Valhalla: Alam Barzakh Versi Norse-Viking

2,320

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dalam mana-mana agama atau bangsa, mereka mempunyai versi masing-masing tentang alam akhirat. Bagi orang Norse yang biasa mendengar mitologi Norse, mereka percaya tentang kewujudan sebuah alam yang dikenali sebagai Valhalla. Valhalla dikatakan tempat bagi para pahlawan dan t3nt3ra yang gugur berkumpul, berpesta dan bersedia membantu dewa-dewi Norse menghadapi Ragnarok (hari kiamat versi Norse).

Mengikut kepercayaan Norse lama, mana-mana individu yang kembali ke negeri cacing atas sebab berbeza akan pergi ke alam yang berbeza. Bagi orang yang meninggal dunia akibat usia tua atau peny4k1t, mereka akan pergi ke Hel yang diperintah oleh penguasa neraka, Hela.

Tetapi nasib berbeza menanti pahlawan dan t3nt3ra yang gugur di medan pert3mpvran. Mereka akan dibawa terlebih dahulu ke Asgard yang menjadi kediaman Aesir dan Vanir, dua keluarga utama yang membentuk komposisi dewa-dewi Norse. Separuh daripada mereka akan mengikut dewi Freyja ke padang-padang Folkvangr dan separuh lagi mengikut Odin ke Valhalla.

Figure 1: Gambaran Valhalla oleh Emil Doepler.

Di Valhalla, pahlawan-pahlawan atau Einherjar ini akan berpesta dan menikmati hidangan besar berupa seekor babi gergasi yang dis3mb3lih bernama Sæhrímnir. Sæhrímnir akan menjalani kitaran dihidupkan semula, dis3mb3lih dan dijadikan sebagai jamuan makanan kepada penghuni Valhalla. Selain itu, mereka juga menikmati arak manis yang keluar dari puting seekor kambing bernama Heidrun.

Di Valhalla, keperluan nafsu mereka diisi dengan kehadiran Valkyrie. Valkyrie ialah pahlawan wanita yang mempunyai kuasa luar biasa berstatus makhluk halus. Dan dalam cerita mitologi Norse, mereka inilah yang menjadi isteri pahlawan-pahlawan yang gugur semasa berada di alam berkenaan.

Mungkin ada mengganggap pandangan dunia orang Norse ini terlalu ngeri. Tetapi bagi mereka, nasib manusia dan dewa-dewi sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Takdir sendiri diwakili dalam mitologi Norse sebagai Norn, figura-figura wanita yang menentukan nasib manusia dan dewa-dewi. Bila itu sudah ditetapkan, tiada ruang melepaskan diri daripada takdir mereka.

Atas sebab inilah, golongan muda Norse sanggup berkelana ke luar Scandinavia sama ada untuk berdagang atau ekspedisi penjarahan dari Rusia ke Newfoundland. Bagi mereka, lebih baik mereka m4t1 di medan p3r4ng atau dalam perjalanan ekspedisi merbahaya daripada m4t1 secara normal dan ditempatkan di Hel.

Pada masa sama, Einherjar yang berada di Valhalla akan ditakdirkan berlawan dan gugur dalam peristiwa Ragnarok. Valhalla bagi mereka ialah kem sementara untuk membuat persediaan untuk pertarungan hebat tersebut. Mitologi nasib yang menimpa Einherjar dan Valhalla sebenarnya hampir sama dengan mitologi bangsa lain.

Misalnya dalam Tamadun Yunani, lembah-lembah Elysium ialah alam di mana perwira-perwira yang gugur di medan pert3mpvran akan kekal abadi dan bahagia meny3mb3lih musuh-musuh mereka. Manakala roh-roh orang yang telah tiada akan ditempatkan di bahagian-bahagian alam barzakh.

Bagi individu yang menjalani kehidupan normal semasa di dunia, mereka akan ditempatkan di lembah Ashpodel di mana mereka akan menjalani kehidupan sama seperti semasa mereka hidup. Begitupun, dunia barzakh versi Norse dianggap tidak kekal berbanding alam barzakh versi Yunani lebih-lebih lagi selepas Ragnarok.

Figure 2: Gambaran Ragnarok oleh Johann Gehrts.

Ini kerana selepas peristiwa Ragnarok berlaku, Valhalla bersama seluruh alam ini akan mvsn4h bersama Einherjar dan Valkyrie. Apabila semua itu berakhir, saki-baki dewa-dewi Norse yang terselamat akan membina semula dunia agar ia lebih baik daripada dunia sebelumnya.

Bagaimanapun, orang-orang yang m4t1 dari dunia lama tidak akan dihidupkan semula. Sebaliknya, dunia baru ini akan dipenuhkan semula dengan dewa-dewi dan manusia yang dilahirkan di dunia baru serta saki-baki dewa-dewi Norse yang terselamat. Pendek kata, dunia lama itu akan mvsn4h bersama seluruh isinya termasuk manusiawi dan dewa-dewi Norse mengikut kepercayaan Norse.

RUJUKAN:

Strom, C. (2018). Denizens of Valhalla and the Transient Afterlife of Norse Myth. Ancient-Origins.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.