Vercingetorix: Simbol Perpaduan Perancis Yang Pertama

0
269
views

Ketika Empayar Rom sedang meluaskan tanah jajahannya ke atas Gaul, di mana ia merupakan sebuah tanah yang merupakan pemangkin kepada sempadan Perancis moden, dan juga termasuk bahagian-bahagian yang sekarang Jerman serta Belgium. Panglima ulung Rom, Julius Caesar telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap puak-puak di Gaul.

Dengan mempergunakan tenaga serta sumber mereka bagi menampung kemaraan tentera Caesar yang berlegar di sekitar Gaul, seorang ketua dari puak Averni bangkit untuk melawan ketamakan imperialis Rom.

Vercingetorix dilahirkan pada tahun 75 SM dan merupakan anak lelaki Celtillus, seorang bangsawan Arvernian (salah seorang yang paling kuat dari puak-puak purba Gaul) yang, menurut Caesar, pernah “memegang keunggulan seluruh Gaul.” Celtillus, bagaimanapun, telah dibunuh oleh abangya di atas motif rasa cemburu apabila mereka mendapati bahawa dia mahu menjadi Raja Gaul yang akan menyemai perpaduan antara puak, ini merupakan sesuatu kekurangan yang sebenarnya dikesali oleh suku-suku Gallic apabila sandal-sandal tentera Rom berpijak di tanah mereka.

Dalam keadaan puak-puak Gaul yang berbalah sesama sendiri, Caesar mengambil peluang ini untuk melakukan lagi kerosakkannya di atas nama Romanisasi bagi seluruh Gaul.

i. Gaul, serta puak-puak Gaul lain mengikut kawasan.

Akan tetapi, kebanyakkan puak Gaul, menentang penaklukan Caesar, dan biasanya melalui pemberontakan yang tidak teratur seperti serang hendap, telah dilakukan.  Vercingetorix, menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin semulajadi dari usia muda, cuba untuk memulakan penyatuan dengan menggabungkan sukunya sendiri, Arverni, tetapi ada juga puak Gaul yang menentangnya.

Vercingetorix melihat ini sebagai satu ancaman lantas beliau mengadakan konspirasi rahsia bersama-sama puak yang lain untuk menyerang Rom dan sekutunya secara sistematik. Pos kawalan Rom telah diserang secara tiba tiba, para pedangang Rom juga telah diserang serta perancangan serangan ke atas kota Narbo yang terletak di kawasan Transalpine Gaul, di persempadanan Gunung Alps.

Sebagai seorang yang memahami strategi tentera Rom. Beliau menggunakan prinsip Fabian, iaitu, suatu strategi di mana atrisi memainkan peranan penting bagi melemahkan semangat juang tentera. Ketiadaan sumber rangsum yang mencukupi akan melemahkan moral tentera yang berperang. Hanya dengan cara ini tentera Rom yang dapat dilumpuhkan akibat terputusnya bekalan makanan. Beliau juga menyerang puak-puak yang menyumbang tenaga kepada Rom dengan sumber makanan dan perwira-perwira mereka. Sebanyak tiga puak telah diserang oleh Vercingetorix secara serentak dan tindak-tanduk ini telah mengundang perhatian Caesar yang sedang berehat di Itali.

Dengan mengumpulkan sebanyak mungkin puak-puak Gaul, Vercingetorix telah berjaya menggulingkan puak Gaul , para bangsawan yang bersekongkol dengan Rom. Vercingetorix kemudiannya diiktiraf sebagai Raja Gaul. Melalui pimpinannya, Vercingetorix telah merayu kepada puak-puak jiran untuk bergabung bersama untuk memerangi orang Rom, dan dia kemudian sekali lagi dilantik sebagai panglima tertinggi tentera Gallic yang baru bersatu.

Caesar meminta tenteranya yang berkempen di Gaul untuk memberhentikan kekacauan yang berlaku. Titus Labienus, kapten tentera Rom yang berada di Gaul telah mengarahkan auxilari puak Gaul, Saverni yang masih berpihak pada mereka untuk menamatkan krisis yang berlaku. Setibanya mereka di kawasann konflik, mereka berpatah balik kepada beliau dengan alasan bahawa kawasan itu terlalu bahaya untuk dilalui. Labieinus melaporkan hal ini kepada Caesar. Mengesyaki sesuatu yang aneh, Caesar telah mengumpul kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa pengawal peribadi dan menuju ke dalam kawasan pedalaman Gaul.

