh p3rang dunia ke-2.

Sehubungan itu seorang Pegawai Pentadbir bagi daerah Kota Kinabalu atau Jesselton pada masa itu, daerah Papar  dan kawasan yang dinamakan Daerah Keppel Selatan, Francis George Atkinson telah dilantik sebagai Pegawai tadbir Daerah yang pertama berkuatkuasa 24 Januari 1901 dan 23 Mei 1901.

Namun malangnya Pegawai Pentadbir muda yang baru berusia 28 tahun itu hanya dapat menjalankan tanggungjawab beliau selama 16 bulan sahaja iaitu bermula tahun 1901 sehingga 1902. Beliau m3ninggal dvnia pada 16 Disember 1902 sebelum dikebvmikan di Tanah Perkvburan Kristian di Labuan.

Francis George Atkinson, hanya mampu menjalankan tugas sebagai Pegawai Daerah selama 16 bulan sahaja.

Punca kepada kem4tian beliau adalah disebabkan oleh w4bak Malaria atau pihak kolonial pada ketika itu menamakannya sebagai “Demam Borneo”. Ibu kepada mendiang, Puan Mary Edith Atkinson yang sedih dengan berita itu kemudiannya berhasrat untuk membina sebuah memorial sebagai kenangan bagi memperingati mendiang.

Bukit Bendera dipilih sebagai lokasi bagi menempatkan sebuah menara jam bermuka dua. Pembinaan dimulakan oleh Syarikat kontraktor Williams Potts & Sons yang berpangkalan di Leeds, England. Kayu dari jenis Meribau dipilih bagi mendirikan menara setinggi 50 kaki berkenaan. Akhirnya menara jam yang turut berfungsi sebagai “rumah api” kepada kapal-kapal yang belayar di luar pantai Jesselton siap sepenuhnya pada 20 April 1905.

Foto lama menara jam Atkinson sebelum P3rang Dunia ke II

PASCA TERBINANYA MENARA JAM ATKINSON 

Sekitar tahun 1950-an stesen Radio Sabah pernah bersiaran berhampiran menara jam Atkinson. Bunyi dentingan loceng dari menara ini jelas kedengaran sebagai sebahagian daripada bunyi latar belakang sebelum siaran berita dari BBC ke udara sekaligus memberikan maklumat yang cukup berguna buat para pendengar stesen radio berkenaan.

Bermula tahun 1946 Syarikat Perniagaan Jam Yick Ming yang diasaskan Mendiang Wah Kai Yung diberikan tanggungjawab untuk menyelenggara jam gergasi pada menara berkenaan, legasi tersebut berterusan sehingga ke hari ini. Kerja-kerja membaik pulih menara jam bersejarah ini dimulakan pada tahun 1959 sempena sambutan penubuhan Jesselton.

Kayu yang ros4k kesan pengaruh cuaca tropika diganti dengan kayu lebih keras. Atap yang terbuat daripada kayu juga diganti sebelum menara ini dicat dengan warna putih yng baru. Begitu juga dengan jarum jam pada menara. Sayang nya plak batu asas yang diletakkan di bawah bangunan ini telah hilang sewaktu kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Foto menara jam Atkinson pada setem 50 sen Pejabat Pos Malaysia

Pada tahun 1983 tapak ini telah digazetkan sebelum diletakkan di bawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997 dan Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977. Pada 23 Febuari 2018 Menara Jam Atkinson diletakkan sebagai salah satu daripada 24 lokasi bersejarah yang diletakkan di bawah Enakmen Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (Pindaan) 2017.

Sewaktu sambutan ulang tahun ke 100 tahun pembinaan menara jam ini pihak muzium cuba menghubungi waris dan kaum keluarga kepada mendiang Francis George Atkinson untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah berkenaan namun usaha berkenaan gagal.

20 April 2020 ini Menara Jam Atkinson bakal meraikan ulang tahun ke 115 nya dalam suasana negara yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bangunan bersejarah ini dianggap unik kerana mampu bertahan dengan kesan daripada perang dunia ke-2 yang banyak membinasakan bandar-bandar utama di Borneo Utara pada masa itu.

Menara jam Atkinson masih tegak berdiri biar lebih seabad telah berlalu. Menjadi saksi bisu kepada pembangunan pesat Bandar Raya Kota Kinabalu.

PENUTUP

Apakah pengajaran paling penting yang kita boleh perolehi daripada tragedi ini? Ya, jangan sesekali memandang remeh pada sebarang penyakit berj4ngkit yang boleh membawa m4ut seperti Malaria ini.

Bahkan tahukah anda, Sabah secara purata telah mencatatkan peningkatan mendadak kepada sejenis lagi j4ngkitan Malaria daripada monyet yang dikenali sebagai Palsmodium Knowlesi. Nyamuk betina dari spesies Apholeus dikenal pasti memindahkan p4rasit ini daripada monyet kepada manusia.

WHO dalam salah satu daripada laporan mereka pernah menyatakan j4ngkitan Malaria di Malaysia khasnya Malaria Monyet banyak dilaporkan berlaku di Sabah Sarawak. Sehingga September 2018 pula sebanyak 1,975 j4ngkitan Malaria Monyet dicatatkan melibatkan kawasan pedalaman dan berhampiran ladang atau hutan. Antara individu beri5iko  dij4ngkiti w4bak ini adalah golongan penoreh getah, peladang dan mereka yang tinggal berhampiran hutan.

Menara jam Atkinson adalah bukti betapa merb4hayanya impak sesuatu w4bak kepada individu yang dij4ngkiti tidak kira punca dan bagaimana ia tersebar. Sikap sambil lewa masyarakat yang memandang ringan akan hal penting seperti ini juga turut menjadi sebahagian daripada punca selain faktor seperti gaya hidup, lingkungan tempat tinggal dan jenis pekerjaan yang menjadi punca rezeki.

Lihat sahaja bagaimana sikap segelintir rakyat Malaysia saat berhadapan dengan w4bak p4ndemik viru5 korona 19. Jangan apabila keadaan semakin memburuk dan sudah di luar kawalan baharu kita hendak menyesal walhal segalanya sudah terlambat. Sudah terh4ntuk baru hendak tengadah. Tiada rawatan yang lebih baik selain mencegah sebelum p4rah.

Walahualam.

RUJUKAN:

The Sabah Memorial Clock Tower, Commemorating its Centenary, 1905 – 2005, Stella Mo Tan, Sabah Museum.

A Brief History of Malaria and Its Treatment, Infectious Disease: Superbugs, Science, & Society. https://sites.duke.edu/superbugs/module-3/malaria-scourge-of-the-developing-world/a-brief-history-of-malaria-and-its-treatment/

Malaysia, As part of its country-owned and nationally funded malaria strategy, Malaysia has committed to eliminate indigenous human malaria transmission by 2020, WHO. https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/272743/WHO-CDS-GMP-2018.11-Malaysia-eng.pdf

DUN lulus rang undang-undang berkait kebudayaan dan warisan. Utusan Borneo (Sabah)

Sabah gazettes 24 heritage sites, The Edge Market. https://www.theedgemarkets.com/article/sabah-gazettes-24-heritage-sites

1,975 kes malaria monyet dikesan di Sabah sehingga September 2018, Sabah News Today. https://www.sabahnewstoday.com/1975-kes-malaria-monyet-dikesan-di-sabah-sehingga-september-2018/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.