Semua maklum ketika ini, Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dijalankan. Di sebalik tentangan oleh geng anti-vaksin menerusi dakyah-dakyah mengarut tentang vaksin termasuk mempertikai soal halal dan kewajipan mengambilnya, lebih dua juta dos berjaya diberi kepada penerima. Bagaimanapun, sekiranya mahu memenangi pe.ra.ng melawan Covid-19, vaksinasi perlu dipergiatkan seperti dilakukan George Washington.

Rajah 1: George Washington

Tidak seperti era moden hari ini, penyakit utama yang menjadi duri dalam daging kepada penduduk Amerika Utara ketika itu ialah cacar. Malah, Washington juga pernah menjadi mangsa penyakit ini semasa menginap di sebuah rumah saudagar Barbados bernama Gedney Clark. Beliau berlayar ke sana pada tahun 1751 pada usia 19 tahun bersama abang tirinya, Lawrence sebagai cara mengubati penyakit tuberkulosis abang tirinya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bagaimanapun, dalam catatan diarinya, Washington merasa kurang senang menginap di rumah Clark. Alasannya mudah, salah seorang daripada isi rumah Clark dijangkiti cacar dan beliau bimbang ia boleh saja menjangkitinya atau Lawrence semasa mereka di Barbados. Dan apa yang ditakutinya itu menjadi kenyataan dengan beliau terlantar di katil selama berminggu-minggu sebelum disahkan pulih.

Walaupun simptom yang dialaminya itu bersifat biasa, ia masih dianggap satu pengalaman pahit kepada Washington. Beliau bukan saja mengalami demam panas dan seram sejuk, malah Washington turut mengadu sakit badan yang teruk, sakit perut dan ruam yang banyak. Bagi pesakit yang mengalami simptom lebih teruk, mereka berdepan kemungkinan mempunyai parut yang teruk atau kema.ti.an. Dalam kes Washington, beliau bernasib baik ia tidak sampai ke tahap itu.

Bertahun-tahun kemudian, cacar terus menghantui Washington lebih-lebih lagi selepas diberi tanggungjawab mengetuai pasukan ten.te.ra revolusi Amerika (Continental Ar.my). Pada musim panas 1775, mereka melaksanakan kempen pengepungan ke atas Boston yang dikawal pihak British. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dengan penularan jangkitan cacar dalam kalangan ten.te.ra dan orang awam.

Rajah 2: Washington mengetuai kempen pengepungan Boston

Penulis buku Pox Americana: The Great Smallpox Epidemic of 1775-82, Profesor Elizabeth Fenn berpandangan Washington tahu apa yang dihadapinya. Jika dibandingkan pihak British dengan angkatannya, pihak British mempunyai kelebihan dari segi imuniti cacar. Ini kerana di Britain, cacar bersifat endemik dengan mana-mana individu yang dijangkiti mempunyai imuniti seumur hidup terhadap penyakit berkenaan.

Bagi pihak British, ia merupakan satu kelebihan di medan pe.ra.ng. Sementara bagi pihak Continental Ar.my pula, jarang bagi ten.te.ra mereka mengalami jangkitan cacar. Buktinya, pada 1777, hanya 23% ten.te.ra dari North Carolina yang direkodkan pernah dijangkiti penyakit itu.

Tambah Fenn lagi, Washington hanya mempunyai tiga pilihan. Beliau boleh saja melaksanakan kempen vaksinasi cacar tetapi ten.te.ranya tidak dapat beroperasi di medan. Atau melaksanakan perintah kuarantin bagi mana-mana ten.te.ra atau orang awam yang dijangkiti. Pilihan ketiga jauh lebih ke.j.am, membiarkan ten.te.ranya dijangkiti dengan harapan ia mencetuskan imuniti berkelompok tetapi memus.na.hkan terus Continental Ar.my.

Kaedah vaksinasi cacar bukan dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan seperti hari ini, ya. Bagi para pengamal perubatan ketika itu, caranya ialah membuat potongan luka pada badan sebelum jarum mengandungi nanah cacar diletakkan dalam luka tersebut sebelum dijahit. Selepas itu, pesakit harus berehat selama sebulan di mana jangkitan cacar yang dialami tidaklah seteruk seperti jangkitan biasa.

Bagaimanapun, kaedah sebegini dianggap berisiko atas banyak sebab. Pertama, ia mempunyai risiko kema.ti.an antara 5-10%. Kedua, jika pesakit sudah sihat sekalipun, pesakit tidak dibenarkan berjalan-jalan di kawasan persekitaran. Ini kerana si pesakit boleh saja menyebarkan cacar kepada populasi sekitarnya sekaligus mencetuskan penularan cacar yang baru.

Pada akhirnya, Washington memilih melaksanakan perintah kuarantin yang ketat. Ten.te.ra-ten.te.ra yang dijangkiti akan dibawa ke sebuah hospital ten.te.ra berhampiran Cambridge. Manakala bagi orang awam pula, mereka akan dibawa ke sebuah pekan bernama Brookline. Kaedah ini dilihat membantu Boston jatuh ke tangan Continental Ar.my tetapi sumpahan cacar terus menghantui mereka.