Dikatakan Caesar dan pengawal peribadinya menyamar sebagai puak Gaul untuk melepasi kawasan Gaul dengan mudah. Ketika Caesar dalam perjalanan ke Gaul, suatu kota Rom di bahagian Gaul Transalpine telah diancam oleh segerombolan tentera Gallic. Mereka berangappan bahawa Caesar tidak akan mengambil risiko untuk menyerberangi Alps dan membiarkan mereka. Ternyata tanggapan itu salah apabila pembawa utusan tiba dari pasukan tinjauan berkuda bahawa Caesar berjaya melepasi Alps dan dalam perjalanan untuk mempertahankan kota Narbo.

Kini strategi Vercingetorix telah ditambah dengan konsep ‘bumi-hangus’ yang membakar kota-kota serta sumber makanan seperti kebun. Vercingetorix percaya kekuatan Rom dapat dilemahkan jika tidak mempunyai sumber untuk bekalan makanan. Selain itu, Vercingetorix gembira dengan pengkhianatan puak Saverni terhadap Rom yang bersimpati terhadap perjuangannya. Ini membuatkan pasukan legionari Caesar keseorangan di dalam kawasan musuh dikelilingi oleh derapan kuda-kuda dan tentera Gallic yang bersatu.

ii. Titus Laebinus bersama pengawalnya

Walaupun memiliki kekuatan yang jelas, Vercingetorix tidak dapat berada di semua tempat peperangan sekaligus, dan sebagai hasilnya, ketua Gallic ini, yang telah memerangi tentera paling berpengalaman dan profesional dalam sejarah Rom, menyaksikan pelbagai bahagian tanah di kawasan selatan yang beliau pertahankan jatuh ke tangan Rom pada masa yang berlainan, dengan kejatuhan itu, ia telah melemahkan puak Gallic yang baru bersat. Vercingetorix terpaksa berpindah ke selatan untuk mengalahkan Caesar, yang kemudian melarikan diri ke timur, mengumpul lebih banyak pasukan dan kemudian melintasi wilayah Aeduan untuk bergabung dengan pasukannya di utara.

Langkah seterusnya pemimpin Gallic itu adalah untuk menyerang bandar yang berdekatan yang berada di bawah perlindungan Caesar, yang bertujuan untuk menggagalkan mobiliti Caesar, walaupun sementara. Caesar kemudian mengarahkan tenteranya untuk mara ke selatan menuju ke Cenadum (Orleans, Perancis), dan memaksa penyerahan ke atas penduduk bandar penting itu, tetapi juga dari semua bandar berdekatan serta orang-orang Gaul di sepanjang laluan.

Bagi menolak kemaraan Rom, Vercingetorix, cuba menyelamatkan keseluruhan dengan mengorbankan sebahagiannya, lalu memerintahkan bahawa dasar ‘bumi hangus’ digunakan, dan segala-galanya antara Cenadum dan Avaricum telah diratakan. Walau bagaimanapun, jeneral Gallic-nya melawan arahan Vercingetorix dan cuba mempertahankan Avaricum, sebuah bandar yang sangat strategik pada masa itu. Sekali lagi kecemerlangan tentera Caesar tidak dapat dinafikan – dia memerintahkan pengepungan melalui jentera jentera Rom seperti siege tower dan membuat tanjakan daripada tanah liat untuk menyerang benteng kota yang tinggi.

iii. Pengepungan Kota Avaricum

Dengan kematian yang begitu banyak, berlaku keretakan kecil di dalam pimpinan Vercingetorix. Beliau telah dituduh sebagai pengkhianat oleh puak-puaknya yang sangat kecewa dan, dengan reaksi langsung terhadap bencana yang menanti mereka, mereka menuduh pemimpin mereka “sengaja menjadikan Gaul sesuatu kedudukan yang lemah dan kemudian meninggalkan mereka tanpa pemimpin”. Maka ucapan raja inilah yang dikenali apabila: “Vercingetorix menunjukkan keupayaannya yang luar biasa untuk mengekalkan gabungan puak-puak Gallic yang berbeza, membuat ucapan yang penuh retorik bagi memulihkan kekuasaannya.”

iv. Ucapan Vercingetorix

Seperti yang telah dijangka,, Caesar memenangi pertempuran tersebut, dan bandar Avaricum yang penting telah dimusnahkan oleh orang Rom. Kemudiannya, Caesar telah membahagikan  tenteranya kepada dua, dengan menghantar sebahagian ke utara manakala sebahagina lagi dipimpim oleh beliau sebanyak enam legionari untuk menyerang (bandar yang lebih selatan) Gergovia.

