Vandalisme Ke Atas Piramid Kuil Tikal Ii, Monumen Agung Maya

351

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tahun 455 Masehi mungkin bukanlah tahun yang signifikan bagi kita secara umum. Namun untuk masyarakat Rom, tahun tersebut menandakan sebuah malap3taka dahsyat apabila pada tanggal 24 Ogos 455 Masehi, ibu kota empayar mereka iaitu Rome habis dij4rah oleh sebuah suku kaum Jerman yang dikenali sebagai Vandal.

Dahsyatnya penjarahan yang dilakukan oleh mereka ini hinggakan nama Vandal diambil untuk melahirkan perkataan yang membawa maksud ‘pelaku mvsnah, per0sak harta awam’ dan daripada perkataan tersebut lahir pula kata terbitan ‘vandal!sme’ yang membawa maksud ‘perbuatan membin4sakan atau mer0sakkan harta benda awam atau persendirian’.

Antara contoh lazim vandal!sme adalah menconteng dinding tandas awam, mencabut kerusi stadium, atau bagi dua orang pelancong yang mengunjungi taman arkeologi Tikal, mengukir awalan nama mereka pada sebuah monumen bersejarah di Guatemala yang berusia 1300 tahun.

Pelancong yang tidak didedahkan nama dan asal-usulnya itu ditegur oleh petugas tapak arkeologi berkenaan ketika sedang mengukir awalan nama mereka, iaitu ‘A+T’ pada bongkah batu Piramid Kuil II, salah sebuah monumen yang suatu masa dahulu berdiri megah di kota purba Tikal, kota yang diperkirakan sebagai salah sebuah kota Maya terbesar di Mesoamerika. Pada hari ini, Piramid Kuil II dikelompokkan sebagai sebahagian daripada Taman Tikal Kebangsaan Guatemala dan pada tahun 1979, lokasi tersebut diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ukiran ‘A+T’ yang dilakukan oleh dua orang pelancong pada Piramid Kuil II Tikal

Menelusuri sejarahnya secara ringkas, kota purba Tikal terletak di wilayah utara Peten, Guatemala moden. Kota yang dikenali dalam kalangan masyarakat Maya sebagai Mutul itu merupakan salah sebuah kota teragung di Mesoamerika, sepanjang sejarahnya yang bermula dari tahun 300SM hingga 850M.

Kekayaan kota Tikal banyak disumbangkan oleh sumber alam seperti kayu sedar, pewarna dari kayu brazil, damar (copal), batu api dan lain-lain. Memasuki tahun 100M, kepentingan kota purba ini semakin menyerlah apabila sejumlah monumen yang megah dibangunkan.

Sekitar 300 tahun kemudian, iaitu pada lewat kurun ke-4M, Tikal meluaskan pengaruhnya dan menaklvki Uaxactun dan Rio Azun. Pada zaman kemuncaknya, populasi kota purba Tikal dan petempatan-petempatan di sekelilingnya mencecah lebih 50 000 orang dan kawasannya pula meliputi keluasan sehingga 200 km persegi.

Walau bagaimanapun, kota ini mengalami keruduman-sementara pada kurun ke-6 apabila kota-kota Maya yang lain, terutama sekali Caracol turut meluaskan pengaruh. Dalam kesempatan tersebut, kota Tikal dis3rang dan dikalahkan pada tahun 562M. Pun begitu, kedudukannya sebagai sebuah kota Maya yang signifikan diraih semula menjelang kurun ke-6.

Pemerintah Tikal yang paling utama dalam fasa kebangkitan semula ini adalah Jasaw Chan K’awiil (682-734M). Beliau bertanggungjawab menundukkan kota Calakmul pada tahun 695M dan memerintahkan pembangunan semula kota Tikal secara signifikan.

Pada era inilah monumen-monumen agung di Tikal didirikan. Antara yang paling awal dibangunkan adalah sepasang piramid besar yang dikenali sebagai Kuil I dan Kuil II yang menjadi subjek artikel ini.  Pembinaannya siap pada tahun 727M dan menjadi tempat persemadian diraja Tikal, di mana Piramid Kuil I menempatkan jasad Jasaw Chan K’awill manakala Piramid Kuil II pula diyakini menyimpan jasad permaisurinya.

