Moving Forward As One

Vicenzo: Drama Terbaik Bahaskan Mengenai Realpolitik Dan Machiavelli

1,408

“Il male è grande e vasto” yang Vincenzo sebut di hujung drama adalah word play kepada “Il mare è grande e vasto” (the sea is great and wide).

Dari Psalm 104:25 “the sea is great & wide, teeming with life”. Tukar “mare” (laut) jadi “male” (kejahatan).

Seolah-olah nak ajak penonton membayangkan kejahatan tu ibarat lautan yang dalam, gelap-gelita, diliputi oleh ombak yang membadai manusia yang lemah dan helpless (Teringat nasib penyelidik RDU-90 dalam Episod 4).

Bila diterjemahkan ke dalam BI jadi “evil is prevalent and vehement” (악은 견고하며 광활하다) supaya dapat kontra dengan “justice is weak and empty” (정의는 나약하고 공허하다) yang disebut lebih awal oleh Vincenzo.

So apa yang nak disampaikan?

Mesej drama Vincenzo konsisten dari awal sampai akhir, iaitu bahawa kebaikan adalah rapuh dan lemah berbanding kejahatan.

Untuk memenangkan pihak yang baik, tahap kejahatan tertentu (certain degree of evil) adalah perlu.

Jalan cerita drama ni bermula dengan kem.atian tragik Hong Yu-chan di tangan Babel, berakhir dengan kemenangan Vincenzo ke atas Babel.

Hong Yu-chan seorang yang selfless, adil, menghormati undang2, manakala Vin seorang mafia yang tak hirau pasal soal undang-undang atau keadilan.

Jadi penulis drama kira berjaya menyampaikan naratif “only evil can punish evil” (악은 악으로 처단한다). “Good” macam Hong Yu-chan tak dapat tumpaskan kejahatan, hanya “evil” seperti Vin mampu capai misi tersebut, sebab “un diavolo scaccia l’altro” (one devil chases another).

Tapi bukan bermaksud drama ni suruh kita jadi evil, mengharuskan keganasan untuk lawan benda yang kita anggap tak adil. Jangan pula pergi tiru Vin cabut kuku orang pakai lighter.

Ia cuma nak tonjolkan bahawa garis antara baik/jahat tak se-jelas yang kita bayangkan. Walaupun watak Vin bukan “hero” yang tipikal, tapi tindakannya “serves the greater good”, dan dia adalah “lesser evil” (syaitan kecil) berbanding syaitan besar.

Berbeza dengan budaya Barat yang dualisitik, takrifan Asia Timur tentang hero/villain lebih kabur. Perkataan “villain” yang Vin pakai iaitu 악당 (agdang, 惡黨) lebih dekat dengan maksud “gangster” (黨 = gang), tak macam Babel yang level 악마 (agma, 惡魔 = 惡 evil + 魔 demon).

Sebelum Vin hukum Choi Myung-hee, dia membandingkan diri dengan dewa Vaisravana yang memimpin yaksha dan rakshaha (asal-usul perkataan raksasa dalam BM). Dalam mitologi Hindu-Buddha, mereka ni golongan mahkluk yang ganas tapi mereka bukan makhluk jahat.

Kefahaman macam ni mungkin agak mengejutkan bagi orang yang “baik-baik sahaja”. Tapi ia tidak asing bagi orang yang mendalami sains politik, terutamanya bila belajar tentang doktrin realpolitik.

Kebanyakan pemimpin yang disanjungi sebenarnya adalah ruthless & merciless. Tapi kadang mereka kena jadi macam tu demi kebaikan awam. Tapi adakah ia justify semua kejahatan yang dilakukan? Itulah dilema yang kita akan alami kalau kita selami realpolitik & mesej Vincenzo ni.

Vin cakap misi dia melawan penjahat umpama “membersihkan sampah”. Tapi siapa yang bagi hak dia sebagai penentu siapa yang sampah, siapa yang bukan sampah. Apa jaminan dia tak salahguna kekuatannya?

Tapi tu dah agak berat, so cerita just stop kat Ep20, bagi penonton kekal kagum dengan Vincenzo the anti-hero. Overall, drama ni berbaloi untuk difollow. Kembang otak, tak lagha. Tak hairan ramai puji drama ni benchmark baharu bagi K-drama. Cuma iklan Kopiko tu banyak sangat.

Ruangan komen telah ditutup.