Satu contoh impak sumpahan ini ialah Perte.mpu.ran Quebec antara pihak British dengan Continental Ar.my pada Disember 1775. Kempen yang diketuai Kolonel Benedict Arnold dan Jeneral Richard Montgomery ini bertujuan membebaskan Quebec dan mendapatkan sokongan Kanada menyokong kempen mereka di sebelah selatan. Bagaimanapun, kempen tersebut berakhir dengan kegagalan dengan mereka dipaksa berundur kembali ke New York.

Rajah 3: Gambaran artis tentang Pertem.pu.ran Quebec antara pihak British dengan pihak revolusi.

Bagi para ten.te.ra yang pulang, mereka kini diuji dengan cacar dan impaknya jauh lebih buruk daripada kehilangan nyawa di Quebec. Di bahagian utara Tasik Champlain yang dikenali sebagai Ile aux Noix, di sinilah ramai ten.te.ra revolusi kembali ke negeri cacing dalam keadaan menyedihkan. Tambah Fenn, dalam sesetengah kes, sesetengah ma.ya.t penuh dengan kutu, hama dan berenga.

Apabila Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaan pada 4 Julai 1776, kaedah kuarantin sudah tidak berkesan dalam mengekang an.ca.man cacar. Suka atau tidak, usaha vaksinasi perlu dijalankan dengan segera jika mereka mahu mengalahkan British. Dan ini disedari Washington semasa berkhemah dengan angkatannya di Morristown, New Jersey pada musim sejuk 1776-1777.

Walaupun pada awalnya berbelah-bahagi sama ada hendak melaksanakannya atau tidak, ia dilaksanakan menerusi satu surat yang dihantar kepada presiden kongres ketika itu, John Adams. Dalam surat tersebut, Washington bukan saja mahu melaksanakan vaksinasi bukan saja ke atas ten.te.ranya di Morristown tetapi ten.te.ra tambahan yang datang ke Philadelphia.

Proses vaksinasi besar-besaran dianggap mencabar atas banyak sebab. Pertama, pasukan perubatan perlu menentukan sama ada ten.te.ra yang mendapat vaksin mempunyai sejarah cacar atau tidak. Kedua, setiap ten.te.ra memerlukan penjagaan selama sebulan di bawah pemantauan sekumpulan jururawat. Ketiga, ia perlu dibuat secara rahsia tanpa diketahui pihak musuh.

Washington bernasib baik kempen vaksinasi cacar yang dibuat di Philadelphia berjalan lancar tanpa sebarang gangguan British. Dan menariknya, kempen vaksinasi kedua dibuat pada tahun 1778 di Valley Forge dalam keadaan yang mencabar.

Rajah 4: Washington dan Lafayette meninjau keadaan kem ten.te.ra di Valley Forge.

Pertama, cuaca sejuk yang melampau menyaksikan 2,000 hingga 3,000 ten.te.ra daripada 11,000 ten.te.ra ma.ti akibat kesejukan. Kedua, mereka turut dibadai krisis kekurangan makanan dan pakaian bersesuaian dengan cuaca sejuk ketika itu. Selain cacar, Continental Ar.my turut dibadai penyakit tifoid dan disenteri dengan 1,700 hingga 2,000 orang ma.ti akibat kombinasi penyakit yang dinyatakan.

Menjelang musim bunga 1778, kebanyakan anggota Continental Ar.my sudah mendapat vaksin cacar sekaligus membolehkan mereka berdepan dengan pihak British. Pada ketika itu, pihak Perancis mengambil peranan sebagai sekutu dan menyokong kempen mereka terhadap British. Dan ini membawa kepada pelbagai kejayaan termasuk Yorktown pada Oktober 1781.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun keputusan vaksinasi Washington dianggap berisiko dan berpotensi mengakibatkan AS kalah dalam pe.ra.ng revolusi mereka, pada akhirnya ia dianggap berbaloi. Bagi Fenn, ia patut disenaraikan sebagai faktor penyumbang kemenangan AS dalam kempen berkenaan. Dan ini sepatutnya dilakukan oleh PICK ketika ini: pergiatkan vaksinasi ke skala lebih besar dan pergi ma.mp.us geng anti-vaksin!

Nota kaki

  1. Duri dalam daging – sesuatu yang tidak menyenangkan.
  2. Negeri cacing – ma.ti.
  3. Arnold merupakan antara pegawai ten.te.ra yang dipercayai Washington dan memegang pangkat sebagai Mejar Jeneral sebelum berpaling tadah kepada British pada 1780. Cuba menghasut pihak British meneruskan kempen terhadap Amerika di Parlimen tetapi gagal. Hanya mendapat pencen tak seberapa selepas gagal melobi jawatan sebagai pegawai kerajaan, ten.te.ra atau dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Ma.ti di London pada 1801.

RUJUKAN:

Roos, D. (2020). How Crude Smallpox Inoculations Helped George Washington Win the W.a.r. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.