Bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September pada setiap tahun sejak 57 tahun yang lalu. Hari ini kami ingin berkongsi satu kisah yang bersifat kebangsaan.

Kita semua sedia maklum bahawa P.Ramlee sememangnya mempunyai semangat keMelayuan yang tinggi disamping nilai patriotik dan cintakan negara sangat tebal di dalam sanubarinya.

Pada tahun 1967 P.Ramlee telah mengarah filem Sesudah Suboh. Di dalam filem itu P.Ramlee telah memperkenalkan seorang Ratu Cantik dari Singapura yang bernama Vera Wee. Beliau merupakan johan dalam pertandingan Ratu Cantik tahun 1964. Vera Wee juga merupakan guru piano kepada Nasir anak P.Ramlee.

Filem Sesudah Suboh mencatat sejarah sebagai filem pertama di Malaysia yang bersifat kebangsaan kerana gabungan barisan pelakonnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Sikh. Antara pelakon-pelakon yang bukan dari kalangan bangsa Melayu yang terlibat di dalam filem ini seperti Hoon Thye Choong (sebagai Allan), Suriya Kumari (Chandra), Sivapakiam Dharmalinggam, V.I Stanley dan H.G Gill.

Setahun selepas itu P.Ramlee mengarah pula filem bertajuk Gerimis. Sekali lagi P.Ramlee menampilkan semangat kebangsaan di dalam filem ini dengan mengetengahkan pelakon berbangsa India memegang peranan utama. Melalui filem ini P.Ramlee telah memperkenalkan Chandra Shanmugam (Fatimah Bee) seorang penulis skrip dan juruhebah di Radio Malaysia. Sekali lagi P.Ramlee menggunakan khidmat V.I Stanley yang sememangnya sudah terkenal dengan pengalamannya berlakon dalam drama TV dan Radio Malaysia.

Di samping itu beliau juga berkemahiran membuat lawak jenaka terutamanya dalam bahasa tamil. D. Theresa yang juga sangat terkenal sebagai pelakon radio Malaysia turut dibawa oleh P.Ramlee untuk terlibat di dalam filem ini.

Cuba pembaca nyatakan ada tak lagi filem-filem Melayu klasik lain yang bersifat kebangsaan?

SELAMAT HARI MALAYSIA KE-57

RUJUKAN:

Erti Yang Sakti – Tun Ahmad Sarji
Majallah Filem
National Archives of Singapore


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.