Pada masa ini, Vercingetorix sebenarnya telah memujuk satu puak yang telah dimomokkan dengan keganasan Rom, hal ini kerana puak Aedui merupakan puak pro-romawi dan dengan menghantar utusan, puak ini akhirnya menyertai usahanya. Caesar buat pertama kalinya mengaku kekalahan dalam usahanya untuk menakluki Gaul. Ia memperoleh kemenangan namun harga yang dibayar sangat mahal. Vercingetorix kehilangan sebagian besar pasukan dan para bangsawannya. Akhirnya beliau memutuskan untuk berundur ke Alesia karena kerugian yang dideritanya.

v. Caesar Mendapat Pertarungan Sengit di Gergovia.

Caesar kemudian berundur dan membawa pasukannya ke utara untuk menyertai rakan-rakan sepasukan mereka, di mana dia segera memimpin tenteranya yang baru bersatu dengan Vercingetorix dan pasukannya, dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Vingeanne, dan ianya berakhir dengan kemenangan Rom yang jelas.

Pada 52 SM, dalam pertempuran terakhir di Alesia, Caesar membangunkan pertahanan disekeliling kota dan mengepungnya. Namun Caesar sendiri dikelilingi oleh puak-puak Gaul yang lain sert masih setia kepada Vercingetorix. Gusar dihimpit oleh dua arah serangan, Caesar kemudian membangunkan satu lagi lapisan pertahanan lain untuk membendungnya yang dikenal sebagai circumvallation.

vi.Dinding di sebalik dinding – Circumvallation

Tentera bantuan Gallic yang tiba dianggarkan berjumlah di antara 80.000-250.000 pasukan tentera, namun dengan terputusnya hubungan informasi dari kota Alesia, serta tidak adanya pemimpin Gallic lain yang memiliki kemampuan strategi yang setara dengan Vercingetorix, ia membantutkan serangan pasukan bantuan ini yang akhirnya dikalahkan Caesar.

vii. Ilustrasi serangan dan pertahanan Pertempuran Alesia

Dengan kekurangan bantuan, Julius Caesar sendiri kemudian memimpin serangan terakhir terhadap Vercingetorix dan menang. Walaupun terdapat puak Gauls di bandar Alesia, dan juga terdapat bantuan puak Gauls di luar kota, ianya diperintahkan oleh Vercingetorix untuk tetap berrsembunyi di belakang tentera Rom yang mengelilingi bandar.

Walaupun orang-orang Rom ketika itu mendapati diri mereka diserang dari kedua-dua pihak sekaligus, Julius Caesar mampu menepis serangan bertubi-tubi yang dilakukan, dan akhirnya Vercingetorix merasakan dia terpaksa menyerah diri sebagai pertukaran agar rakyat Gaul yang lain tidak diapa-apakan. Menurut ahli sejarah Rom yang hebat, Plutarch, pemimpin Gallic tersebut memakai perisai terbaik, menunggang di keliling khemah Caesar, dan kemudian turun kudanya, melepaskan baju besi dan duduk di kaki Caesar sehingga dia dibawa pergi. Mungkin di sini bermulanya sikap Perancis yang sentiasa menyerah kalah atas dasar survival negaranya.

viii. Vercingetorix Menyerah Diri

Saya hanya bergurau. Tetapi, Caesar benar benar mengkagumi beliau sebagai seorang pemimpin “gasar” yang menakjubkan dari Gaul yang di bawah pimpinannya hampir mengalahkan kekuatan tentera Rom. Vercingetorix dibawa ke Rom dan dihumban di dalam penjara Tulianium untuk dipamerkan sebagai habuan kejayaan Caesar, ia berlarutan selama tujuh tahun sebelum dia dibunuh di dalam sel. Kehebatan beliau dikenali sebagai “pemimpin yang paling berkuasa dari suku-suku Gallic yang pernah dihadapi Caesar.” Sumbangan beliau bukan sahaja dengan menyatukan suku-suku Gallic, malah beliau juga mempamerkan kehebatan tentera  untuk berdepan dengan pasukan tempur profesional terbesar dunia yang pernah dilihat selama bertahun-tahun; sememangnya, dia hampir menjatuhkan pasukan tempur yang terhebat, dan diakui oleh lawannya, Julius Caesar.

