Kedatangan agama Islam, Kristian dan Judaisme telah mengukuhkan pemahaman dunia tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Esa. Hanya Tuhan ini sahaja yang tahu tentang hukum alam.

Apa yang akan berlaku esok takkan mungkin boleh tahu kelmarin, sekalipun dengan cara menilik nasib. Belum tentu tilikan itu tepat.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Jika tempoh 48 jam pun tidak boleh diketahui, bagaimana pula dengan kia.mat yang entah bila berlaku? Namun ada satu persamaan antara tiga agama langit ini dengan budaya Viking: semua fikir kia.mat akan berlaku pada bila-bila masa sahaja, tertakluk pada petanda-petanda tertentu.

Viking percaya yang satu hari Ragnarök akan berlaku. Peristiwa ini takkan berlaku secara tunggal. Sebaliknya ia merupakan satu proses panjang, mungkin bermula dengan satu per.ang besar.

Dalam peper.angan ini, banyak dewa-dewi – Odin, Thor, Tyr, Freyr, Heimdallr, Loki dsb.) akan terbµnµh.

Kemudian dunia akan ditenggelami air. Dewa-dewi yang hidup akan berkuasa, dalam dunia yang hanya sepasang manusia terselamat.

Maka mitologi Norse percaya yang Ragnarök akan melahirkan dunia baru. Cuma bagi sesiapa yang hidup pada masa itu, Ragnarök sememangnya peristiwa kia.mat.

Agama-agama langit percaya yang Tuhan Yang Maha Esa tidak boleh dibµnµh. Jadi semua ciptaan bagaikan kembali kepada-Nya, lain dengan Ragnarök.

Inilah kepercayaan yang pernah dipegang sebuah populasi di sekitar Scandinavia.

Berkurun Kemudian

Mitologi Norse sudah tenggelam pada zaman ini. Majoriti bangsa Eropah sama ada beragama Kristian… atau tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Tetapi ini tidak menjadi penghalang untuk mereka kaji tentang budaya Norse.

Pakar arkeologi baru-baru ini menemui sebuah artifak di Iceland, dipercayai daripada abad ke-9. Sekitar 1,100 tahun lalu, sebuah gunung berapi telah mel.etus.

Isi perut bumi daripada gunung ini menyimbah tinggi dan membanjiri sebuah gua. Selepas lava tersebut sejuk, gua ini dikunjungi sekumpulan Viking.

Mereka menyusun batu untuk membuat bentuk kapal. Dan mereka tidak bertangan kosong, membawa babi, kambing, kuda dan lembu. Haiwan-haiwan ternakan ini diletakkan dalam lingkaran batu ini.

Dan kemudian semua diba.kar dengan api sangat marak. Tidak pasti sama ada haiwan ini diba.kar hidup-hidup. Tetapi apa yang pasti, mereka sebenarnya menyerahkan jumlah haiwan ini sebagan kor.ban untuk Surtr.

Untuk pengetahuan semua, Surtr bukanlah dewa dalam mitologi Norse. Figura ini merupakan seekor jötunn, iaitu bangsa yang terdiri daripada gergasi. Surtr dikatakan sangat gagah, dengan sebi.lah ped.ang yang boleh membµnµh dewa Freyr.

Jadi kumpulan Viking ini berharap yang kor.ban mereka boleh menangguhkan Ragnarök, dengan cara memujuk Surtr supaya tidak menga.muk. Dengan erti kata lain, Viking membayar ra.suah kepada Surtr bagi pihak dewa-dewi.

Peristiwa Ragnarok.

Ataupun, mereka menyerahkan kor.ban ini untuk memberi kekuatan kepada Freyr. Entah apa yang mereka fikir: mungkin haiwan ialah produk suplemen kepada seorang dewa. Andainya babi yang dikor.bankan boleh bercakap, entah apa diseranahnya.

Arus Kristianisasi Mengakhiri Budaya Ini

Penemuan ini tidak mengejutkan saintis. Memang banyak gua ada tinggalan purba sebegini. Semua berusia melebihi 1,000 tahun, iaitu sebelum kedatangan agama Kristian di bumi Iceland. Bangsa Viking sudah berhenti menyerahkan apa-apa kor.ban dalam gua.

Cuma mereka masih lagi dapat menghubungkan gua dengan hari kia.mat. Dalam tradisi Iceland, gua dikatakan tempat Syaitan akan timbul pada Hari Kia.mat.

Jadi mereka tukar Surtr jadi Syaitan pula. Dan Syaitan tidak perlu lembu sebagai kor.ban. Tidak pasti kenapa… mungkin sebab Syaitan ada tanduk barangkali.

Usaha Viking untuk menangguhkan Ragnarök walau bagaimanapun menunjukkan betapa mereka takut pada peristiwa tersebut.

Dalam keadaan tidak mengenal agama tauhid, memang perkara ini sangat menakutkan. Bayangkanlah – Thor yang dikatakan menguasai ki.lat, guruh dan ribut (tidak lupa juga status Thor sebagai pelindung manusia) pun akan ma.ti.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Menurut syair Völuspá, Thor akan membµnµh seekor ular gergasi pada ambang Ragnarök. Ular ini akan ma.ti… tetapi 10 langkah kemudian, Thor akan tumbang kerana bi.sa ular tersebut.

Kema.tian pelindung umat manusia semasa kebangkitan Surtr tentu sekali menggerunkan semua. Dan tidak pelik pun jika Viking menyerahkan kor.ban supaya tidak dibµnµh Surtr.

RUJUKAN:

Jarus, O. (2021, April 27). Vikings created a massive boat in this volcanic cave to ward off the (ditapiskan). Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.