Vertu – Telefon Bimbit Untuk Orang Kaya Raya

3,367

Pernah dengar jenama Vertu? Model paling murah telefon ini sebenarnya berharga kira-kira bersamaan dengan 5-10 unit iPhone. Pertama, siapa yang mengasaskannya?

Vertu dibangunkan oleh Nokia pada tahun 1998, dengan tujuan untuk memberikan gambaran kemewah dalam telefon bimbit mereka. Menurut The Economist, konsep itu adalah untuk memasarkan telefon secara eksplisit sebagai aksesori fesyen, dengan idea –
“Sekiranya anda dapat membelanjakan USD20,000 untuk jam tangan, mengapa tidak pada telefon bimbit? ”

Vertu diilhamkan oleh Frank Nuovo, yang merupakan Ketua Rekaan di Nokia

Pada akhir tahun 2013, syarikat ini mempunyai sekitar 350,000 pelanggan, dan telefon itu telah dijual di 500 kedai jam eksklusif. Tetapi sekarang Vertu sudah pun muflis. Banyak kilang-kilangnya dipercayai telah dijual. Dan menurut sumber pada Mei 2020, kilangnya di England telah pun dirobohkan.

Namun, ia akan sentiasa dikenang sebagai pembawa obor dalam sejarah telefon bimbit ultra-mewah.

Apa yang istimewa dari telefon bimbit ini:

1. Skrin tidak pecah:

Skrinnya sepenuhnya terbuat dari kristal Sapphire 130 karat, yang merupakan bahan kedua terkuat di Bumi, selepas berlian. Vertu dengan gahnya pernah berkata bahawa telefon keluaran mereka boleh menahan bebanan bola besi seberat 200g yang jatuh dari jarak 1 meter (dari atas) menghempas telefon itu.

Dan satu-satunya perkara yang sekurang-kurangnya dapat memecahkan telefon Vertu adalah Berlian.

2. Sarung belakang yang diperbuat daripada kulit terbaik:

Sarung belakang terbuat dari kulit haiwan berkualiti terbaik, dipilih dengan teliti dan diambil dari Eropah. Ia kelihatan seperti diraja dan terasa hebat ketika disentuh. Baunya juga sedap. Cuma saya tidak pasti kulit binatang apa yang digunakan.

3. Rasa Pegang Yang Premium dan Hebat:

Badannya diperbuat dari bezel yang terdiri daripada logam Titanium dan Aluminium tahan lama berkualiti tinggi. Bahagian ‘ear-piece’ mempunyai bantal seramik (ceramic pillow) di sekelilingnya, yang memperkuat audio yang keluar. Anda akan berasa seronok apabila memegang telefon bimbit Vertu di tangan anda. Telefon ini terasa sedikit berat, 2 kali lebih berat daripada telefon pintar biasa.

4. Perisian yang sentiasa ditambah baik

Ia juga ada menggunakan OS Android (pada model Vertu Ti dan ke-atas, bermula pada 2013) dengan kemas kini terbaru dengan segera.

Telefon mereka juga dikatakan mempunyai beberapa ciri khas yang menjadikan Android berfungsi dengan lebih pantas, dan efisien serta memberikan anda ciri keselamatan terkini dan kelebihan eksklusif Vertu yang lain.

Untuk makluman, Constellation Quest dari Vertu adalah telefon pintar mereka yang pertama, yang dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY penuh yang terbuat dari kunci terpahat dengan ‘sapphire’. Telefon model itu diumumkan pada bulan Oktober 2010, ianya serupa (perisian) dengan Nokia E72 dan menjalankan sistem operasi Symbian S60.

5. Audio dari Dolby yang luar biasa:

Mereka meletakkan dua pembesar suara Stereo menghadap ke hadapan – di bahagian atas dan bawah telefon. Bunyi yang datang dari rekaan Dolby Digital Plus terbaru dari pembesar suara mereka terasa seperti anda berada di hadapan punca bunyi (bercakap secara langsung atau dalam konsert secara langsung).

Mikrofon memberikan pembatalan bunyi (voice cancellation) yang sangat baik. Nada dering berkualiti mereka digubah secara eksklusif oleh London Orchestra. Oleh sedemikian, anda tidak menjumpai nada dering unik anda dengan yang lain.

Saya rasa ni antara ciri eksklusif yang hebat. Belum pernah lagi dalam drama TV3 yang watak-watak seperti Tan Sri atau anak VIP yang mampu menggunakan telefon Vertu, asyik la bunyi nada-dering iPhone… kata ada projek berjumlah 60 bilion yang dibuat secara rundingan terus, dengan jumlah pekerja ratusan ribu, takkan-lah telefon Vertu tak mampu beli… kan?

