Visi Dan Misi Wancorp

0
83
views

Sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Johor Corporation (JCorp), visi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) amat jelas iaitu memartabatkan WANCorp sebagai institusi waqaf yang memperkasa ekonomi ummah. Dan jika dilihat secara terperinci, visi ini boleh dipecahkan kepada beberapa perkara:

  1. Menjadi sebuah entiti yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai Penerima, Pengurus dan Pentadbir wakaf-wakaf dan juga untuk bertindak sebagai ‘Maukuf Alaihi’ saham-saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan daripada waqif-waqif termasuk JCorp khasnya, umat Islam amnya dan syarikat atau badan dan organisasi lainnya serta menjadi syarikat pemegang pelaburan.
  2. Memperjuangkan dan memartabatkan ekonomi umat Islam secara amnya, terutama dalam soal menghimpun, menambah nilai aset dan pelaburan WANCorp secara tidak langsung, melalui WANCorp di dalam JCorp dan Kumpulan JCorp, serta menerusi penubuhan dan pengembangan aktiviti bisnes syarikat JCorp amnya.
  3. Bertindak melaksana dan menyempurnakan manfaat-manfaat WANCorp yang diraih menerusi pelaburan, sumbangan, infaq dan pembahagian bagi tujuan dan faedah sebagaimana yang ditentukan seperti berikut:a) menampung aktiviti-aktiviti kebajikan yang berkait dengan institusi masjid dan menyumbang kepada kemakmuran institusi tersebut.b) menyumbang kepada perjuangan fisabilillah iaitu perjuangan di jalan Allah dan memenuhi tuntutan fardu kifayah.|

    c) menyumbang kepada kejayaan dengan melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar iaitu melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya.

  4. Menjalankan peranan secara sukarela sebagai agen-agen hospital dan pusat-pusat rawatan serta memberikan khidmat-khidmat yang berkaitan dalam Malaysia atau tempat-tempat lain dan menyediakan khidmat pentadbiran, pengurusan, khidmat nasihat kewangan dan khidmat-khidmat berkaitan pertubuhan-pertubuhan berkenaan berlandaskan prinsip-prinsip syarak.
  5. Menjayakan tanggungjawab sosial korporat berteraskan ajaran Islam (CSR Islam) Kumpulan JCorp, khasnya menerusi program-program yang bertujuan mengimarahkan dan meningkatkan peranan sosial Masjid An-Nur Kotaraya dan rangkaian-rangkaian masjid, Klinik Waqaf An-Nur, Hospital Waqaf An-Nur, Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin Darul Hanan serta program CSR lainnya yang dikendalikan oleh Kumpulan JCorp dan anak syarikatnya.
  6. Menjayakan program pembangunan insan dan modal insan Kumpulan JCorp termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran profesional, kemahiran pengurusan dan pengalaman bisnes anggota pekerja Kumpulan JCorp dan keluarga serta umat Islam amnya.
  7. Menjayakan program-program khas ditujukan untuk membina daya keusahawanan serta program-program membudayakan bisnes.

Misi WANCorp ialah menjadikan WANCorp sebagai satu institusi wakaf berdikari dan profesional selaras dengan agenda dan wawasan kerajaan. Untuk mencapainya, berikut pecahan misi WANCorp:

Waqaf Saham

  1. Menjalankan perlaksanaan penerapan nilai-nilai Islam di dalam pengurusan dan pentadbiran korporat JCorp dan syarikat-syarikat di dalam kumpulannya.
  2. Menjalankan kajian pendekatan kontemporari dan membuat cadangan yang bersesuaian untuk perlaksanaan di JCorp selari dengan objektif sebuah organisasi korporat Islam.
  3. Menjadi pusat rujukan utama berkaitan dengan hal-ehwal pengurusan bisnes dalam Islam dan lain-lain berkaitan.
  4. Merancang, menyelaras segala aktiviti keagamaan dan menerapkan nilai-nilai Islam di JCorp dan syarikat-syarikat di dalam kumpulannya.

Previous articleEkuinoks September: Matahari Tepat Di Atas Garisan Khatulistiwa
Next articleTatu Penjenayah Rusia
Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.
SHARE