Voodoo Asalnya Ialah Agama Kuno Afrika Barat

366

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bila sebut Voodoo, mungkin ramai di antara kita memahami Voodoo hanya sebahagian daripada ilmu hitam, konsep hampir serupa dengan ilmu hitam yang diamalkan di Nusantara seperti Santet Jawa dan mungkin ilmu hitam di Siam, ada patung dengan jarum bertujuan untuk menganiaya mangsa dari jauh selepas membacakan jampi serapah. Kesannya mangsa akan mengalami sakit-sakit.

Sebaliknya tahukah anda sebenarnya tanggapan tentang Voodoo selama ini sebenarnya salah. Hasil dari memberi imej yang salah ini tidak mewakili gambaran yang tepat seperti yang difahami oleh pengamalnya.

Kepercayaan Voodoo

Voodoo merupakan agama kuno etnik-etnik di Afrika Barat seperti di Ghana, Nigeria, Benin dan Togo. Maka tanggapan bahawa Voodoo hanya cabang daripada ilmu hitam adalah tidak benar dan salah. Vodoo lebih dari kepercayaan, ia merupakan cara hidup.

Voodoo/Voudon mempunyai pelbagai elemen budaya, kepercayaan dan amalan peribadi termasuk sistem praktik perubatan tradisional yang diamalkan sejak sekian lama.

Konsep ketuhanan Voudon mempercayai pada kuasa tertinggi yang dikenali sebagai Bondye, dewa pencipta yang tidak dikenali (unknownable).

Ritual Voodoo

Menurut di dalam buku The Encyclopedia of the Paranormal (Prometheus Books, 1996) melaporkan bahawa penganut Voudon menyembah banyak roh disebut sebagai Loa atau Iwa, dimana setiap roh masing-masing mempunyai fungsi dan tanggungjawab tertentu.

Sebagai contoh, jika anda seorang petani, anda mungkin memberi pujian dan menyembah kepada semangat pertanian. Jika anda menderita dalam percintaan yang tidak berbalas, anda mungkin akan menyembah kepada Erzulie Freda untuk mengembalikan semangat cinta, dan sebagainya.

Pengikut voudon juga percaya pada tenaga sejagat dan jiwa yang dapat meninggalkan tubuh semasa mimpi. Aku dapati bahawa konsep kepercayaan puak Voudon ini hampir serupa dengan kepercayaan Animisme yang pernah dianuti oleh nenek-moyang Melayu sejak dahulu.

Sejarah Voodoo

Walaupun tak ada tarikh tepat mengenai asal kewujudan Voudon ini, tetapi secara umumnya sepakat bersetuju bahawa akar kepercayaan ini lahir di Afrika Barat atau kalau lebih spesifik dalam dunia moden hari ini ia terletak di negara Benin, tak jauh dari negara Togo dan Ghana.

Voodoo membawa maksud ‘spirit’ atau semangat roh dalam bahasa puak Fon.

Berdasarkan pemerhatian melalui pembacaan aku tentang Voodoo ini, jadi benar lah seperti dinyatakan bahawa Voodoo di Afrika Barat berkembang dari tradisi kuno pemujaan dan animisme nenek moyang.

Perkara ni mengingatkan aku pada tarian tradisional Mek Mulung, iaitu sebuah teater tradisi masyarakat Melayu. Sebelum ia dikomersialkan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Ritual sembah guru berlangsung selama 3 malam berturut-turut, jadi pada malam terakhir memang ada persembahan kepada kuasa ghaib, orang-orang sakit akan diusung masuk ke dalam bangsal untuk berubat. Dalam hal Voodoo ni hampir sama juga, ada ritual untuk berubat secara tradisional. Kedua-duanya mempunyai elemen Animisme yang kuat.

Peralatan Ritual Voodoo

Bentuk Voodoo yang diamalkan hari ini, bagaimanapun, adalah hasil dari salah satu episod paling tidak berperikemanusiaan dalam sejarah moden – perdagangan hamba Afrika yang berlaku antara abad ke-16 dan ke-19.

Bila hamba dari Afrika dibawa ke Benua Amerika untuk bekerja di sektor perladangan. Mereka tidak meninggalkan tradisi ini, malah turut membawa agama ini ke Amerika.

Peta Negara Republik Benin

Namun begitu, ‘Ketuanan’ orang putih sudah bersedia dengan perancangan lain terhadap amalan agama terhadap hamba mereka.

Pada tahun 1685 undang-undang baharu telah diperkenalkan berkenaan larangan terhadap amalan agama Afrika. Tuan kepada hamba-hamba wajib mengkristiankan hamba mereka dalam tempoh lapan hari setibanya di Haiti.

Walaupun hamba-hamba Afrika telah berjaya dkristian, hamba-hamba Afrika ini tetap tak berputus asa untuk meninggalkan tradisi, malah terus mengangkat amalan nenek-moyang mereka sejak dari Afrika. Kesan dari itu menghasilkan beberapa hasil yang unik. Misalnya Orang Suci Katolik/Wali(Catholics Saint) dikenal pasti sebagai Voodoo Iwas(spirit). Seorang pengamal Voodoo Haitian bernama Saint Peter diiktiraf sebagai Papa Legba, kononnya beliau penjaga pintu dunia semangat roh.

Boleh disimpulkan bahawa kepercayaan ini mungkin berlaku akibat kesan akulturasi budaya dan kepercayaan setempat sebab ia telah menghasilkan sebuah sinkretisme. Tak pelik jika pengamal boleh ber’iman’ pada dua agama/kepercayaan yang berbeza iaitu Kristian dengan amalan tradisi nenek-moyang.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.