ix. Penjara Tulianum yang sekarang dikenali sebagai Mamertinum

Walaupun akhirnya dikalahkan oleh orang Rom,  Vercingetorix telah diangkat sebagai tokoh perpaduan Perancis yang pertama serta juga tokoh penentang pertama Perancis. Napoleon III mendirikan monumennya di Alesia menyampaikan mesej politik yang kuat, iaitu: “…pergi ke belakang saya, dan kami akan bertempur melawan penceroboh,” katanya. Pada masa itu, penceroboh itu adalah Prusia.

Pada Perang Dunia Kedua, Vercingetorix terus digunakan sebagai lambang kebangsaan, tetapi dalam cara yang berbeza oleh kumpulan politik Perancis yang terbahagi secara radikal. Bagi Pétain dan kerajaan Vichy, Vercingetorix adalah wira yang telah mengorbankan dirinya untuk Gaul – pahlawan dalam kekalahan.

Propaganda masa perang meletakkannya di kepala barisan perwira, diikuti oleh Joan of Arc, Henri IV, Napoleon – dan diakhiri dengan Pétain. Bagi pihak De Gaulle, Vercingetorix adalah ‘pejuang pembebasan pertama dalam sejarah’, seorang pahlawan nasional yang melambangkan French Resistance pertama. Pada tahun 1960-1970, siri kartun Asterix telah menggunakan konsep komik di mana ia berjaya mempersembahkan medium sejarah alternatif yang tidak terlalu berat bagi pembaca muda tapi masih mengekalkan unsur-unsur budaya Gaul.

x.Komik Asterix – kesinambungan sejarah melalui komik.

Gaul diperintah oleh Rom. Natijahnya, bahasa kebangsaan puak Gaul telah digabungkan dengan budaya Rom yang akhirnya berevolusi menjadi budaya hibrid, Gallo-Roman. Hal ini telah menjadikan Bahasa Latin sebagai bahasa rasmi bagi bagi urusan pentadbiran, sivik dan agama manakala Bahasa Gaul hanya digunakan bagi aktiviti-aktiviti sosial harian. Hal ini telah membuatkan terhakisnya Bahasa Gaul yang digunakan sehingga ianya hilang ditelan zaman.

Sehingga hari ini, sumber sejarah yang komprehensif bagi Bangsa Gaul serta agama Celtic mereka amat susah untuk dijumpai kecuali di beberapa kawasan terpencil seperti Ireland dan Wales, itupun hanya, melalui inskripsi literasi serta sumber arkeologi sahaja. Memetik kata-kata seorang pengunjung di Muzium Alesia, Olivia Surge mengatakan walaupun Vercingetorix kalah kepada Caesar, ia adalah kekalahan yang mulia.

“Kita mungkin telah kalah, tapi kami masih berdiri teguh,” kata pengunjung muzium tersebut. “Dan Vercingetorix adalah pemimpin pertama di Perancis untuk membicarakan kebebasan. Dan itulah moto kami hari ini: kebebasan, persamaan, persaudaraan.”

xi. Monumen Vercingetorix, yang didirikan oleh Napoleon III

Rujukan

Beardsley, E. (2013). How Gaul-ing! Celebrating France’s First Resistance Fighter. [online] NPR.org. Available at: https://www.npr.org/2013/08/08/209514127/how-gaul-ing-celebrating-frances-first-resistance-fighter [Accessed 15 May 2018].

Caesar, J. and Anthon, C. (2000). Caesar’s commentaries on the Gallic war. Ann Arbor, Mich.: Making of America.

Cary, E. and Foster, H. (1980). Dio’s Roman history. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.

King, A. (2015). Vercingetorix, Asterix and the Gauls: the use of Gallic national symbols in 19th- and 20th-century French politics and culture. [online] Academia.edu. Available at: http://www.academia.edu/17789868/Vercingetorix_Asterix_and_the_Gauls_the_use_of_Gallic_national_symbols_in_19th-_and_20th-century_French_politics_and_culture [Accessed 15 May 2018].

Smith, S. (2017). Guns & Politics: Vercingetorix. [online] The Daily Caller. Available at: http://dailycaller.com/2017/08/06/guns-politics-vercingetorix/ [Accessed 15 May 2018].