6. Kamera Hebat:

Vertu telah memasang kamera Hasselblad ke dalam telefonnya. Hasselblad adalah jenama fotografi Profesional yang paling terkenal di dunia. Sukar untuk anda menemui cacat cela pada karya Fotografi mereka.

7. Sokongan SIM satu dunia:

“Apa yang istimewa dari SIM khas Vertu?”

Jawapannya adalah, setiap telefon bimbit menyokongnya.

Tidak seperti telefon biasa, Vertu menyokong hampir semua jalur GSM di dunia. Oleh itu, jika anda pergi ke mana-mana negara dan anda boleh terus menggunakan kad SIM yang ada pada negara tersebut, tidak perlu menukar telefon.

Ini menjadikannya Vertu sememangnya telefon untuk pengembara.

8. Paparan yang luar biasa:

Ia mempunyai paparan WQHD AMOLED. Dengan PPI 530+ yang mengagumkan, anda dapat melihat huruf, gambar dengan ketepatan yang sempurna. Paparannya mempunyai kaca tahan calar yang melindunginya.

9. Kesinambungan Tanpa Wayar Yang Terpantas:

Vertu memasang versi terbaru Bluetooth, Wi-Fi dan NFC. Ini memberikan kelajuan untuk pemindahan data dan muat turun yang paling pantas. Ciri NFC membolehkan pengguna membuat transaksi selamat dan membenarkan masuk ke tempat persendirian mereka untuk sebarang urusan peribadi.

10. Penyulitan terkuat:

Dalam soal privasi, anda boleh yakin dengan Vertu.

Syarikat ini menyediakan Enkripsi End-to-End yang tinggi pada semua panggilan, mesej, dan e-mel anda yang dikuasakan oleh ‘Silent Circle’. Kecuali anda berkongsi data anda, tidak ada yang akan mengetahui apa yang ada di telefon anda.Syarikat Silent Circle adalah antara syarikat terulung dalam penyedia keselamatan persisian, 10 kali lebih hebat dari Blackberry!

11. Ciri Concierge 24/7: (Ciri paling menarik)

Jika anda pernah melihat telefon Vertu, anda akan perasan ada butang warna merah yang dipanggil Ruby Stone di sebelahnya.

Apabila anda menekannya, anda akan disambungkan ke perkhidmatan concierge eksklusif Vertu. Ia seperti pembantu peribadi anda yang sebenar, tidak seperti Siri dan Alexa.

Anda masih akan mempunyai Pembantu Google, seperti Android. Terdapat kakitangan yang berdedikasi menunggu panggilan anda. Anda boleh menyelesaikan perkara anda oleh mereka. Tahun pertama concierge adalah percuma, tetapi kemudian, anda perlu membayar sebanyak USD3,000 setahun, lebih kurang 2/3 iPhone!

Anda boleh meminta mereka untuk memesan meja restoran untuk anda, memesan barang makanan, barang dan perkhidmatan ke rumah anda, dapatkan maklumat tertentu, pesan tiket untuk perjalanan, filem, konsert, rancangann khas dan acara, dan banyak lagi!

Anda diberi akses VIP ke pelbagai kelab sekiranya anda memiliki Vertu. Anda dilayan dengan penuh hormat oleh eksekutif penjagaan pelanggan Vertu Concierge. Pertuturan mereka juga sangat sopan dan profesional.

Terdapat satu kejadian ketika seorang lelaki meminta mereka menempah meja restoran pada pukul 11:00 pagi. Tetapi restoran biasanya dibuka pada pukul 12:00 pada waktu tengahari dan apa yang terjadi adalah Vertu Concierge berjaya meyakinkan restoran untuk memaksa mereka membuka restoran pada jam 11:00 pagi, eksklusif untuk pelanggan itu.
Vertu, sebagai salah satu pembuat telefon bimbit termahal, saya merasakan Vertu mumngkin perlu mempunyai OS sendiri, seperti iOS, Windows atau OS Harmony terkini. Namun, ciri-ciri yang diberikannya kepada para pelanggannya hebat dan tiada tandingannya.

Pramutamu Vertu (Vertu Conciege) adalah ciri pembunuh yang tidak pernah disediakan, atau mungkin juga disediakan oleh pengilang lain!

Vertu sememangnya sahabat baik orang kaya.

Adakah semua yang Vertu ada itu berbaloi dengan harga USD6,000 – USD20,000?

Mungkin ya. Mungkin tidak. Itu bergantung pada keputusan dan penggunaan anda.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.