Terdapat sejumlah pasangan piramid lain yang dibina di kota Tikal pada waktu-waktu terkemudian, namun kebanyakannya masih lagi belum diekskavasi. Bersama kota-kota Maya yang lain, Tikal mengalami kejatuhan secara bertahap pada kurun ke-8 dan menjelang 900M, kota purba tersebut sudah pun ditinggalkan dan terus diselubungi hutan belantara. Lokasi bersejarah ini hanya ditemukan semula oleh manusia pada pertengahan kurun ke-19.

Gambar salah seorang individu yang membuat vandal!sme ke atas Piramid Kuil II Tikal

Berbalik kepada laporan berkenaan vandal!sme di Piramid Kuil II Tikal, sebelum menegur kesalahan vandal!sme yang dilakukan oleh kedua-dua pelancong tersebut, Vinicio Alba Ruiz yang bertugas di tapak bersejarah itu sempat menangkap gambar mereka.

Menurutnya, mereka berdua bukan sahaja tidak mengendahkan dan marah dengan tegurannya itu, malah berasa terkejut kerana bagi mereka perbuatan mengukir awalan nama pada monumen purba itu bukan suatu kesalahan. Dan kita sendiri pun terkejut dengan jawapan balas daripada pelancong berkenaan.

Mengulas tentang kejadian tersebut, Alba Ruiz menegaskan, “Jika anda datang ke tapak ini (tapak bersejarah seperti ini), anda perlu menghormati peraturannya. Anda tidak perlukan sebarang penjelasan. Ia adalah common sense.”

Beliau turut menambah dengan menyarankan agar pihak berwajib melantik lebih ramai staf atau petugas untuk memelihara keselamatan monumen purba seperti Piramid Kuil II ini memandangkan ianya memiliki signifikasi terhadap sektor pelancongan negara selain memiliki nilai kebudayaan yang tidak terhitung harganya.

Nada teguran yang sama turut dilontarkan oleh Guatemala Tourism Industry (INGUAT) secara terbuka dalam sebuah kenyataan umum. Dalam kenyataan tersebut, INGUAT menuntut Kementerian Kebudayaan dan Sukan Guatemala agar mengheret kedua-dua pelancong berkenaan ke muka pengadilan di atas kerosakan yang telah dilakukan.

Menurut Undang-Undang Perlindungan Warisan Budaya Guatemala, kesalahan vandal!sme seperti ini boleh dikenakan denda sebanyak £10,040 hingga £100,415 selain hukuman penjara antara enam hingga sembilan tahun. Sehingga kini, masih tiada laporan lanjut berkenaan kesalahan vandal!sme ke atas Piramid Kuil II Tikal ini.

Apapun, kejadian ini sewajarnya dijadikan sebagai iktibar dan pelajaran baik bagi kita sebagai individu mahupun badan berwajib agar lebih menekankan kesedaran terhadap kepentingan sejarah, lebih-lebih lagi bukti fizikal sejarah supaya kejadian seperti ini dapat dikurangkan, kalau belum mampu dihindarkan. Selain Piramid Kuil II Tikal, sebuah lagi monumen agung dari tamadun Mesoamerika, iaitu Aztec kini sedang mengalami ancaman ker0sakan.

Sehingga kini, nasib Machu Picchu masih dipertaruhkan lantaran Kerajaan Peru mahu membangunkan lapangan terbang di sana, walaupun pada 23 Januari yang lalu, pihak kerajaan berjanji untuk menjamin keselamatan Machu Picchu dan tapak-tapak Inca yang lain agar tidak terkesan dengan pemajuan yang dilakukan.

RUJUKAN

Daniel Binns. (29 November 2019). Tourist vandals carve their initials into Mayan temple. Metro News.
https://www.metro.news/tourist-vandals-carve-their-initials-into-mayan-temple/1813853/

Ed Whelan. (29 November 2019). Vandals Have Carved Initials on a World-Famous Maya Temple. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-general/maya-temple-0012927

Mark Cartwright. (8 Oktober 2014). Tikal. Ancient History Encyclopedia.
https://www.ancient.eu/Tikal/

Ryan Fahey. (28 November 2019). Two tourists are caught defacing 1300-year-old Mayan temple by carving their initials into the wall. Daily Mail.
https://www.dailymail.co.uk/news/article-7735995/Two-tourists-caught-defacing-1-300-year-old-Mayan-temple-carving-initials-wall.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.