Venice Telah Tenggelam

1,116

Banyak air pasang menghentam Venice beberapa minggu lepas, seterusnya mengakibatkan banjir. Penduduk pula mula panik dengan situasi hidup di sekitar pantai Laut Adriatik. Datuk bandar, Luigi Brugrano menyatakan situasi dramatik tersebut dibawa oleh perubahan iklim (climate change).

Walaupun bandar Venice dapat pulih seperti sediakala, saintis menyatakakan Venice telah menjadi petanda bagaimana bandar-bandar di tepi pantai akan menghadapi masalah kenaikan paras air laut akibat pencairan lapisan ais dan kepanasan global.

St. Mark’s Square, plaza yang popular di bandar tersebut terpaksa ditutup kerana limpahan air setinggi paras lutut. Banjir itu meningkat setinggi 6 kaki di sesetengah tempat. Itali mengisytiharkan kecemasan dan telah membelanjakan 20 juta euro untuk membaiki kerosakan yang diakibatkan oleh malapetaka itu.

Menurut Intergovermental Panel on Climat Change (IPCC), disebabkan oleh kenaikan paras air laut, banjir teruk yang biasanya berlaku pada Venice setiap 100 tahun dijangka akan berlaku lagi pada sekitar tahun 2050. Kejadian ini akan menjadi kelaziman pada tahun 2100 kelak, yang mana ia akan berlaku pada setiap 5 bulan! Hal ini berlaku hanya kerana kenaikan paras air laut. Malapetaka ini semakin membimbangkan di saban masa.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Banjir yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan oleh ribut yang berlaku di barat daya Itali dan angin kencang bertiup dari tenggara ke barat laut, seterusnya mengakibatkan laut menghentam Venice. Seluruh bandar yang tersibuk di kota tersebut dilimpahi air. Selama beratus tahun Venice mempunyai banyak sungai yang melindungi danau dan pulau-pulaunya yang bersambung. Tetapi hal itu tidak dapat membantu apabila paras air laut mula meningkat beberapa milimeter setahun.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/venice-is-flooding-and-it-s-a-disturbing-glimpse-into-the-future-for-coastal-cities
  2. https://www.washingtonpost.com/world/2019/11/15/venice-is-underwater-preview-what-climate-change-will-bring-coastal-cities/
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.