Wabak Black Death: 200 Juta Nyawa Yang Melayang

79

Wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis, dianggarkan telah meragut kira-kira 75 juta, sehingga 200 juta nyawa manusia ketika berada di ‘zaman kegemilangannya’ iaitu semasa zaman pertengahan dahulu.

Terdapat 3 Manifestasi Wabak.

– Bubonic
– Pneumonic
– Septicemic

Kehilangan nyawa yang sangat besar ini, telah menyebabkan tamadun manusia itu mengambil masa kira-kira 200 tahun, untuk populasi manusia kembali ke jumlah sebelum wabak tersebut melanda.

Sehingga kini, masih terdapat banyak lagi kes-kes wabak dilaporkan saban tahun. Antara “outbreak” terbesar terjadi di zaman moden ini, adalah pada tahun 2014 & 2017 di Madagascar.

Tidak seperti perubatan zaman pertengahan dahulu, kemajuan perubatan moden masa kini, serta penemuan antibiotik dengan mudah merawat jangkitan Yersinia pestis.

Walau bagaimanapun, disebabkan rakyat Madagascar ini kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman, menyebabkan pesakit lewat dalam mendapatkan rawatan. Ratusan kes kematian telah direkodkan.

Tidak seperti virus smallpox, wabak ini sukar untuk dibasmi sepenuhnya. Oleh kerana bakteria Yersinia pestis, menjadikan tikus sebagai “reservoir host”. Tikus-tikus ini seolah-olah berfungsi sebagai tempat penyimpanan bakteria Yersinia pestis.

Anda perlu tahu bahawa, untuk dijangkiti wabak, anda sama ada perlu digigit atau terkena najis vektor (agen penyebaran) yakni kutu, “oriental rat flea” spesies Xenopsylla cheopis, selepas menghisap darah tikus yang mempunyai bakteria di dalam badannya.

Selain itu, water droplets dari batuk pesakit wabak pneumonik serta bodily fluids juga boleh menjangkiti anda.

Tahukah anda, warga yahudi di Eropah dahulu telah dituduh meracun telaga serta kononnya telah menjadi penyebab kepada wabak “Black Death” ini.

Perkara ini seolah-olah menjadi logik masyarakat pada ketika itu. Oleh kerana tidak terlalu ramai orang yahudi yang mati.

Sebaliknya, penjelasan mudah adalah kerana orang yahudi ini sering menjaga kebersihan tempat tinggal dan diri mereka berbanding warga lain.

Berikutan tuduhan itu, ramai juga warga yahudi telah mati dibunuh.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.