Perkataan “nyanyuk” dalam bahasa Melayu mungkin nampak terlalu ringkas. Memanglah ringkas, sebab perkataan itu kalau diterjemahkan adalah “dementia”.

Dalam bahasa perubatan, “nyanyuk” adalah situasi yang ditentukan melalui beberapa simtom berkenaan dengan daya ingatan, kemampuan bersosial dan potensi kognitif. Seseorang yang pelupa tidak semestinya nyanyuk.

Kerana orang yang nyanyuk kalau ingat sekalipun takkan boleh konsisten, kerana otak terjejas sampai memberi kesan pada urusan harian. Senang cakap, sesetengah kes nyanyuk susah untuk susun kata.

Kes nyanyuk sebenarnya berjenis-jenis: 1) vaskular, 2) Lewy, 3) Frontotemporal, 4) Creutzfeldt-Jakob dan 5) Huntington. Tetapi kes paling popular adalah Alzheimer’s.

Terlalu popular sampai rakyat marhaen sangka nyanyuk itu adalah Alzheimer’s, yang berlaku apabila plaque (protein) dan tangle (serat) membuat sekatan jalan raya di otak yang tidak menerima isyarat saraf sampai rοsαk sel-sel saraf.

Contoh antara dua otak.

Jenis vaskular berlaku semasa strok, iaitu ketika saluran dαrαh sama ada tersumbat atau menjadi sempit (Barker, 2021). Sebab itu kena jaga tekαηαη dαrαh dan diabetes… kerana boleh terjerumus pada nyanyuk vaskular (Emdin, et al., 2016).

Dan jenis-jenis lain ada faktor penyumbang dan punca utama tersendiri. Tetapi jujur kata, Alzheimer’s berlaku kerana ada “peηcεrοbοh”. Kalaulah sistem imun boleh diajar melαωαη peηcεrοbοh ini…

Kegigihan Saintis Dalam Membangunkan Vaksin

Masalah nyanyuk adalah cabaran sangat besar dalam dunia sekarang. Kalau zaman dulu, masalah ini mungkin mudah diuruskan. Hari ini ramai dalam kalangan rakyat berumur pertengahan masih bergelut dengan hidup.

Definisi anak derhaka sudah tidak boleh terpakai sangat sekarang. Seseorang yang gigih bekerja bukan sama sekali tamak wang… sebaliknya banyak komitmen seperti hutang misalnya. Jadi bukan senang untuk mereka letak jawatan dan balik jaga ibu bapa jika salah seorang menjadi nyanyuk.

Situasi ini tidak berlaku di Malaysia saja. Amerika Syarikat pun sama. Hari ini sembilan juta rakyat Amerika Syarikat didapati meηghiδαp penyakit nyanyuk. 5.4 hingga 7.2 juta terkena jenis Alzheimer’s. Jadi jika ada vaksin yang boleh mencegah, statistik boleh dikurangkan begitu mendadak. Itulah aspirasi Hospital Brigham and Women (BWH) dalam negeri Massachusetts.

Bayangkan untuk bercakap, mereka perlu mencantumkan semua bahagian. Tetapi mereka sendiri tidak pandai mencantum.

Manusia sekarang memang bernasib baik kerana hidup dalam zaman keemasan vaksin. Kepakaran sudah ada, hanya perlu dana sahaja. Apabila ada dana, apa-apa pun boleh jalan.

Vaksin melαωαη SARS-CoV-2 boleh dicipta dalam tempoh setahun, kerana ilmu tentang koronavirus sudah digali selama lima dekad. Jadi ada peluang untuk Alzheimer’s diberi perhatian sama, kerana ilmu tentang penyakit ini sebenarnya lebih tua iaitu sejak tahun 1901.

Pasukan saintis dalam BWH berada dibawah pemantauan sarjana saraf seperti Dr. Tanuja Chitnis. Mereka menggunakan penyelidikan Dr. Howard Weiner, yang mengkaji potensi vaksin Alzheimer’s sejak tahun 2002.

Jenis Vaksin Yang Digunakan

Satu benda semua belajar sepanjang COVID-19. Pembangunan vaksin bermula dengan calon (vaccine candidate) dulu. Jika terbukti selamat dan berkesan, baru calon diisytihar vaksin. Buat masa sekarang, penyelidikan Weiner adalah calon.

Mereka menggunakan kaedah sembur dalam hidung (nasal spray) tanpa menggunakan sebarang bahan tοκsiκ.

Contoh kaedah semburan.

Kalau ikut hipotesis Weiner, calon ini diharap boleh merawat (treatment) dan mencegah (prophylactic).

Selama ini saintis tidak tahu punca nyanyuk. Bukan manusia saja boleh nyanyuk. Monyet pun sama. Apabila saintis menguji kaedah rawatan pada otak monyet, baru mereka nampak punca Alzheimer’s adalah kerana sistem saraf (Patel, et al., 2021). Jadi calon vaksin Weiner merangsangkan sel dαrαh putih supaya boleh berlαωαη dengan plaque dalam otak (Spalding, 2021).

RUJUKAN:

Barker, J. (2021, Jun 14). Vascular Dementia. Web MD.

Emdin, C., et al. (2016). Blοοδ Prεssυre and (ditapiskan) of Vascular Dementia. Stroke. 116.

Patel, A., et al. (2021). Innate immunity stimulation via CpG oligodeoxynucleotides ameliorates Alzheimer’s disease pathology in aged squirrel monkeysBrain.

Spalding, K. (2021, November 18). Nasal vaccine for Alzheimer’s disease set to begin Phase I trial. IFL Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.