Sejak dari dulu lagi, kita dan santau ni memang cukup sinonim. Yelah sikit-sikit nak santau. Nampak kawan tu berjaya sikit terus hantar santau, bertikam mulut sikit pun nak hantar santau dan kena reject dengan crush boleh tergamak nak hantar santau. Paling gila sekali hantar santau dekat orang yang tak dikenali sebab nak test power. Dekat British, tak nak pulak deme ni hantar santau.

Kalau santau makanan tak berjaya, terus nak hantar santau angin. Memang gila santau betul. Tapi bukan orang kita je suka menyantau sebab orang Cina dekat Hong Kong pun kuat santau juga. Malah kerajaan deme rilek je jadikan santau ataupun lebih dikenali sebagai villain hitting sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara. Nampak tak, deme lagi gila daripada kita.

Apa yang dimaksudkan dengan villain hitting?

Ritual buat santau angin di Hong Kong

Villain hitting ni merupakan santau angin yang diamalkan oleh masyarakat selatan China untuk melawan penjenayah. Apabila revolusi budaya terjadi di China pada era 70-an, kesemua amalan silam yang bertentangan dengan komunisme dan sains telah dihapuskan. Antara yang menjadi mangsa adalah villain hitting. Katanya santau angin ni tak akan beri apa-apa kemajuan kepada negara China.

Nasib baiklah ketika itu Hong Kong masih lagi duduk di bawah jajahan British. Kesemua bomoh yang mengamalkan villain hitting telah berpindah ke Hong Kong bagi memastikan santau angin ini tidak pupus begitu sahaja.

Macam mana ritual villain hitting dijalankan dan adakah sama macam santau orang kita?

Mula-mula sekali tok bomoh akan bakar kemenyan dan lilin sebagai tanda pengorbanan kepada dewa-dewa. Sehelai kertas akan diberikan bertujuan untuk korang tulis nama dan tarikh lahir orang yang ditarget. Nak lagi berkesan, korang kena letak gambar orang yang ditarget. Sekarang ni dah senang, ambil je dekat facebook.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tok bomoh pun ketuk kertas tersebut beberapa kali menggunakan kasutnya. Selepas itu korang dan tok bomoh akan memegang kertas Gui Ren untuk berdoa dan memohon keberkatan. Seterusnya tok bomoh akan bakar kertas itu sebagai simbolik penyerahan harta kepada tuhan mereka. 

Ritual akan diakhiri dengan cast moon black yang memerlukan korang bertanya apa-apa soalan kepada tok bomoh. Tapi tok bomoh akan jawab ya atau tidak sahaja. Habis semua upacara, korang akan diminta beri pengeras kepada tok bomoh. Jangan risau sebab tok bomoh Hong Kong tak akan minta pulut dengan telur ayam hutan. Korang cuma perlu bayar semurah RM29. Kalau nak lagi berkesan boleh ambil pakej yang berharga RM2500. Ingat ni semua informasi semata-mata, korang jangan main gila tiba-tiba nak buat.

Relevan lagi ke villain hitting ni? Sebab Hong Kong adalah antara pusat kewangan Asia dan metropolitan yang sangat maju.

Sangat relevan sebab hampir setiap tahun, ribuan orang telah datang ke tok bomoh untuk dapatkan perkhidmatan villain hitting. Malah tok bomoh dekat sana diberikan tauliah dan lesen oleh kerajaan untuk mereka buat villain hitting. Gila betul, bandar yang sangat maju seperti Hong Kong pun boleh sokong macam gini.

Apa-apapun, kita kena ingat arus kemajuan sesebuah kawasan itu tidak akan mempengaruhi sebahagian daripada penghuninya untuk tinggalkan amalan lama. Mungkin mereka merasa amalan itu patut dikekalkan agar anak cucu tahu dari asal usul deme.


Korang nak tahu lagi banyak benda menarik tentang China dan Hong Kong? Jom baca KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli di https://bit.ly/3emM5EF

RUJUKAN

Hong Kong Guide. (n.d). Villain hitting, Chinese magic in Hong Kong. Dipetik daripada https://www.hongkonguide.com/single-post/hong-kong-attraction-which-would-bring-you-good-luck-villain-hitting

Yam, M., & Su, A. (2020, Mac 27). Bad luck? Lost job? Coronavirus outbreak? Hong Kong’s ‘villain-hitters’ beat all fears away. Los Angeles Times. Dipetik daripada https://www.latimes.com/world-nation/story/2020-03-27/bad-luck-lost-job-coronavirus-outbreak-in-hong-kong


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply