Sepanyol bersama dengan para conquistadors memulakan perjalanan dari sebuah pulau bernama Hispaniola, yang hari ini terletak berhampiran dengan Cuba ke Dunia Baru iaitu Benua Amerika sendiri, terutama di bahagian selatan. Terdapat dua negara berdiri di atas Hisponiola hari ini iaitu Republic Dominican dan Haiti. Mereka mula meneroka tamadun-tamadun yang berdiri di benua Amerika. 

Aztec, sebuah tamadun hebat yang pernah berdiri di benua Amerika. Keagungan empayar ini berdiri sezaman dengan sebuah tamadun bangsa Melayu bernama Kesultanan Melayu Melaka. Berdirinya sama zaman, jatuhnya juga sezaman dengan tamadun Melayu. 

Terima kasih kepada seorang conquistador bernama Hernan Cortes yang bersama dengan kru-kru kapalnya sampai ke Tenochtitlan, iaitu sebuah ibu kota untuk empayar Aztec pada sekitar 1521. Sampainya Hernan Cortes bukannya sekadar menjadi penjajah, tetapi membawa sebuah wabak yang hanya pada 200 tahun kemudian, barulah vaksin untuknya ditemui. Rasanya berdasarkan tajuk besar yang saya paparkan di atas, kita semua tahu bahawa wabak apa yang dibawa oleh Hernan Cotes – wabak cacar atau Bahasa Inggerisnya ialah Smallpox.

Hernan Cortes dikatakan berlayar dari Cuba pada sekitar 1519 Masihi, kira-kira dalam 8 tahun selepas kejatuhan empayar kesayangan orang Melayu iaitu Empayar Melayu Melaka untuk sampai ke Mexico, yang telah ditemui lebih awal oleh penjelajah Sepanyol dari Cordoba. Hanya pada November 1519, barulah Cortes tiba di Tenochtitlan lalu bertemu dengan maharaja Aztec bernama Montezuma. Cortes datang dengan 600 kru kapal serta kuda. 

Pada awal pertemuan antara mereka, orang Aztec menganggap Cortes seumpama Tuhan. Namun, walaupun dianggap sedemikian, Cortes telah menculik Montezuma dan menjadikannya sebagai tebusan untuk ditukar dengan emas dan pertama. Lalu berperanglah antara Cortes dan Aztec. Pada pertempuran pertama. Aztec berjaya menghalau Cortes keluar dari bumi mereka. Namun Cortes tidak pernah menyerah. 

Setahun kemudian, pada tahun 1521, Cortes menyerang empayar ini semula. Kali ini, kelebihan berpihak kepada Cortes kerana wabak Smallpox telah menyerang Aztec. Ia dipercayai dibawa oleh para hamba kulit hitam yang turut bersama dengan Cortes dalam perlayaran kedua ini.

Dicatatkan dalam sejarah, ketika 1518, populasi Empayar Aztec ialah dalam 30 Juta, namun pada tahun 1568, populasi Aztec hanya dalam lingkungan 3 juta sahaja. Antara faktor yang membawa kepada pengurangan sebanyak itu ialah wabak Smallpox yang melanda Aztec. Angka lain pula mengatakan bahawa epidemik Smallpox ini menelan 25 peratus populasi empayar Aztec.

Antara angka 25 peratus itu, salah satu daripadanya ialah pemimpin hebat mereka Montezuma yang telah berjaya mengetuai orang Aztec menghalau Sepanyol. Akibat daripada wabak inilah, Cortes tidak menghadapi masalah seperti kali pertama menyerang Aztec. Mexico akhirnya ditawan lalu kejatuhan Empayar Aztec pun bermula. 

Kalaulah ketika itu, Edward Jenner dengan vaksin Smallpox lahir dari kalangan orang Aztec, nescaya kita mungkin akan melihat sejarah tidak terjadi seperti hari ini. Mungkin orang Mexico dan wilayah Amerika Selatan yang lain tidak akan dilatinkan oleh Sepanyol, bahkan masih mengekalkan kebudayaan pribumi mereka yang sungguh menakjubkan itu.

Rujukan:

Barton, Marc. (2018). Smallpox And The Conquest Of Mexico. Past Medical History.

Kukaswadia, Atif. (2013). What Killed The Aztecs? A Researcher Probes Role of 16th Century Megadrought. A


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.